His Seele | 40

15.7K 639 22
                                    

Carl memandu tenang keretanya sambil kepala memikirkan tentang perbualan dia dan Noah tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Carl memandu tenang keretanya sambil kepala memikirkan tentang perbualan dia dan Noah tadi. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

Tak sangka, tapi itulah kebenarannya. Dia pun agak terkejut pada mulanya. Tapi dia cuba untuk tidak nampak terkesan. Apa yang boleh dia katakan semuanya terjadi bersebab. Mungkin ada hati yang bakal patah nanti.

Ketika tangannya pegun memegang stereng, mata Carl ternaik ke arah cermin pandang belakang. Selepas itu dia pandang pula ke arah cermin sisi. Dia sedar sejak daripada tadi lagi ada satu kereta yang mengekorinya daripada belakang.

Namun Carl masih tenang memandu. Dia hanya menekan pedal minyak seperti biasa. Tangannya memusing stereng tanpa hala tuju sehinggalah dia betul-betul masuk ke dalam kawasan kedai terbiar. Bagus pula sekarang waktu malam jadi tiada kelibat mana-mana kenderaan pun di situ.

Carl memberhentikan keretanya. Kereta tadi juga turut berhenti tidak jauh daripadanya. Pantas tangannya membuka dashboard sebelum glock hitam berkilat itu di capai. Senjata canggih itu disimpan kemas di belakang badannya.

Tangan menolak pintu kereta. Dia berjalan ke arah belakang. Carl berdiri betul-betul di belakang keretanya. Akibat cermin kereta itu mempunyai tinted yang agak tebal, dia agak sukar untuk melihat siapa manusia di dalam kenderaan tersebut.

Tak lama selepas itu, ada empat orang lelaki bertubuh besar mula keluar daripada pacuan empat roda itu. Masing-masing menutup muka mereka dengan sehelai kain hitam. Hanya mata saja yang nampak.

"You guys always doing this. I'm bored. Can we play another games?" Carl menepuk-nepuk mulutnya berkali menunjukkan yang dia betul-betul bosan dengan permainan musuhnya.

The Kaiser. Mereka takkan pernah senyap selagi mereka tak dapat apa yang diinginkan.

"Don't act like you are the boss. It's simple, just give us what we want" balas salah seorang daripada mereka.

Carl berdecit. "Then come and get it"

Tanpa berlengah, keempat-empat lelaki itu mula meluru ke arah Carl. Carl sudah bersedia. Dia sedikit pun tak takut.

Let's play this game.

Let's play this game

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now