Bangun pagi agak terlewat, tapi sempat Subuh. Kebiasaannya aku akan ketuk pintu bilik Azwan untuk kejut dia subuh. Tapi hari ni mood aku tak ada. Yalah, sure Azwan dengan Jimmy tidur bogel berdua kan. Erkkkk...otak kuning. Seperti biasa, bancuh air. Sapu roti dengan mentega untuk sarapan.
Pintu bilik Azwan dibuka...
Azwan : "Morning.. kau tak kejut subuh. Nasib tak terlajak tidur. Aku nak hantar Jimmy pergi kerja"
Aku senyum je...masih dalam mood tak nak bercakap.
Azwan : "Semalam tak sedar pulak kau balik, Jimmy kata kau balik lewat? Haaa... dating dengan mamat mana lah tu.."
Jimmy : "Wah, kau dating dengan siapa lah kan. Ingat kau tak laku."
(Kau dah lah tiba-tiba je menyampuk. Aku cepuk juga mulut si Jimmy ni. Eh, pa'kal ni rumah laki kau. Kalau tak memang aku dah terajang habis mamat sutun ni)
Aku : "Aku dah lewat la.. aku pergi kerja dulu.."
Azwan : "Eh, biarlah aku hantar kau, macam tak biasa pulak. Hantar Jimmy lepas tu hantar lah kau juga".
Aku : "aku dah call cab. Lagipun sampai bila aku nak nyusahkan kau Wan...tak syok lah gitu. Hehe, kalau emergency je aku guna khidmat kau ok. Bye"
Aku memang sengaja nak elakkan diri. Lagipun aku bukan jenis suka susahkan orang, lagi-lagi sekarang dia dah ada si Jimmy tu. Tak nak lah si Jimmy tu ngumpat aku kat belakang. Macam aku pula yang terhegeh-hegeh. Puiii... Sampai di office aku segera mulakan rutin harian aku. Kemas bilik Hakimi. Padahal dah nak sebulan juga bilik ni tak berpenghuni. Tak lah sebulan sangat. 3 minggu je.
Kak Limah : "Arri, Dato' Seri nak jumpa kau.."
Aku hanya mengangguk.. apa lah orang tua tu nak pagi-pagi ni..
D.S Khalid : "Arri, saya nak cakap sikit dengan awak." Beza dengan anak dia weh. Sopan je bapak dia. Hakimi? Haram jadah mamat tu nak cakap baik-baik...
Aku : "Ya dato"
D.S Khalid : "Hari ni anak saya masuk pejabat. 3 minggu dia tak balik rumah. dia ke England. Awak tahu kenapa dia ke sana?"
Aikkkk....macam aku jaga sepenuhnya la hai anak dia tu.
Aku : "Maaf Dato, saya tidak tahu. Dia hanya email saya kerja atau paper work yang perlu diselesaikan."
D.S Khalid : "Kalau begitu tak apalah... dia tak suka hal peribadi dia orang lain masuk campur. Saya sendiri pun dia berahsia. Sejak Lina tinggalkan dia,dia jadi lebih pendiam dan lebih kasar."
Aku hanya mendengar. Walaupun kurang berminat dengan cerita si mamat sombong tu. Tapi tak kan lah nak buat muka bosan pula depan bos sendiri. Kerja gila.
Aku : "Siapa Lina tu Dato'?" aku cepat tutup mulut aku. Arghhhhh, kenapa aku ni mulut lincah je. Adoi.
D.S Khalid : "Lina bekas tunang Hakimi, tapi waktu hari pernikahan mereka, Hakimi ditinggalkan tanpa di bagitahu sebabnya..." nampak sugul orang tua itu. Yalah anak sorang. Dah tu macam dipermainkan pula anaknya. Kadang-kadang aku terpikir. Tak semestinya orang yang tidak kaya itu bermasalah, dan tak semestinya orang yang kaya itu tidak ada masalah. Ya , betul.
Hari tu Hakimi masuk ke pejabat lewat. Pukul 10 baru dia masuk. Seperti biasa, aku buat dia air milo.
