satu.

57 2 1
                                    

"Apa ni mama. Mama buat keputusan tak bincang dulu dengan kitorang berdua"kataku tidak puas hati dengan keputusan mama.

"Tapi kamu berdua jer boleh ubah perangai mereka berdua. Ashley dan Kashah tolonglah mama yer. Mama minta maaf sebab tak bincang dengan kamu berdua dulu sebelum buat keputusan"aku mengeluh perlahan melihat muka mama yang kian keruh.

"Tak pe mama benda dah jadi dah pun. Nak buat macam mana. Lagipun mama dah janji kan dengan Aunty Alia, Aunty Maria dah kan"kata Kashah. Betul juga cakap dia benda dah jadi.

"Setuju jelah dengan mama Ash. Takpe aku selalu ada belakang kau Ash kalau dia apa apa kan kau"aku melihat ke arah abang aku iaitu Adam Luke.

Hai aku Ashley Lydia. Aku dibesarkan oleh ibu tunggal iaitu mama aku sendiri. Aku ada seorang abang bernama Adam Luke.Papa sudah lama meninggal dunia bersama parent Kashah. Aku dan Kashah sepupu so mama ambil tanggungjawab untuk jaga Kashah selepas abang kesayangan mama meninggal bersama-sama. Kemalangan dasyat itu menjadi peristiwa hitam dalam keluarga. Aku tak kesah pun sekurang kurangnya aku ada kawan. Lagipun aku memang rapat dengan Kashah.

Sekarang ni mama minta aku dan Kashah untuk goda anak kawan-kawan mama yang gay tu. Hurmm nak tak nak terpaksa terima jelah.

"Baiklah mama Ash terima but mama kena tukarkan kami berdua ke sekolah Putra's boys Highschool untuk permudahkan kan situasi kami" senyuman mama kembali terukir apabila aku menyatakan perkataan setuju.

Author Pov

D'Sky Residents

Amer Mansion

"Apa ni mama. Am baru balik tiba- tiba mama suruh Am kahwin dengan perempuan. Mama tahu kan Am tak suka perempuan. Am benci perempuan!!"

"So, Am bencikan mama la kan sebab mama pun perempuan?" terdiam Amzar Iman mendengar pernyataan mamanya.

"Mama...bukan macam tu tapi mama tahukan pasal masa lalu Am"

"Benda dah lama dah Am. Mama harap Am dapat terima dengan keputusan mama"kata Datin Nur Alia dan bangun melangkah menaiki tangga untuk biliknya meninggalkan anaknya Amzar Iman yang tengah serabut.

Johan Villa

"No!! Nish takkan setuju dengan pernyataan mama muktamad!"

"So, Nish setuju la mama sekatkan semua kad bank dan akaun media sosial Nish. Baik mama boleh jer nak buat sekarang"

"Tapi mama!!"

"Macam itulah anak mama. Ikut cakap mama" kata Puan Maria.

"Papa,tolonglah Nish!"

"Papa setuju dengan mama kamu Nish. Papa nakkan menantu perempuan tulen bukannya perempuan jadian"

Anak lelaki kepada pasangan berusia 40-an itu memandang kedua ibu bapanya dengan riak tidak puas hati akan keputusan mereka.

End Author Pov

Harini merupakan hari paling tidak aku nantikan. Di mana hari aku menjejakkan kaki ke sekolah Putra's boys highschool. Sebab apa aku tak suka dah terang-terang tertulis boys dekat situ.

Ketika kereta milik kami berdua memasuki perkarangan parking vvip sekolah tersebut, kereta kami menjadi tatapan  semua orang. Nama pun sekolah lelaki. Sekali kereta idaman masuk kawasan sekolah boleh ditenung sampai pecah enjin kereta. Dengan menarik nafas berat aku keluar dari kereta lalu menutup pintu dengan perlahan.

Tatapan dari pelajar lelaki sekolah ini aku abaikan. Mungkin mereka semua pelik dengan ketibaan dua orang gadis ke sekolah lelaki ini. Mungkin juga mereka terkejut dengan kedatangan kami berdua.

"Ash, jom! Abaikan je diorang tu" Kashah menarik tangan aku pergi dari perkarangan parking vvip tersebut. Pejabat menjadi sasaran kami berdua.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi alunan pintu diketuk oleh Kashah membuatkan orang yang berada di dalam memberi tindak balas dengan suara yang keras

"Masuk!!"

"Pengetua?"

"Ouh kamu berdua sudah sampai rupanya. Duduklah dulu saya ada perkara penting yang perlu saya uruskan dahulu dengan dua orang pelajar lelaki ni" kami berdua mengangguk dan mengambil tempat di sebuah sofa panjang yang berwarna merah hati.

