ARA pandang Amir. Amir pandang Ara. Masing-masing diam tidak berkutik sejak bersua muka di hadapan rumah sehinggalah tiba di Kedai Makan Kak Yah.
Bosan dengan keadaan yang begitu, Amir membasahkan tekak untuk menegur Ara dahulu.
“Kau nak cakap apa-apa ke dekat aku? Tak pernah-pernah kau ajak aku keluar berdua macam ni. Inilah first time dalam masa 5 bulan ni.” Amir memulakan mukadimahnya. Air milo ais dihirup beberapa kali sementara menunggu Ara buka mulut.
“Aku…”
“Hmm... kenapa dengan kau?”
Ara ketap bibirnya kuat. Banyak sebenarnya isi yang mahu dia luahkan tetapi tidak terkeluar. “Aku…”
“Ya, Ara Adelia. Kenapa?” Lembut Amir menyoal. Melihat tingkah Ara yang sekejap-sekejap gigit bibir, sekejap-sekejap minum air itu buat kepalanya menggeleng perlahan. Ara... Ara...
“Aku... saja je nak ajak kau keluar sebenarnya. Esok lusa kan kau dah nak jadi suami orang. Jadi, lepas ni tak dapatlah kita jumpa berdua macam ni. Inilah kali yang terakhir.” Jujur gadis itu meluah sambil mengeluarkan ketawa palsu. Kepalanya menunduk ke bawah.
Amir gigit bibir bawahnya. Risau melihat keadaan Ara yang sebegitu. Ingatkan bila keluar berdua macam ini bolehlah mereka chill-chill tapi... lain pula yang jadi.
“Okey, macam ni.”
“Huh?” Ara angkat kepala. Bercantum kedua-dua belah keningnya tatkala mendengar respon Amir.
“Kalau macam tu, kau nak ke jadi isteri kedua aku?” Niat Amir ingin bergurau saja. Untuk mengembalikan mood Ara. Tetapi nampaknya dia tersilap langkah.
“It’s not funny, Amir.” Keras nada suara Ara. Tegang wajahnya mendengarkan itu. Nampak macam suasana mereka ini boleh dibawa gurau ke? Ara bingung.
“Okay, sorry... Aku cuba nak buat kau okey je.”
“Tapi, gurauan kau tu keterlaluan sangat. Dan, sangat tak patut untuk dibawa gurau.”
“Okey-okey. Aku faham dan aku janji takkan ulang lepas ni. Lagi? Kau nak luahkan apa-apa ke dekat aku? Cakap je. Aku sudi dengar.”
Ara geleng kepala. Buat apa nak beritahu Amir? Semua tu sia-sia je. Bukan dia boleh putus pun dengan Khalisa, kan? Eh, Astaghfirullah. Boleh pula Ara fikir sampai macam tu sekali.
“Hai, cik manis dan encik kacak. Makanan kamu berdua sudah sampai. Ini, mi kari kaw untuk cik. Dan ini, nasi goreng paprik untuk encik.” Seorang pelayan yang bukan main peramah menghampiri meja mereka lalu meletakkan makanan-makanan yang sudah dipesan.
Sebelum dia berlalu pergi, Ara dan Amir mengucapkan terima kasih dahulu.
“Ara…” panggil Amir sebelum dia mula menjamah makanan. Mi kari kaw yang berada di hadapan Ara dipandang dengan lama.
“Kau serius ke nak makan mi kari kaw ni? Macam mana kalau kau sakit perut? Mata berair? Kau kan tak tahan pedas,” sambungnya lagi. Risau. Gila tak risau. Ara pernah sakit sampai kena tahan wad kut disebabkan terlebih makan makanan pedas walaupun tahu dirinya tak dapat bendung.
“Biarlah. Aku teringin.” Selamba saja Ara balas, macam itu cuma perkara kecil untuk dia. Mata fokus memandang mi kari kaw di atas meja. Sebelum Ara masukkan sudu yang pertama ke dalam mulut, sempat dia telan liur dahulu. Seriau sebenarnya. Tapi, disebabkan dia memang nak sangat makan jadi redah aje la.
YOU ARE READING
Stuck With You | COMPLETE
Short Story𝐀𝐌𝐈𝐑 𝐋𝐔𝐓𝐇𝐅𝐀𝐍 ✦ 𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐈𝐀 Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18 tahun itu tanpa sedar membuahkan perasaan suka di dala...