Hakimi : "Hari ni awak wakilkan saya untuk appointment dengan En. Badrul. Saya tak berapa sihat. Lepas tu, petang ni ada meeting dengan retail manager.. dah buat preparation untuk saya?" tegas. Ya, dia amat tegas.
Aku : "Dah tuan. Cuma ada masalah sikit sebab En. Kamal tak dapat hadir untuk meeting petang ni."
Hakimi : "Ada apa-apa kesulitan ke? Tak kan wakil dia tak dapat hadir juga?" keras suara dia.
Aku cuma geleng......
Hakimi : "Ada mulut, jawab guna mulut lah, jangan sampai aku sumbat dengan kasut aku" garang... nampak tegang muka dia. Urat di kepala pun nampak. Ya, rambut dia potong halus, sangat jelas kot nampak. Aku terkejut. Menggigil kejap.
Aku : " Maaf tuan. Errr... En. Kamal tidak bagitahu sebabnya..."
Hakimi : "Bodoh...."
Aku tersentak..... tapi cuba untuk tenangkan hati ku. Sumpah seram aku dibuatnya.
Waktu lunch. Aku malas nak turun, tak ada selera nak makan. Hari ni kecut perut aku dibuatnya. Apa kena dengan si mamat tu. Angin tak bertempat. Tadi aku nampak dia hempas iphone dia. Tak beragak. Kalau dah tak nak, reti-reti lah bagi orang yang memerlukan. Macam aku ni ha... (lebih-lebih pula kau Arri!) Ok, aku ada ipad sekarang. Tapi hak milik pejabat. Hahaha. Aku tak guna pun kalau bawa balik. Lagipun segala urusan Hakimi akan di forwardkan ke situ. Ok lah tu.
Hakimi : "Jom lunch"
Melopong.....
Hakimi : "Jom lah, tak payah nak buat muka mintak penumbuk kau tu" keras.
Demi terdengar suara keras dia tu, aku cepat bangkit. Capai clutch aku. Membontoti dia. Cis, guys, jangan pikir bukan-bukan ok. Hahahaha
Hakimi bawa aku makan di City Square. Seoul Garden. Mak aihhh... memang tak beragak mamat ni. Aku ni bukan loaded macam dia. Gaji pun tak cecah RM 3k nak lunch tempat gini. Kenapa la hai... apa dosa aku kat dia sampai aku diberi dugaan sebegini rupa.
Hakimi : "Dua orang"..cakap dengan receptionist restoran tu.
Terkejut aku bila cashier dia tunjuk harga RM79.50. what the???????? Mana aku nak cekau duit. Wallet aku tiap-tiap hari aku letak tak lebih rm20. Jimat. Aku tak boleh pegang duit lebih. Mampus aku kerja kan duit tu.
Hakimi : "Aku bayar dulu, nanti claim kat gaji kau". Selamba je dia cakap. Ok, bayar guna kad kredit.
Memang suka lah nak berhutang agaknya. Bagus. Kau dah lah sembelih je kerjanya.... Kat situ memang kena bayar dulu before nak makan. Maklum, kedai steamboat. Ambil lah seberapa banyak kau nak makan...muntah kedarah pun tak apa. Hakimi ambil sebanyak mungkin, apa je tak ada. Sayur untuk letak dalam sup kimchi. Bahan-bahan lain, crab stick, bebola daging, lain-lain.. and ada juga tempat panggang.. favourite aku sure ambil daging. Suka kot. Beef black papper. Sedap doe. Dalam masa makan tu, kami hanya diam. Khusyuk habis si Kimi tu makan. Lapar sangat agaknya. Time makan desert baru berbunyi...
Hakimi : "Minggu depan 4 hari kau kena teman aku pergi KL. Ada kerja di sana."
Aku : "Tapi tuan.."
Belum sempat habis Kimi dah nyampuk...
Hakimi : "Tak ada tapi-tapi... kerja, kau ditugaskan untuk menjadi Personal Assistant aku." Tegas. "lagi 1, jangan panggil aku tuan bila luar waktu kerja. Aku rimas."
Aku Cuma mampu angguk.
