Bab 19

3.9K 167 0
                                    

"Nak tahu tak? Kawan sayang semua cakap biy ada plan sesuatu untuk kena kan sayang. Betul ke?" Eizat tersedak.

Ha kantoi lah kau!

"Huk! Huk! Huk! M..m..mana ada."

"Eh jangan lah sampai tersedak." Kata Riana sambil menepuk belakang Eizat.

"Kejap sayang mascara awak comot lah yang."

"Ye ke?" Lalu Riana mengambil telefonnya dan melihat mukanya di skrin telefon itu.

"Tak ada pun."

"Ada tu. Cuba lah pergi tengok dekat cermin. Memang tak nampak lah dekat skrin tu." Eizat menggelengkan kepalanya.

"Oh ok. Tunggu kejap." Lalu Riana pergi tandas.

Eizat mengeluar botol dari poketnya lalu dia menuang serbuk itu kedalam cawan air Riana.

"Hehe." Sinis Eizat. Lalu dia cepat-cepat menyorokkan botol itu kedalam poketnya semula.

"Eishh! Sayang ni tak ada pun! Saja tau." Cebik Riana yang baru sahaja keluar dari tandas itu.

"Ouh tak ada. Mungkin mata biy kot yang ada masalah." Senyum Eizat.

"Lepastu kejap lagi kita nak pergi mana?" Tanya Riana sambil menyedut minumannya itu. Eizat tersenyum sinis. Gotcha!

"Shopping nak? Biy belanja sayang. Nak tak?"

"Nak! Nak!" Teruja Riana.

"Jom!" Lalu dia menghulur tangannya kearah Riana. Riana menyambut.

"Kejap. Sakitnya kepala." Kata Riana sambil memegang kepalanya.

"Kenapa?"

"Pening."

"Tetiba je ni? Tak apa lah kita tak jadi pergi shopping biy hantar sayang balik eh." Kata Eizat sambil mengusap pipi Riana. Riana hanya mengangguk.

"Bodohnya mamat ni buat kerja tak clean."

"Hello suruh Ash siap. Nanti aku ambil dia. Suruh je lah dia siap."

Lalu sebuah kereta BMW mengikut kereta Honda Civic milik Eizat itu.

🔪

"Kita dekat mana ni? Kenapa awak tak hantar saya balik?!"

"Awak rehat sini dulu. Nanti saya hantar lah awak balik."

"Kalau awak tak boleh nak hantar saya. Saya boleh naik teksi." Kata Riana lalu dia ingin bangun dari tempatnya itu tetapi dihalang oleh Eizat.

Eizat menolak badan Riana. Riana terbaring diatas katil. Badan Riana telah ditindih oleh badan Eizat.

"Awak nak buat apa ni! Saya nak balik lah!" Memukul-mukul dada Eizat tapi apakan daya kekuatan lelaki itu terlalu kuat baginya.

"Sayang... Apa kata kita enjoy je malamni. Kita pun tak lama lagi nak halal dah kan." Kata Eizat dengan suara yang menggoda sambil menyelak rambut Riana kebelakang telinga.

"Awak! Please saya merayu! Lepaskan saya! Saya tak suka!" Rayu Riana sambil meronta-ronta. Eizat memegang kedua belah tangan Riana supaya Riana mendiamkan diri. Air mata Riana mengalir laju dia dalam ketakutan.

"Kenapa tak suka? Tak apa nanti mesti awak suka." Kata Eizat sambil tangan berkeliaran diatas badan Riana.

"Tolong!" Jerit Riana sambil menangis teresak-esak.

Pakk!! Pintu bilik itu dibuka dengan tendangan yang kuat.

"Macam mana kau boleh masuk?"

"Itu kau tak perlu tahu." Lalu lelaki itu memusingkan badannya 360 darjah lalu menyepak kepala Eizat dengan kuat hingga lelaki itu tersungkur.

"Aku dah kata kau memang ada plan!" Lalu dia memukul dengan tendangan dan jugak tumbukan padu kepada Eizat.

"Riana!" Lalu Ash lari kearah Riana yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Ash! Tolong aku!!!" Lalu dia memeluk Ash dengan erat. Badannya sudah mengigil. Ash menenangkan Riana yang sedang menangis didalam pelukannya itu.

"Kau memang tak patut hidup!" Lalu dia mengeluarkan selaras pistol dari belakang badannya. Dia mengacukan pistol kearah Eizat. Eizat sudah kelihatan tidak bermaya akibat dipukul.

"Rayyan! Not now!" Jerit Hilman sambil membuat isyarat mata ke arah Ash dan Riana. Rayyan mengeluh berat lalu dia meraup wajahnya.

"Kau ok tak ni!?" Tanya Rayyan. Riana tidak menjawab dia masih dalam keadaan trauma.

"Aku dah bagitahu kau tapi kau taknak dengar!? Degil! Nasib dia tak sempat lagi rogol kau! Bodoh!" Marah Rayyan lalu dia menyepak kerusi yang berada disebelahnya itu.

"Kau sabar boleh tak?! Jangan nak naik angin macamni!" Kata Hilman sambil memegang bahu Rayyan.

"Haihh jom. Aku bawa kau balik." Kata Rayyan. Riana hanya menggelengkan kepalanya.

"Riana... Kau balik dengan Rayyan. Aku kena balik dengan Hilman sebab diorang ni bawa kereta ada dua sit je. Macam mana kau nak ikut aku." Kata Ash sambil memegang pipi Riana.

"Aku takut." Riana masih menundukkan kepalanya.

"Kau kena percayakan aku. Aku tak sejahat yang kau macam kau fikirkan." Rayyan tersenyum nipis.

Lalu mereka berempat keluar dari bilik itu.

"Aaron! Jeff! Kasi Settle!"

"Cun!"

"Hehehe!" Sengih Jeff lalu mereka masuk kedalam bilik itu tadi.

Jangan lupa vote ❤️

Thank you for your support! 🤙

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now