Ash terjaga selepas mendengar bunyi nyaring dari mesin ventilator. Ash memandang Helena yang sudah seksa nafas sambil dada nya naik dan turun dengan laju.
"Helena! Helena! Doktor!! Doktor!! Helena bangun sayang!" Jerit Ash sambil menampar pipi Helena dengan perlahan-lahan. Semakin lama semakin nyaring bunyi dari mesin ventilator.
"Doktor!!" Air mata Ash sudah mengalir laju. Doktor dan jugak nurse tergesa-gesa masuk kedalam bilik itu.
"Puan sila keluar. Bagi kami periksa Helena dulu." Ash menggelengkan kepalanya.
"Puan tolong puan."
"Taknak!"
"Puan tolong bagi kerjasama." Kata nurse itu sambil menarik badan untuk keluar dari bilik itu. Ash sudah menangis teresak-esak.
"Sayang kenapa ni? Yaallah..." Hilman terus menarik Ash kedalam pelukannya.
"Helena..." Ash tidak mampu untuk bercakap dia sudah menangis didalam pelukan Hilman.
"Ash taknak hilang Helena hubby..."
"Tak kita takkan hilang Helena sayang. Helena kuat dia boleh lawan sakit dia tu."
"Encik puan..."
"Macam mana dengan anak kami?" Tanya Hilman.
Doktor itu menggelengkan kepalanya.
"Kami minta maaf. Kami dah sedaya upaya selamatkan anak encik tetapi allah lebih menyayangi anak encik."
Seperti longgar lutut Ash selepas mendengar kata-kata doktor.
Puan Amelia bergegas ke ruang tamu selepas mendengar telefonnya berbunyi.
"Ye Hilman. Innalilah... Ibu dengan ayah datang sekarang."
"Kenapa ni auntie?" Riana melihat puan Amelia sudah mengalirkan air mata.
"Helena dah tak ada." Membulat mata Riana sambil menutup mulutnya.
"Riana ikut auntie." Riana terus bergerak naik ke atas. Puan Amelia mengangguk.
"Adik..."
"Ibu..." Ash terus memeluk ibunya itu. Dia menangis teresak-esak. Riana menenangkan kawan baiknya itu.
"Helena dah tak ada ibu... Helena dah tinggalkan Adik. Adik tak kuat ibu.."
"Adik kena kuat sayang. Jangan macamni."
"Adik memang mama yang tak berguna kan bu... Adik tak reti nak jaga Helena baik-baik sebabtu allah ambil Helena dari adik."
"Jangan cakap macamtu dik. Adik kena ingat adik masih ada Haider dekat rumah tu." Ash teruskan tangisannya.
🔪
Hilman memapah Ash untuk mendekati jenazah anak mereka. Ash sudah kelihatan lemah kerana dari semalam dia asyik menangis.
Dia tidak kuat ingin membuka selimut yang menutup muka anaknya itu tetapi dia kena kuat juga untuk melihat buat kali terakhir.
Ash perlahan-lahan membuka selimut itu. Dia menahan sebak selepas melihat anaknya sudah kaku didepan matanya.
"Helena kenapa cepat sangat Helena tinggalkan mama. Hajat mama tak tercapai nak tengok Helena membesar depan mata mama. Tunggu mama papa dekat syurga ye sayang... Helena dah jumpa abang dekat sana. Mama gonna miss you so much. I will miss your smile, your laugh , your cry sound... Lepasni tak ada dah mama nak dengar Helena membebel. I love you..." Ash mendaratkan ciuman di seluruh muka Helena. Buat kali terakhir...
Tanpa membuang masa giliran Hilman pula untuk tatapan kali terakhir. Air mata Ash mula mengalir laju sambil itu dia memeluk Haider yang berada dipangkuannya.
"Maafkan papa sayang... Papa tak ada masa Helena membesar. Papa menyesal sangat. Kalau papa tak selfish mungkin Helena dapat rasa kasih sayang papa... Helena doakan mama papa kuat. Papa will miss you. I love you princess." Hilman mencium pipi Helena.
Semua yang melihat itu menahan sebak.
🔪
"Mama..."
"Ye sayang."
"Kakak?..." Terdiam Ash dibuatnya. Tidak lama itu Hilman muncul didepan biliknya.
"Sayang jom turun. Orang dah ramai sampai." Ash hanya mendiamkan diri. Dia menutup pintu bilik itu.
"Sayang kenapa ni?"
"Saya tak sihat lah. Saya nak tidur. Awak layan lah tetamu dekat bawah."
"Sayang...jom. Jangan lah macamni. Hubby tahu sayang sedih. Jangan buat perangai." Kata Hilman dengan suara yang lembut.
"Saya tak buat perangai. Saya nak tidur tu je!"
"Amirash Xander....keluar." Suara Hilman sudah tegas.
"I say i dont want! I dont want!"
"Okay... Hubby tak kacau sayang tapi kalau ada orang nak jumpa sayang sayang keluar tau."
"Hm."
Hilman turun kebawah menggunakan lif.
"Ash tak turun ke?" Tanya puan Amelia.
"Tak. Dia sakit kepala tetiba. Biar lah dia rehat."
"Tak apa lah. Ibu tahu dia sedih."
"Hm Haider...kakak dah tinggalkan mama..." Air mata Ash mengalir semula. Haider yg melihat mama nya menangis itu mengesat air mata Ash. Ash tersenyum.
"Ma..ma..nanan nanis..heder ada." Kata Haider dengan pelat nya itu. Agak struggle dia ingin bercakap.
"Okay mama tak nangis. Peluk mama." Senyum Ash. Haider terus memeluk mama nya itu.
Ash sudah tidak tahan dia menangis juga. Sakit. Rindu pada orang yang sudah tiada memang sakit.
"Haider jangan tinggalkan mama tau. Mama taknak hilang anak mama lagi. Mama tak sanggup." Haider mengangguk.
Macam lah faham nasib comel. Gigit pipi baru tahu.
Bab ni pendek sikit sebab author tak ada idea 😔
BTW
Jangan lupa vote ❤️
Thank you for your support 🤙🏻
Enjoy reading!
TikTok: @ lylessa._
YOU ARE READING
My Wifey My Lover ✓
Acción𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 𝐍𝐈𝐂𝐊 & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "𝕎𝕚𝕝𝕝 𝕒𝕝𝕨𝕒𝕪𝕤 𝕓𝕖 𝕪𝕠𝕦𝕣 𝕡𝕣𝕠𝕥𝕖𝕔𝕥𝕚𝕠𝕟, 𝕄𝕣𝕤 ℕ𝕚𝕔𝕜" 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 seorang anak perempuan yang keras kepala. Tidak su...