Selesai makan, Hakimi buat tawaf di CS tu. Sengaja nak buat aku penat. Aku just follow je belakang. Berhenti di kedai Apple. Beli iphone 5. Wah. Memang loaded. Habis gaji aku cuma beli benda tu.
Hakimi : "Kau tak nak tukar phone kau yang buruk tu? Guna lah Iphone. Better."
Nak perli lah tu phone Sony Ericson aku. Hello, ni handphone dah 3 tahun tahan. Daripada dia, ada phone buat campak-campak.
Aku : "Guna apa yang boleh dipakai. Tak salah."
Dia pandang aku lama. Lepas tu senyum. Ahhh... cair oiii, ya ampun indah sungguh ciptaan Tuhan.
Sebelum sampai ke office...
Hakimi : "Malam ni kita dinner sama nak?"
Tak silap dengar ke aku? Ke aku mimpi? Eh..cubit sikit. Sakit. Ok tak.
Aku : "Malam ni saya tak pasti"
Hakimi : "Atas urusan kerja, kau wajib dinner dengan aku. Muktamad" ganas ayat dia. Ok dah tak boleh kata apa. Angguk sahaja lah Arri. Jangan jual mahal sangat. Kau bukan laku. Hehehehehe.
.......................
Seperti yang dijanjikan, malam tu tepat pukul 8 dia dah ambil aku. Before masuk kereta dia bagi pandangan macho dia. Ya, aku dress lebih sikit. So, kau dah tergugat tengok aku. Memang perasan kau Arri. Durjana.
Before keluar rumah..
Jimmy : "Handsome-handsome nak pergi mana beb? Menjalang?"
Aku : "Excuse me, aku tak macam kau. Beza dan amat beza."
Dia hanya ketawa. Tapi aku maksudkan ayat tu betul-betul. Sengaja aku cakap kuat, biar Azwan dengar. Azwan pun tahu dia jenis macam mana. Tak paham kenapa nak juga dengan Jimmy. Tapi tak baik, mungkin Jimmy dah berubah. Bagus juga, Azwan pun perlukan seseorang. Walaupun setiap pandangan dia pada aku sangat mendebarkan... hishhhhh... BF kawan sendiri. Tak baik Arri...
Hakimi bawa aku makan di Anis Sup Utara di Bazar Karat. Aku suka pergi sini. Sangat seronok. Meriah. Kat sini kita akan lihat pelbagai gelagat manusia. Tapi tak sangka pula orang macam Kimi ni pergi tempat macam ni.
Hakimi : "Selera kau makan. Sedap eh?"
Aku angguk..peh, sup daging dia... terbaik...
Aku : "Selalu saya datang sini tuan... "
Ada jelingan dari Hakimi. Masam muka dia. Opppppssss....sengih.
Aku : "Maaf, aku suka makan sini... ehe... "
Dia senyum. Ya Allah. Hampir terjatuh aku dari kerusi. Drama! Tapi sumpah aishhh...tergugat iman aku. Memang kalau dia senyum selalu aku yakin semua orang pandang dia akan tersungkur, tergolek, terjunam.. semua...
Hakimi : "Dengan sedara kau tu?"
Aku : "Yalah, aku tak ramai kawan pun.." reality nya memang aku tak ramai kawan. Kat kolej pun sama.
Hakimi : "Dia cakap apa kau keluar?"
Aku : "Tak ada cakap apa-apa. Biarlah, now dia dah ada BF dia kat rumah tu" aku menjawab dalam nada down... cemburu? Tidak!! Ehhhh! Aku cakap dia ada BF ke? Alamak kantoi la...
Hakimi : "Ohhh... bunyi macam lain je..." pandangan dia tepat ke arah mata aku.
Gugup. Gementar. Telan air liur. Semua ada. Dah kenapa nak pandang macam tu... ishhh, aku cium kat sini juga mamat ni..
Tiba-tiba....
