His Seele | 36

15.8K 694 58
                                    

Aku melihat ke arah sekelilingku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melihat ke arah sekelilingku. Pelbagai ragam manusia yang dapat aku lihat di sini. Ada yang datang bersama keluarga mahupun kawan, dan ada juga yang datang bersama pasangan mereka.

Dan ketika itulah mataku tertancap ke arah sepasang pasangan romantik yang sedang bermain di salah satu tempat permainan sana. Si wanita memeluk erat lengan pasangannya manakala si jejaka pula sibuk melontar beberapa dart ke arah papan mata.

Lihat aksi pasangan itu membuatkan aku tersenyum nipis. Diri mula dihurung rasa sesuatu. Kalaulah Nils ada sekali kan best. Boleh aku cipta satu memori baru lagi dengan dia.

"Why dolcezza? Is there something bothering you?" soal Carl hairan. Aku rasa dia perasan yang aku terpandang ke arah pasangan tadi. Muka aku pula memang tunjuk riak muram.

Aku menggeleng ke arahnya.

"Tak adalah, saya okay je. Cuma saya rindukan Nils" luahku jujur. Aku tersenyum nipis ke arahnya.

Carl hanya pandang aku bersama riak kosong.

"Dah call dia?" soal Carl lagi. Aku mengangguk tanda ya. Sebelum keluar tadi awal-awal aku dah vc dengan suami aku. Tak guna betul laki tu, boleh pula dia goda aku dengan tayang badan shirtless dia.

Tunggulah dia balik nanti, memang aku goda dia habis-habis.

"Erm, kalau macam tu kita main satu permainan nak?" cadangnya bersama kening yang diangkat sekali.

Dahiku berkerut. "Main apa?"

Carl menunjuk ke arah satu khemah yang terletak di hujung sana. Khemah itu kelihatan agak menarik. Dihiasi dengan pelbagai jenis lampu yang berwarna-warni. Aku laju angguk kepala kearahnya.

"Kita buat satu bet nak?" tiba-tiba aku memberi cadangan. Jejaka itu hanya berpeluk tubuh. Dia mengangkat sekali kepalanya, menyuruh supaya aku meneruskan bicara.

"Siapa menang dia kena make up orang yang kalah" aku angkat kening berkali-kali ke arahnya. Ingin mencabarnya.

Wajah Carl mula cuak. Make up? HAHA, aku saja cadangkan idea gila tu. Dan aku akan pastikan, aku yang menang.

Carl diam sekejap sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.

"Okay, tapi kalau kau yang kalah jangan menyesal eh" duga dia pula. Aku mengangguk yakin. Ni Saralah, aku yakin aku akan menang. Dan pertaruhan kami bermula apabila orang di situ menyerahkan kami beberapa buah dart untuk kami bermain.

 Dan pertaruhan kami bermula apabila orang di situ menyerahkan kami beberapa buah dart untuk kami bermain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now