His Seele | 46

12.5K 549 8
                                    

"Anak anjing bapaknya keldai, assalamualaikum syaitan-syaitan durjana" Erick menolak pintu biliknya yang dikongsi bersama Hanz sambil tangannya menjinjing sebungkus plastik yang berisi dengan makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Anak anjing bapaknya keldai, assalamualaikum syaitan-syaitan durjana" Erick menolak pintu biliknya yang dikongsi bersama Hanz sambil tangannya menjinjing sebungkus plastik yang berisi dengan makanan.

Waktu dia keluar tadi sempat pula anak jin sekor tu order makan. Dahlah baru lepas tolak mee, dia minta belikan nasi pula. Dasar bela saka.

"Eh Ericka, lama tak jumpa. Apa khabar?" tegur Nick yang selamba bersenang lenang di atas katil di dalam bilik itu.

"Oh my god! Nicki Minaj? Is that you?" Erick buat-buat terkejut bila nampak Nick yang sedang bersenang lenang di atas katilnya.

Berubah terus air muka jejaka itu selepas digelar nama penyanyi yang tidak disukainya. Terus dihadiahkan jari tengahnya kepada Erick yang sedang mengekek ketawa di atas katil.

Bukannya mereka tak tahu yang Nick memang tak berkenan langsung dengan artis barat yang seorang itu. Katanya artis itu terlampau seksi dan terseksa untuknya. Biasalah orang barat, nak expect dia pakai niqab ke?

"Diamlah kau babun" marah Nick tidak suka.

"Ni, nanti kita semua teman Sara dengan kawan dia makan. Nils keluar jumpa Noah. Ada benda yang diorang nak bincang" pesan Hanz yang sedang melipat baju di atas lantai.

Nick pandang Hanz bersama kerutan.

"Kau lipat apa ni hanat?" daripada tadi lagi sebenarnya dia perasan yang Hanz tengah buat sesuatu di atas lantai tapi malas pula dia nak ambil tahu apa yang jejaka itu buat.

Tapi melihat ada beberapa gumpalan berbentuk pelik di atas lantai buatkan mulut dia ringan untuk bertanya.

Hanz pandang ke arah bajunya.

"Apa? Aku lipat bajulah" Hanz tetap meneruskan kerjanya dan menghiraukan pandangan pelik Nick.

Nick mengembungkan mulutnya. Dan tak lama selepas itu, terdengar suara jantan lelaki itu ketawa kuat membuatkan Erick juga terpandang ke arah mereka.

"Apa ni anak-anak, umi tengah gosok baju tadi tiba-tiba terdengar kalian bising. Ada apa yang telah menyebabkan kalian ketawa macam anak anjing ni?" Erick tiba-tiba menyampuk, di tangannya juga ada sebuah iron yang masih menyala. Apa jantan gila ni?

"Kau ni kalau ye pun tutuplah iron tu dulu. Nak bakar bilik ni ke?" Hanz tepuk dahi. Penat betul dengan kebodohan jantan sorang ni.

"Eh, ya Allah lupa pula umi kejap" Erick kembali berlari ke dalam ruangan bilik di belakang.

"Apesal kau gelak hanat?" Hanz pandang Nick tak faham. Kenapa? Apa yang lawak?

"Asal orang lain lipat cantik tapi dekat kau macam gumpalan lampin pakai buang?" Nick masih bersama sisa tawanya.

Kelakar melihat gumpalan-gumpalan hitam yang dia yakin adalah boxer milik Hanz yang tersusun cantik di atas lantai.

Hanz mula buat muka. Baru sahaja dia mahu melemparkan kata-kata kesatnya kepada Nick, serentak itu tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka daripada luar. Terpacul wajah Carl di depan pintu.

𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now