"Hoi jantan. Wah wah...jadi kau lah perampas BF aku. Memang muka sundal. Eh, kau kan mamat yang langgar aku ituari.. fuck! U, tak kan dengan lelaki macam ni U nak tinggalkan I?? " dah lah kau tiba-tiba je ada. Kacau pemandangan indah aku pulak tu tadi. Pukimak punya jantan. Buat malu aku. Dah lah tempat awam... ingat tak mamat 1? Yang aku langgar kat Pavi tu. Well, bukan aku yang langgar tapi dia..
Hakimi : "Kenal kan ni Arriansyah, dia ada nama. Tak boleh suka-suka panggil hoi jantan". Terpanar aku.
Serious? Hakimi back-up aku depan BF dia? Serious ke? Drama sial hari ni....
Hakimi : "Arri kenal kan ini Faris". Dia perli ke apa? Dengan situasi macam ni.
Aku : "Hai." Ringkas bangun. Segera ke cashier. Bayar.
Faris : "Aku belum settle lagi dengan kau".
Hakimi : "Please Faris. Ni tempat awam. Kalau nak buat lakonan pun bukan tempat macam ni."
Aku segera lari dari tempat tu. Bukan aku takut. Cuma tak nak malu dipandang orang. Malu kalau orang pandang aku ni macam mana. Dunia dah nak kiamat. Dan aku pun tak nak keruhkan keadaan. Aku hampir lupa, Hakimi sudah berpunya. Tapi sikit pun tak buat aku terjejas tadi. Cuma agak terkejut bila hakimi back-up aku tadi. Kalau tak, memang aku dah pijak lumat si Faris muka tenok tu. Ada berani? Cubalah... hahaha....
10 minit kemudian..
Aku tunggu cab. Nak balik. Tak lah jauh sangat condo Azwan dengan Bazar Karat.
Tuan Hakimi (Monster) Calling
Hakimi : "Kat mana?..balik jom.."
Aku : "Eh , tak payahlah. Aku balik naik cab..kau settle dulu masalah kau. Aku paham situasi macam tu."
Hakimi : "Kau datang ke kereta aku dalam masa 5minit. ARAHAN!"
tuttt tuttt tuutttt
Sial punya Kimi, dia guna kuasa besar dia. Arahan konon. Sial, sial....
Muncung.....geram dengan perangai laki bernama Zafrul Hakimi...
Hakimi : "Hai, merajuk sampai balik nak naik cab.. muncung pulak tu.." dia sengih. Memang dia pandai pujuk, cepat betul hati aku cair. Tapi tak! Dia ingat aku ni jantan murahan macam Faris tu. Ini Arri der... memang tak lah kan...
Aku : "Dah settle dengan BF kau? Kang nanti ada parang melayang kat aku"
Hakimi : "Jangan risau. Bukan dia mampu buat apa-apa pun. Lagipun aku dengan dia bukan ada apa-apa... gila la tu tadi.."
Sepanjang dia drive aku diam.. tak nak bertanya. Aku tak nak di anggap masuk campur hal orang. Nanti di kata sibuk jaga tepi kain orang. Dia bukan tak kan nak bercerita hal gini.
Sampai di condo...
Hakimi : "Thanks sebab belanja tadi... tolak claim nanti ok?" dia gelak. Aku hanya senyum.
Aku : "Ok lah. Good night bos."
Hakimi : "Nite" sempat kenyit mata.
Aku melopong.......................................
Dalam lif. Senyum sorang-sorang. Gila? Peduli pula aku.
Sampai rumah....
Azwan : "Lewat balik? Keluar dengan siapa?" kasar soalan dia. Teragak-agak aku nak jawab.
Aku : "Keluar dengan bos aku, dia ajak dinner."
Azwan : "Huh! Dah agak, sure kau keluar dengan mamat tu juga satu hari. Now, sah la kan..."
Dah kenapa pula mamat ni. Satu-satu bala....aku penat. Aku malas nak layan dia. Mungkin si Jimmy tu tak bagi ehem kot arini. Tu yang angin.. Hempas pintu kuat-kuat. Lantak!

ANDA SEDANG MEMBACA
TENTANG KITA SEASON 1
Roman d'amourseason 1. Cerita Kisah "TENTANG KITA" dah ada season 2. Saya Akan Upload 2 episod 1 hari.