Episod 5

115 2 0
                                    

Diam tak diam aku dah berkerja di Julang Sedia Sdn Bhd selama sebulan. Dalam jangka masa ni aku jarang bersama Hakimi. Kata Dato Seri Khalid iaitu CEO dan merangkap bapa kepada Hakimi dia menguruskan projek di England. Maklum lah syarikat ni kan mengeksport perabot-perabot jati. Lagipun Dato Seri juga merupakan salah seorang businessman yang berjaya, bukan setakat business perabot dia je tu. Malah hartanah, apa lagi? Tak terhitung jari. Nak tunjuk sangat yang dia kaya. Cuma kali ni, segala urusan Hakimi di pejabat, aku yang perlu uruskan. PA kan. Kalau nak diikutkan gossip Kak Limah, Hakimi ambil cuti sebab jumpa kekasih lama dia kat England. Macam shock pun ada.

Kira dia bertunang dengan anak Tan Sri Hamid tu pilihan keluarga sahaja. Mengikut gossip Kak Limah juga, dulu kekasih lama dia lari ketika hari pernikahan. Sumpah bodoh minah tu, kalau aku jadi minah tu memang tak lah kan aku nak lepas si Hakimi tu. Dah lah terlampau handsome, kaya.. apa je yang tak ada. (Macam si Kimi tu nak kau Arri, sedar diri!)

Hari ni aku balik lewat, akibat baru dapat gaji bulan pertama, so aku pikir nak penuhkan peti ais kat rumah. Ada apa je kat peti ais rumah Azwan tu. Lagipun jimat kalau masak je, so, segala stock-stock makanan untuk di masak aku beli. 

Turun teksi. Tegur pak guard. Tunggu lif. Pintu lif terbuka, mak aihhhhh.. handsome sial mamat ni. Tapi tengok muka sombong je, lagi orang-orang yang stay kat condo ni, sure anak loaded atau dia sendiri kerja kaw-kaw. Boleh lah cuci mata kejap. Paling tak boleh blah kalau duduk dalam lif sorang-sorang, sumpah seram even still belum pukul 12 malam. Dah memang aku kecut. Aku tahu aku bukan totally jantan. Puiiii. Apa ada hal. 

Buka pintu rumah.. tutup dan zappp..... 

Jimmy : "Lewat kau balik? Wan kata kau selalu balik awal.."
Aku : "Eh Jimmy... kau tak call pun kau nak lepak sini? Wan tak ada cakap pun.."

Aku bukan terkejut sebab dia ada sini. Aku cuma terkejut dia hanya memakai towel dalam rumah ni. Dan paling tak boleh blah, itu towel Azwan. (pikir positif Arri, maybe dia pinjam towel Wan).. 
Jimmy : "Perlu ke dia nak bagitau kau dulu, lagipun ni rumah dia, suka hati dia lah kan...Haha" ok, gelak tu jahat. Dan setiap bait perkataan yang dia ucap penuh sindiran. Yes. Inilah PLU. Hidup hanya tahu NAK BAGUS. 
Aku : "Haha.. tak ada lah. Kalau kau inform awal, boleh aku balik awal lepak-lepak dengan kau.." sebab kau kawan aku Jimmy, aku sentiasa cakap baik-baik.. See, aku ni memang hati mulia. Korang tau apa? Hehe. Pitam!
Jimmy : "Arriansyah, aku dah tinggal sini bro."

Melopong......

Jimmy : "Lagipun aku dengan Wan dah declare, elok juga stay satu rumah. Aku pun dah kerja kat Thistle. Dekat je. Dia boleh lah hantar aku kerja kan"...

Jantung aku terus berhenti berdegup. Perlukan tekanan di dada.. CPR! In-haler.. ok fine! 
Aku : "Bila? Dia tak bagitau aku pun?"
Jimmy : "Arri. Lagi sekali aku tanya kau, perlu ke dia bagitau semua tu dekat kau? Kau siapa je pun..." sambil buat muka nak mintak pelempang.