"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni hah!! Sampaikan cikgu perempuan tu minta surat berhenti dengan saya! Pening kepala saya dibuatnya!!" Kashah memandang ke arah aku dengan riak sedikit terkejut. Wait adakah diorang yang kitorang kena pikat tu. Aku mengangkat muka memandang belakang lelaki tersebut. Hurm perfect back mesti handsome kan tapi entahlah.

"Kitorang bukan buat apa pun Papa!! Dia yang melebih. Bukannya Nish buat benda yang tak patut dalam kelas tu" aku mengambil keputusan untuk menyumbatkan telinga airpod kedalam telinga. Kashah sudah pun berbuat demikian kerana malas mendengar celoteh pengetua yang kuat.

Sekolah lelaki memang sukar dijangka. Yelah perempuan yang menjejakkan kaki ke sekolah ni mesti akan menjadi tumpuan utama kan? Rambut yang terurai panjang aku ikat dengan gaya messy bun.

Volume lagu diperlahankan demi mendengar apa yang diceloteh oleh pengetua kepada dua jejaka ini.

"Ini amaran terakhir buat kamu Danish. Kalau tak papa tak teragak nak tukar kamu ke sekolah lain!! Begitu juga kamu Amzar"

Ehhh jap jap Amzar? Danish? Macam pernah dengar... 'Nama diorang Amzar dan Danish' nama yang mama beritahu terlintas di fikiran. Aku memandang Kashah sekilas. Minah ni memang tak dengar apa-apa huh.

"Dah kamu berdua boleh ke kelas" aku mengangkat kepala memandang dua orang jejaka yang mahu berjalan keluar dari bilik pengetua. Really muka bapak hensem macam ni gay. Cannot brain betul!!

"Ashley,Kashah come here!" aku bangun dan mencuit Kashah untuk bergerak sama.

"Ni kelas kamu berdua 6 Zarot. Uncle letak same class dengan Amzar dan Danish. Kashah uncle nak minta tolong sangat-sangat please ubahkan anak uncle to normal" aku membulatkan mata apabila pengetua atau lebih tepat Uncle Johan merayu dengan Kashah. Awal direstu

"Ehh uncle jangan macam ni. Saya akan cuba yang terbaik. Kalau tak berkesan maksudnya bukan sayalah orang yang mampu ubah dia" aku mengukir senyuman apabila dia berkata sebegitu.

"Uncle kami berdua pergi ke kelas dulu yer. Takut terlepas pelajaran pula" aku bersuara apabila melihat jam. Pelajaran penting demi masa depan yang cerah ehh tiberrr.

"Ehh jap! Kenapa pakai pakaian lelaki. Kenapa tak pakai je pakaian casual perempuan?" Soal Uncle Johan melihat aku dan Kashah berpakaian seperti lelaki.

Baju yang dipakai kitorang berdua ditilik aku. Yelah pakai seksi-seksi kang terbuntang semua mata anak jantan dalam sekolah ni kan. Kaki baru jejak jalan tar kang dah kena halau balik pula.

"Dah pergi tukar ke uniform formal sekolah. Semua sudah disediakan di lokar kamu berdua. Uncle beri kebenaran tandas guru perempuan untuk kegunaan kamu berdua juga" wow ada baju khas. Hebat betul!

"Okay uncle. Terima kasih" aku menundukkan sedikit badan dan berjalan keluar dari pejabat.  Kaki bergerak laju menuju ke kawasan loker walaupun loceng menandakan waktu pelajaran sudah bermula.

Selesai menukar pakaian kelas 6 Zarot dicari aku dan Kashah. Mampus nak cari dengan kawasan sekolah ni besar. Nasib si Kashah ni dah tahu sikit selok belok sekolah ni. Kerap datang lawan basketball dekat sekolah ni.

Aku menarik nafas panjang lalu pintu kelas diketuk

TOK! TOK! TOK!

Suasana kelas yang riuh macam menjadi sunyi. Pintu aku buka perlahan. Terpampang seorang pelajar lelaki di hadapan pintu. Maybe ketua kelas

Aku memandang nametag nya. Azie nice name.

"Korang berdua siapa?" Soalnya pelik melihat dua ketul gadis berdiru dihadapan pintu kelas.

"Pelajar baru" terkesima sedikit mamat tu saat aku berkata begitu.

" Erk masuklah. Korang ada new student!!!" Jeritnya ceria. Aku memandang Kashah lalu menelan air liur perit. Nampaknya ada bala!

......

He's Mine (OG)Where stories live. Discover now