?

10 1 0
                                    

Kenapa akhir-akhir ini hati seperti tidak enak ya? Macam merasa kalau kawan-kawan akan meninggalkan saya berseorangan di sisi gelap saya padahal saya tidak buat apa-apa. Merasa hidup ini tak berguna, takut dengan masa depan di mana Ayah saya akan berjumpa dengan saya dan berbicara dengan saya, tidak tahu tapi saya takut. Tidak ada seseorang yang saya percayai di dunia ini, tak kira lah keluarga, kawan, guru-guru, teman lelaki mau pun sesiapa sahaja. Merasa kalau bercerita tentang masalah ke orang tidak ada guna nya, mereka tak akan faham akan masalah saya. Mereka akan ber "oh" "iya" sahaja. Seperti mereka tidak mahu mendengar masalah saya padahal waktu mereka ada masalah saya adalah tempat luahan mereka. Ada rasa ingin mati. Tapi apakan daya saya adalah satunya anak dan cucu harapan keluarga, saya tidak boleh buat apa-apa. Saya berfikir kalau saya mati saya tidak perlu berfikir tentang masalah saya, saya tidak perlu jaga hati orang sekeliling yang tidak pernah jaga hati saya, tidak perlu berfikir tentang masa depan yang sangat saya takut,tidak perlu lagi menggunakan topeng ini, takut saya takut takut. Takut atas segalanya takut untuk tambah dewasa. Keluarga bukannya beri sokongan tapi hanya marah. Saya tidak tahu mahu luah dengan siapa. Saya rasa saya perlu pendam lagi. Takut.... kenapa hidup saya tidak pernah indah? Bahkan waktu saya masih anak kecil saya tidak ada rasa kebahagiaan di dalam hidup kalau ada pun mungkin hanya sementara sahaja. Saya tidak lah pandai dalam semua mata pelajaran, kedudukan peperiksaan saya sahaja turun dratis. Saya tidak memberi tahu keluarga saya terutama mama. Saya takut mama akan menyalahi saya, memarahi, mengkaitkan kisah lalu yang saya ingin lupakan dan banyak lagi. Huh... Saya pikir saya akan kehilangan segalanya, segalanya yang saya sayang. Tidak apa, itu sudah biasa bagi saya untuk hilang orang yang saya sayang. Tolong.

Apa Yang Terjadi Pada Diri Ku Ini? Where stories live. Discover now