Seriously, dia dari dulu perangai macam tu, tapi selama ni aku tak terasa pun dengan ayat dia. Tapi kenapa dengan malam ni??? Kenapa aku macam tak bernafas? 

Aku segera mematikan perbualan aku dengan dia. Kalau tak aku rasa, perang dunia bakal meletus. Masuk bilik. Duduk di birai katil. Termenung. Azwan selama ni tak pernah bagi aku harapan untuk bersama pun, tapi kenapa aku rasa sesak dada sekarang. Aku tak rasa aku cintakan dia. Aku bukan mudah untuk
mencintai seseorang. Tapi kenapa ia sakit..? mata aku macam dah nak berair je. (Please Arri, tak kan benda bodoh gini kau nak jatuhkan air mata kau. Kau dah janji yang kau tak akan menitiskan air mata sebab lelaki). Come on. Aku cuba senyum kembali. Aku perlu sedar diri aku siapa. Jimmy layak bersama Azwan kerana mereka sama padan. Yap. Kalau nak dibandingkan aku dengan Jimmy sangat jauh beza. Ye, aku serabai mungkin. Atau lebih tepat aku tak seperti PLU lain, yang gah dengan gaya mereka dan itu bukan aku. Aku perlu sedar diri. Wake up Arri.!

Bangun. Mandi. Tengok cermin. Tampar pipi. Uish, sakit. Senyum. Pandang kosong ke kotak besar yang di atas almari. Capai. Buka. Ada 1 kotak di dalamnya. Kotak berwarna merah. Ye, aku ingat kotak itu. Di dalam kotak itu ada tersimpan kenangan aku dengan Izzu.... siapa dia? Oh ye, dia lah lelaki pertama yang singgah di hati aku... (Arri, kau kene kuat)...dan mungkin kerana ini lah yang membuat aku hilang rasa percaya pada PLU. Dan ya, aku perlu letak Azwan juga pada benda yang sama. Full Stop. 

5 tahun yang lalu...

FB (Install Messanger)

Izzu : Hai
Aku : Hai ... :)
Izzu : Awak yang kerja di Pulai Spring Resort tu kan? 
Aku : Yup..awak pernah nampak saya di sana?
Izzu : Ada sekali. Time tu awak buat performance. Maybe awak tak perasan saya.
Aku : Mungkin.....

Aku pernah kerja di sebuah club, sebagai performer (penyanyi).. cuti semester, tak ada benda nak buat. Apa salahnya kan... lagipun bapak aku benarkan. Aku ok je lah. See, memang aku anak bapak. 

Izzu : Minggu ni awak free? Kita jumpa nak?
Aku : Mungkin free, InsyaAllah if ada masa.. ok je..... 

Perjumpaan yang pertama, membawa perjumpaan yang kedua, yang kedua membawa ketiga, dan ketiga membawa keempat. (Berapa banyak nombor daa....) dan yang keempat itu membawa kepada sebuah perhubungan yang indah. Ya, aku rasa indah itu... mungkin dia tidak se'handsome' Azwan, dan jauh beza juga dengan Hakimi. Just cukup dia mampu buat aku terbang... :)

Masa berlalu dengan cepat. Hubungan aku dengan Izzu dah menjangkau selama 2 tahun. Macam-macam berlaku sepanjang ni. Nak kata aku bahagia, emmmm tak tahu nak jawab. Ya, aku cintakan dia. Aku bagi hati aku sepenuhnya untuk dia. Kenapa pula aku tak bahagia? Selama 4 bulan aku bersama dia, dia tunjukkan segala komitmen dia. Tapi lepas dari masa tu, kasih sayang dia terhadap aku sangat hambar.

