Episod 11

76 0 0
                                    

Pagi tu aku terlewat bangun... pukul 9 pagi.... subuh? mandi wajib pun tak lagi. Eh? Ada kertas di meja solek...
'Awak, saya kena turun dulu... maaf tak kejut awak, tapi saya ada meeting. Nanti jangan lupa breakfast. Thanks sayang semalam..!'
Nakal!
Bunyi loceng bilik berbunyi.. Aikk, tak kan Hakimi.. dia ada kad sendiri kot nak masuk... belengging dengan brief aku.. jenguk ke lubang pintu.
"Breakfast!"
Eh, aku ada order breakfast masuk dalam bilik ke? Emm, mungkin Hakimi kot order kan. Sweet kan... Puiii..
Buka pintu.... seorang pelayan masuk, dan letakkan di meja.. senyuman diberikan, aku balas senyuman tu... Buka penutup makanan dan hidangannya.. Hah??? Terkejut. Sebilah pisau....
Dengan serta merta tumbukan padu kena tepat di belakang aku. Aku tunduk, menahan sakit akibat tumbukan di belakang aku. Toleh. Lelaki yang pada pengamatan aku agak bengis. Dua-dua lelaki tersebut sebenarnya nampak bengis. Cuba untuk menilai dari bentuk fizikal. Badan mereka lebih besar daripada aku. Mungkin mereka rajin ke gym. Menilai situasi sama ada aku mampu lawan mereka balik atau tidak. Sekarang dalam kepala aku hanya satu, ini satu rompakan. Kenapa lah bilik aku juga jadi sasaran...
Aku : "Korang nak apa?" kasar. Tapi masih bertapis. Seorang lelaki itu masih memegang kemas pisau, walaupun kecil tapi kalau kena hunus... Issshhhhh, ke situ pula.
Lelaki 1 : "Kau duduk, sebelum apa-apa jadi.... Azim, kau dah call belum dia?" lelaki itu membahasakan kawannya sebagai Azim. Kejap, ada lagi ke yang nak datang. Aku buntu. Panik? Still belum. Sebab aku bukan jenis cepat melatah.

Lelaki 2 : "Tadi dia follow belakang aku. Kejap lagi kot.." mata Azim masih lagi memandang aku. Mungkin menilai pergerakan aku sama ada mati atau tidak.
"Well, well, well.... who's in the house" aku menoleh. Faris? Tak mungkin dia yang buat rancangan gila ni.
Segera mencari kelibat phone aku. Tak berapa jauh. Ok, plan... pikir Arri, pikir!
Faris : "Kau tak terkejut ke Arri..? Kau tak pikir apa nasib kau lepas ni.." dia mengambil kerusi di meja solek. Duduk berhadapan aku.
Aku cuba membuat muka tenang.... tidak mahu nampak yang aku takut. Dan mungkin masih lagi mencari jalan untuk melepaskan diri.
Faris : "Kau pikir dengan menyanyi atas pentas, tunjuk yang kau hebat kat semua orang tu, kau boleh kalahkan aku ke?" tangan dia cuba mengusap pipi aku... aku bergalih sedikit.
Aku : "Aku tak pernah nak berlawan dengan kau lah Faris. Kalau kau rasa aku dah kalahkan kau, kau silap! Realitinya kau sendiri akui yang kau dengan aku jauh beza. Tapi kenapa buat macam ni Faris.. bukan ke dah melampau.. apa yang kau nak dari aku?" cuba berlembut.. cara ini mungkin boleh membuat dia pikir dua kali...
Faris : "Aku pun tak nak berlawan dengan kau, dan memang aku sedar.. kau bukan lawan aku, Arri. Dan kau tak sehebat aku pun!" tangan dia menampar pipi aku, perlahan.. tapi perit...
Mata aku cuba melihat dua lelaki tadi yang serang aku. Mereka tidak lepas untuk memerhatikan gerak aku...
Aku : "Habis tu... kau nak apa?" Cuma untuk meninggikan suara. Satu tamparan kuat hinggap di pipi aku. Perit.
Faris : "Kau jerit lagi, bibir kau, aku siat-siat dengan pisau ni.." sambil tangan dia menghunus ke arah muka aku. Aku tunduk.
Aku : "Kau cintakan Hakimi ye? Tapi kenapa kau curang dengan dia. Aku pasti kalau kau tak curang, aku bukan bersama dengan dia sekarang. Faris... kalau kau cintakan dia, kau perlu lakukan sesuatu yang menunjukkan kau betul-betul cintakan dia Faris.. bukan dengan cara ni"
Satu tumbukan padu..tepat di bibir aku. Mengerang, darah mula mengalir. Teramat perit.

Faris : "Kau jangan nak ajar aku babi!! Siapa kata aku cintakan Hakimi, bodoh lah kau ni!!" rambut aku direntap kasar.. Sakit! Masih lagi mencari peluang untuk melepaskan diri dari bilik ni.
Aku : "Tapi apa yang kau buat ni? Cuba kau bagi penjelasan supaya aku paham kau!" aku masih lagi mahu kepastian. Aku yakin dia ada agenda sendiri kalau tak kerana cinta.
Faris : "Sebab duit lah bodoh!" kali ni, dia meludah kena muka aku.... aku segera lap guna cadar tilam.
Faris : "Lagipun orang yang aku cintai sekarang nak Kimi tu jatuh.. lingkup! Jahanam! Hahahaha."
Aku tergamam!
Aku : "Apa yang Hakimi dah buat dengan korang?" mencari kepastian....
Faris : "Haha... bukan dengan aku.. tapi Izzu! Kau nak tahu sebabnya.. sebab BF kau tu lah yang menyebabkan segala perusahaan perkapalan BF aku musnah! BF aku akan lebih kaya kalau tak kerana bapak Hakimi tak masuk campur dalam urusan keluarga BF aku, kau tahu tak.. now, Izzu nak balas dendam dengan apa yang bapak Hakimi, dan si bodoh tu sekali buat dekat keluarga BF aku.."
Aku tak sangka macam ni sekali Izzu sanggup lakukan. Guna Faris sebagai umpan. Tapi bagaimana dengan Harris, BF Izzu sebelum ni. Aku cuba untuk memahami setiap butir perkataan Faris. Mungkin aku tak berapa tahu empayar perniagaan keluarga Hakimi dengan Izzu.. tapi mungkin percaturan atau rancangan jahat Izzu aku dapat tangkap...
Aku : "Habis, kau nak buat apa dengan aku, aku sendiri tak paham dan tak tahu pun segala urusan Hakimi selain syarikat dan kilang perabot dia..."
Faris gelak sekuat hati...
Faris : "Kau memang bodoh eh.. tak kaji ke segala kekayaan keluarga Hakimi tu? Dia bukan setakat ada kilang perabot. Ladang Jati, Bakau.. semua ada.. hartanah dia dalam dan luar negara. Termasuk syarikat perkapalan di PTP juga dia ada... kalau aku jadi kau Arri, aku akan kikis segalanya..."
Aku : "Jangan nak samakan aku dengan kau Faris. Aku dengan kau orang yang berbeza. Hati kau sumpah, penuh dengan hasad dengki...."
Dia mula meradang.... kaki dia naik, tepat ke muka aku... aku terbaring. Menahan sakit... tak sangka dia sekasar itu....
              

TENTANG KITA SEASON 1Where stories live. Discover now