Bab 3

850 83 12
                                    

          “ARA.” Panggilan daripada seseorang menyentakkan Ara yang sedang membuang pandang ke arah sungai. Air mata yang tadinya tumpah cepat-cepat dia seka apabila orang itu semakin menghampirinya.

Siapa lagi kalau bukan Amir. Selamba saja lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya

          “Kau… menangis ke?” Perlahan si dia menyoal. Berhati-hati wajah Ara dipandangnya.

          “Tak la. Masuk habuk kut. Kau buat apa dekat sini?” Ara cuba mengubah soalan. Tak mahu sesiapa pun tahu isi hatinya yang sebenar. Mata dikibas menggunakan tangan sebelum dia berpaling ke arah Amir.

          “Cari kau la. Lepas makan je tahu-tahu kau dah hilang. Aku pergi rumah umi pun kau takde jugak. Itu yang… aku cari kau dekat sini,” jelas Amir satu-persatu.

          “Kau sama je macam dulu, Ara. Suka duduk tepi jambatan kalau nak mengelak daripada aku, kan? Sebab kau pernah cakap yang sungai bagi kau ketenangan,” sambungnya lagi. Sempat bergurau.

          Bibir Ara terjungkit sedikit. “Aku memang sama je. Daripada dulu sampailah sekarang. Kau yang dah lain, Amir.” Selamba ayat itu ditutur olehnya. Wajah langsung tak beriak. Tak mahu mempamerkan apa-apa perasaan.

Kepala Amir menunduk. Dengar Ara cakap macam tu, dia jadi serba-salah. Agak lama juga dia mengunci mulut sebelum satu patah perkataan keluar daripada seulas bibirnya.

          I’m sorry.”

          Sorry je? Mana pergi janji kau? Kau dah lupa?” Bertubi-tubi Ara menyerang soalan. Dia tetap memandang Amir walaupun lelaki itu tak sanggup ingin memandangnya.

Ara pun tak pasti mengapa. Mungkin kesian? Mungkin serba salah? Mungkin juga ingin berlagak seperti seorang gentleman?

          “Aku minta maaf, Ara.” Sekali lagi, Amir minta maaf. Ara mengeluh berat. 

          “Ke mana kau menghilang, Mir? Bukan sekejap tau tapi lama aku tunggu kau.”

          “Aku minta maaf sangat-sangat.” Sudah kali ketiga.

Senyuman Ara kelat. Fed up. Masih meminta maaf? Amir ingat dengan permohonan maaf mampu membuatnya okey? Tak. 10 tahun Ara bazirkan masanya semata-mata untuk menunggu Amir pulang ke Malaysia. Semata-mata kerana janji mereka. Tapi, Amir?

Senang-senang je rosakkan.

          I am truly sorry, Ara Adelia.”

          Stop it, Amir. Your apologize will not heal my broken heart. Kenapa kau asyik minta maaf dekat aku? Untuk apa, Mir? Untuk apa?” Tanpa sedar, setitik air matanya jatuh. Kali ini Ara tak dapat tahan.

Amir angkat wajahnya. Kemudian, dia pandang wajah Ara dengan riak serba salah.

          “Hati aku berubah, Ara. Itu sebabnya. Aku…”

Sebelum makin teruk empangan air matanya pecah, Ara cepat-cepat memintas kata-kata Amir. Sudah! Dia tak mahu dengar apa-apa lagi. Hatinya sakit, jiwanya pedih.

          “Okey. Aku faham. Kau tak perlu jelaskan lebih-lebih. Now, it makes sense. No wonder, Lisa cakap macam tu tadi.”

          Ara… please, don’t cry.”

          I’m not crying, Amir. For the last time, I’m letting my tears go because of you. And, after this, it will not appear again. Same goes with my love to you.

          “Aku…”

          No need to explain more. It’s already hurts me, Amir Luthfan.” Ara pejam mata. Berharap agar mutiara jernihnya akan berhenti mengalir. Namun, semua itu sia-sia. Dia dah tak mampu menahan dan memendam lagi apa yang terbuku di hati.

Bilamana Ara merasakan ada sesuatu yang lembut menyapa kulit pipinya, automatik mata dibuka kembali. Dia terpempan apabila Amir tengah mengelap sisa-sisa air mata yang sudah membasahi wajahnya menggunakan sehelai sapu tangan.

          “Aku tahu aku selfish kalau aku minta benda ni. Tapi, boleh kan kalau kita kekal berkawan?”

Terpinga-pinga Ara menatap wajah Amir. Dia terkedu. Beraninya Amir minta macam itu sedangkan dia dah ada Khalisa?

          “Kau dah ada Lisa, kan?”

          “Tapi, aku nak kau.”

          What are you thinking about, Amir? Apa permainan kau? Apa yang kau nak daripada aku?”

Amir diam. Lama jugalah. Sehingga akhirnya Ara mengeluh lalu memberi kata putus. Keputusan ini sangat berat. Tetapi Ara memilih untuk mengikut saja kata hatinya untuk kali yang terakhir.

          “Okey. Aku boleh tunaikan permintaan kau sebagai seorang kawan. Tapi, sebaik sahaja kau jadi suami Khalisa, sorry… I’ll back off. I’m no longer your friend.”

Stuck With You | COMPLETEWhere stories live. Discover now