Dia hanya sentuh (means emmm...yelah, lakukan hubungan yang ehem.. aku malu la nak tulis sini. Ok fine! Sex) aku setahun sahaja dalam masa hubungan aku.. itupun dalam masa tu boleh dihitung dengan jari. Selepas tempoh setahun tu. Tak. Pernah aku check phone dia. Mana tahu dia curang, atau mungkin dia ada orang lain tanpa pengetahuan aku. Tapi tak ada tanda-tanda pun dia curang. Malah setiap kali cuti sem, tiap-tiap hari kalau boleh dia akan jumpa aku. (rumah dia dekat je dengan rumah parents aku, even parents aku kenal dia.. sebagai kawan lah kan, tak kan lah aku nak bagitau Izzu tu couple aku. Anak
durjana lah tu kan)... tapi bila jumpa dia tak cakap banyak, beza dengan 4 bulan awal hubungan kami. Dia sentiasa happy, bunga.. tiap-tiap hari jumpa, akan bagi kot. Lupa tak lupa lah kan. Tapi dia terlalu menjaga hubungan aku dengan dia. Beza dengan sekarang... dan sehingga lah malam di mana aku tahu realiti sebenar. 

Aku dapat tahu dari rakan-rakan dia yang mereka mahu membuat sambutan hari jadi Izzu. Kebetulan hari tu hari Khamis. Ok, aku ada kelas. Tak kan aku nak berlari petang tu dari Segamat nak ke JB. Esoknya pun aku ada kelas. Still weekdays. So, pada awalnya aku cakap aku tak dapat hadir. Tapi akhirnya bila dipikirkan balik aku patut pergi. Aku buat keputusan untuk ambil cuti 2 hari. Aku tak bagitahu pun pada Izzu yang aku balik. Konon nak buat surprise la... 

Sampai di terminal Larkin pukul 11 malam. Lewat. Sebab aku habiskan dulu kerja aku di kolej. Segera naik teksi ke Bandar Baru Uda, rumah Izzu. Dengan hujan yang tak berhenti dari petang tadi. Sampai di rumah Izzu, lencun akibat tak ada payung. Ya, ramai sangat orang dekat rumah tu. Kejap, aku kira, ada
lebih 20 orang. Aku tak berapa kenal mereka, kawan-kawan Izzu semuanya ala ala hot stuff. Kalau nak di ikutkan dengan gaya aku, memang tak lah kan. Aku memang sentiasa sedar diri aku. Tercari kelibat Izzu di ruang tamu. Tak ada. 

Seseorang menegur...

"Hei"

Aku : "Rh kau..mana Izzu?"

Didie.. kawan paling rapat Izzu. Actually dia tak berapa berkenan dengan aku. Mungkin. dari cara mata dia pandang aku selalunya memang macam memerli. Al-maklum, besfriend dia just couple dengan orang biasa-biasa macam aku. Tak macam mereka, loaded. Didie merupakan anak YB aku tak patut lah kan nak bagitau sepenuhnya. Oh ya, aku lupa nak cerita, Izzu pun bukan calang-calang
punya orang weh, bapa dia mempunyai banyak cawangan hotel mewah di seluruh negara. And by the way, Pulai Springs Resort yang tempat aku kerja dulu tu pun bapak Izzu punya... See, aku memang dijodohkan dengan orang loaded je kot. Hahaha. Puiii. 

Didie : "Ada kat atas..aku sarankan kau tak payah lah naik dulu." Ada seorang lelaki memegang tangan Didie. Ariff. Ya, Didie dan Ariff, sama padan mereka berdua. Dua-dua handsome, aku tak nafikan... 

Ariff : "Kenapa u?" soalan diajukan kepada Didie, tapi mata pandang aku atas bawah. Memang perli habis la tu dalam hati. Benci sial pandangan macam tu. Macam nak seligi..... tapi hati aku sekarang lebih memikirkan kata-kata Didie. Kenapa pula aku tak dibenarkan naik atas dulu? 

Tiba-tiba, kelibat dua orang menuruni tangga dari tingkat atas. Berpegangan tangan. Dan dengan itu, jantung aku macam berhenti pam. Izzu dan seorang lelaki yang umur dia sure atas aku, dan mungkin bawah Izzu, atau sebaya. Jambu gayanya. Lupa lagi nak bagitahu umur Izzu. 30 masa tu. Tua?? Apa ada hal.... Demi terpandang aksi tu, aku segera ke dapur. Buat-buat yang aku sedang kemas dapur rumah tu. Izzu nampak aku, tapi halang pun tidak. Malah biarkan.

