18 | BOOK AND WORM

358 55 0
                                    

DRAKE P.O.V

"Hah? Kau ada hal dengan sepupu kau? Come on, Leo. Aiden keluar date dengan Eilya. Sekarang kau pulak ada date dengan Yunira? Bro, what the hell is this?"

"Hey, hey... Its not a date, alright? Yunira cuma minta aku temankan dia untuk beli beberapa barang makmal. Its not a big deal."

"Come on, bro. Aku baru nak tunjukkan kau studio baru kita. Can you just cancel the date?"

"For the last time, its not a date! Hell, its so annoying to talk with you! I'm hanging up! Weekend nanti aku free! We'll meet soon!"

"Wai-"

Leonidas terus mematikan panggilan sebelum sempat aku membalas butir katanya. Rengusan geram, aku lepaskan perlahan seraya memerhati skrin smartphone. What the hell is this? Kenapa semua orang sibuk sangat hari ni? Damn, this is annoying! Ah, sudahlah. Kalau semua orang ada hal masing-masing, lebih baik aku balik rumah dan main game.

Lantak merekalah. Malas aku nak layan. Masing-masing sudah ada girlfriend. Tinggallah aku sorang-sorang di sini.

Smartphone, aku masukkan ke dalam poket seluar jeans. Helmet dipakaikan ke kepala. Enjin motosikal berkuasa tinggi, aku hidupkan. Usai sahaja memasukkan gear, aku menunggang perlahan untuk keluar dari perkarangan sekolah tinggi Valenthia.

Haih, aku baru saja mahu ajak Aiden dan Leonidas berbincang mengenai band yang bakal kami tubuhkan. Tapi, dari apa yang aku nampak, cuma aku seorang saja yang serius mengenai perkara ni. Aiden is good when its come to sing and lyric. Leonidas pula berbakat dalam hasilkan irama. Me, i'm good with the bass.

We three is good enough to create a band. Mungkin ini peluang cerah untuk kami bertiga menjadi popular dan meraih pendapatan lumayan. Hey, we just make a song and receive a hell load of money! What can be wrong with that! All i need is the seriousness of this matter! Is that too hard to ask!?

Helaan nafas lemah, aku lepaskan panjang. Sudahlah, Death. Its not a big deal. Hari ini mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Masih ada banyak masa untuk aku berbincang dengan mereka nanti. Tambahan lagi, event besar di Stormcloak tu masih lambat untuk aku mengelabah.

Dikala aku melintasi pintu gerbang, pandanganku tertacap pada pondok bas. Kelihatan Loralyn dan Sheera di situ. Si gadis berambut merah tampak leka membaca novel, manakala si gadis berambut coklat tampak asyik membelek smartphone. Aku fikirkan mereka sudah balik ke rumah. Sekarang sudah pukul 3, bukan?

Sheera dan Loralyn berpaling kepadaku apabila deruman enjin motosikal milikku menangkap perhatian mereka. Aku menolak visor helmet ke atas. Sheera tersenyum simpul melihat kedatanganku, manakala Loralyn hanya berlagak selamba dengan muka tiada emosi.

"Hey, beautiful! Korang tak balik lagi? Tunggu bas ke?"

Aku menyoal seraya mematikan enjin motosikal. Loralyn memutar bebola mata dengan muka menyampah. Sheera menutup bukunya, kemudian dimasukkan ke dalam beg sandang miliknya.

"Eh, taklah. Saya tunggu jet peribadi datang ambil saya."

Loralyn berseloroh dengan muka meluat. Aku mengangkat kedua tangan.

"Wow, hey... Aku cuma bertanya. No need to be sarcastic, tho. Kalau mood kau masih berayun, aku malas nak kacau kau, Lora. Anggaplah aku tiada di sini. Alright?"

Aku membalas dengan nada menyindir. Loralyn mengangkat bahu, kemudian kembali membelek smartphone miliknya. Aku tak tahulah apa masalah minah ni hari ni. Aku tahu Loralyn ni cantik dan bijak, but her attitude really is trash. Mood dia selalunya tidak stabil. On one moment, she can be this cute and charming. On another, she can be this annoying pig.

OCSS | V-EDITION™Where stories live. Discover now