(Slow music: Rapuh – Agnes Monica)

Pukul 12, di ruang tamu bingit dengan sorakan kawan-kawan Izzu. Nyanyian Happy Birthday juga dinyanyikan oleh mereka. "Selamat hari jadi Bie"..hanya mampu ucap dalam hati. Sebak. Tapi aku jenis yang tidak melulu. Perlu tahu apa yang terjadi tadi. Mungkin itu pun salah seorang kawan Izzu, tapi kenapa perlu pimpin tangan? Kenapa pula Didie halang aku naik atas tadi? Sumpah hati aku tak keruan sebenarnya. 

(Music Pause)

"Hai, asal U ada sini? Kenapa tak duduk depan je?" ada suara menegur aku. Fuhhhh semangat. Nasib aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, tak sempat aku nak mengucap agaknya. Lelaki itu lah yang memegang tangan BF aku. Kenapa ada kat sini pulak mamat ni... 

Aku : "Oh tak ada lah. I cuma ambil angin je, tadi hisap rokok kejap." (padahal aku tak ada kotak rokok, hisap pun tak. Rokok ehem je lah kot. Puiii....)

"Harris....." sambil menghulur tangan...

Aku : "Arri.. Arriansyah"..balas salam.
Harris : "Tak pernah pulak Izzu ada cerita pasal U before ni. Yelah, 2 tahun I duduk di India. Berkhidmat kat sana..doktor kan".

Gayanya sopan. Tidak pun nampak macam sombong. Beza dengan kawan-kawan Izzu yang lain kat dalam tu. Pandang aku macam nak telan. Tak berani nak pandang balik. Tapi lelaki yang berada di depan aku ni berbeza. Siapa dia?? Siapa dia pada Izzu. Kenapa Izzu tak pernah langsung cerita pasal aku, kalau tak cerita pasal hubungan tu ok lah kan. At least sikit sahaja cerita, tak kan tak ada?
Aku tak penting ke selama ni??

Izzu : "Harris, apa U buat kat belakang ni?" terkujat aku. Izzu pandang aku, tapi segera dia buang ke tempat lain. 
Harris : "Sayang... I just berbual dengan kawan U ni. Kenapa tak ajak dia duduk depan sekali."

Aku tak silap dengar ke apa. Kejap, sayang?????? 

Izzu : "Jom, kawan-kawan I panggil u..nak bergambar kan..."
Harris : "Ajak lah dia sekali U. U ni.. Jom Arri"
Aku : "Eh, tak payahlah... I nak siap kan basuh pinggan-pinggan ni. Haha..." alasan! Muka memberi senyuman. Hati siapa yang tahu. 

Pukul 2 pagi, nampak semua dah beransur pulang. Kelibat hanya Izzu, Didie dengan Ariff je di ruang tamu. Aku tak pikir panjang. Baik aku balik ke rumah. Walaupun hati memang nak sangat penjelasan dengan apa yang berlaku. Tapi lebih baik dalam keadaan macam ni aku balik dulu, lagipun tak selesa nak berbincang memandangkan si pukimak dua ekor tu ada...

(Music continue)

Izzu : "Arri, kita perlu bincang" nada suara dia lemah... 

Aku pandang dia..cuba untuk paham maksud dia... 

Izzu : "Kita selesaikan perkara ni malam ni juga..."

Aku mengangguk. Berserah. 

Aku : "Baiklah..."
Izzu : "Harris tu my ex.."

Terkejut! Melopong..... itu memang reaction aku sejak dulu kot. 

Izzu : "And now...... saya dengan dia dah kembali bersama.." Zappppp..itu jawapannya..

Suasana senyap. Aku? Tunduk........ air mata aku hampir mengalir tapi aku cuba tahan sekurang-kurangnya untuk sementara ni. Aku tak kan nampak kan depan Didie dan Ariff, malah depan Izzu juga.

Izzu : "Hubungan kita selama ni salah. Masa kita mula bersama tu, saya tengah kecewa.. Harris mahu pergi ke India. Saya tak boleh hidup tanpa dia. Cinta saya dari dulu hanya untuk dia. So, saya gertak dia untuk putus. Dia pilih untuk putus. Waktu tu, saya nampak awak. Mungkin saya pikir dengan awak, saya mampu lupa dia. Tapi saya salah perhitungan, 4 bulan saya cuba, tapi tak berjaya. Then dia bagitahu yang dia tidak akan lama di sana ,so saya teruskan hubungan saya dengan dia dalam masa kita couple. Dah sebulan dia pulang ke Malaysia, dan kami sudah kembali bersama sejak kita bersama."
Aku : "Awak terlalu cintakan dia?"

Izzu hanya mampu angguk. Dia tak pandang aku. Mungkin dia rasa bersalah. Mungkin!

Izzu : "Saya harap awak paham keadaan hubungan kita pula sekarang. Saya nak cakap dari awal. Tapi saya tak sampai hati nak sakitkan hati awak.. saya tahu selama ni saya cuba untuk buat awak tak tahan dengan perangai saya..tapi tak
berhasil. Ini sahaja jalan terbaik untuk kita."

Aku pandang dia sepi... cuba menelan segala apa yang dia kata. Aku buka jam tangan aku, gelang tangan. Cincin. Laptop dari beg juga aku keluarkan. Ini semua pemberian dia. Aku harus pulangkan.

Izzu : "Awak simpan semua ni, saya bagi dengan ikhlas."
Aku : "Kalau awak mampu kesian saya selama ini, jadi tak salahkan kalau awak kesiankan saya malam ni.. ambil semua ni, ini bukan hak saya. Saya pulangkan balik untuk awak." 

Aku bangun, melangkah keluar. 

Izzu : "Saya hantar awak balik."
Aku : "Saya dah call cab."

Izzu pandang aku lama........aku hanya mampu senyum, senyum untuk kekuatan aku. Senyum juga menandakan aku merelakan dia untuk lepaskan aku... Aku melangkah keluar. Aku tak akan jejak lagi di rumah ni. Sebelum keluar pagar.........

"Arri!"

Aku menoleh....

Didie : "Aku harap kau tak akan ganggu dia lepas ni, lepaskan dia. Harris pun kawan aku. Izzu tak pernah bahagia bersama kau, dia cintakan Harris. Kalau kau ganggu mereka, kau tunggu apa yang aku buat dengan kau. Jangan main-main
dengan aku." Lagaknya yang keras.

Aku pandang dia, sambil senyum...

Aku : "Kau tak perlu risau Didie, jaga kawan kau dengan baik." Aku bersuara lemah. Tapi aku cuba untuk senyum lagi...

Aku segera keluar.....jalan dengan pantas. Hujan. Aku biarkan hujan membasahi aku, sekurangnya air mata aku masih boleh dibohongi dengan air hujan di muka aku. Berhenti di stesen bas. Dan aku menangis semahu-mahunya di situ.

(Music ends...)

3 tahun dah berlalu. Kenangan aku dengan Izzu aku masih simpan. Buktinya, semua gambar aku bersama Izzu, masih di dalam kotak ni. Pernah juga aku bertanya kenalan dia bagaimana hubungan Izzu dengan Harris. Jawapannya, mereka masih lagi bahagia. Aku gembira untuk mereka. Sekurang-kurangnya Harris seorang yang baik, dari apa yang aku nampak lah walaupun hanya jumpa sekali. Tapi aku yakin Harris mampu memberi kebahagiaan sepenuhnya, tak seperti aku. Ya. Aku bukan sempurna untuk Izzu. Malah jauh beza dengan Harris. Tidak layak. Itu yang aku sentiasa sematkan dalam hati.

TENTANG KITA SEASON 1Where stories live. Discover now