"Jali, kau dah siap berkemas ke baju baju kau tu? kau tu dah lah bersiap lambat. Nanti dah sampai sana ada pulak barang yang tertinggal nanti." pekik Azman kepada Jali yang masih lagi leka menonton televisyen. "Ala, kau jangan risau lah, aku tau lah aku nak berkemas bila, Jepun je kot. Nothing worse can happen. Malam ni pun aku boleh berkemas." balas Jali. "Kau lupa ke, tahun lepas masa kita nak ke Vietnam, kau terlambat sebab patah balik tertinggal pasport, nasib baik sempat masuk. Kalau tak, lebur la tiket. Yang tu pun kau tak serik lagi ke Jali oiii. " balas Azman. "Ala, aku dah siap siap dah letak pasport tu dlm beg, tinggal beg baju je lagi. Sekejap lagi lah aku berkemas." balas Jali acuh tak acuh. "Lantak kau la Jali, nanti jangan cakap aku tak pesan eh." Balas Azman semula sambil berlalu.
Azman melihat ke jam dinding, waktu sudah menunjukkan 5.00 petang. Dia lantas menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhuk dan bersolat asar. Azman memang seorang yang sangat mementingkan solat lima waktunya, tanpa meninggalkan satu pun. Dia juga antara salah seorang yang alim diantara penghuni rumah sewa rumah yang lain. Berlima semuanya, namun tiada seorang pun yang se-alim Azman. Malah, ada yang mencebiknya mengatakan Azman hanyalah pura pura alim yang hanya mahu perhatian dan nama sahaja. Azman tidak mempedulikannya langsung, malah dianggapnya itu sebagai satu cabaran hidup baginya untuk terus maju kehadapan. Selesai solat dan bertafakur, Azman bingkas bangun dari tempat dia bersujud dan menuju ke ruang tamu. Dilihatnya Jali terlelap di atas sofa tersebut, sambil rancangan "Mentor" bersiaran tanpa ditonton.
"Jali, bangunlah. Dah pukul berapa ni, waktu asar dah nak habis ni, cepatlah solat." gerak Azman. " Ala, kejap lah, aku mengantuk ni, kejap lagi aku solatlah." balas Jali. Jali memang terkenal dengan sifat yang sukar untuk solat, kerana ibu bapanya memang tidak pernah beratkan rukun islam itu kepada Jali ketika kecil. Dia hanya mendapat pendedahan itu hanyalah ketika dia berada di sekolah. Akhirnya setelah beberapa kali Azman mengejut, dia mengalah kerana Jali memang keras kepala orangnya. Azman lantas bersiap mengenakan seluar track dan baju jersey Manchester kegemarannya, terus menuju ke pintu dan menyarung kasut sukan. Dia lantas menghidupkan enjin motosikal Yamaha nya hasil dari titik peluh gaji pertama.
Azman menderu laju motosikalnya menuju ke taman berhampiran untuk ber jogging sambil beriadah petang. Sudah menjadi rutin hariannya lakukan aktiviti tersebut di hujung minggu termasuklah selepas waktu pulang bekerja.
Sesampainya Azman disana, dia lantas mengunci motornya dan mulakan aktiviti warm up sebelum jogging. Azman kemudian memulakan langkah jogging nya di taman itu. "Tak ramai orang hari ni, mungkin sebab dah gaji kot, ramai lepak dekat shopping mall." bisik hati Azman. Tanpa menghiraukan sekelilingnya, Azman lantas mempercepatkan lariannya. Sambil berlari lari anak itu, Azman tiba tiba mengimbau kembali zaman lampaunya dimana dia terselamat daripada nahas lalu lintas yang mengorbankan kedua ibu bapanya ketika keluar bercuti bersama sama. Azman terselamat selepas tercampak keluar dari kereta yang berpusing selepas dilanggar hebat oleh lori kontena yang membawa balak haram. Azman masih bersekolah lagi ketika itu, dan berikutan insiden terbabit, Azman dibawa ke ICU dan koma beberapa hari akibat hentakan kuat dikepalanya. Azman terus menjadi yatim piatu dan dijaga oleh arwah neneknya selepas peristiwa itu.
Kehidupan Azman selepas itu tidak lagi indah seperti dulu, Azman yang dulunya bagai minyak yang ditatang, kini kehidupannya bagai terbiar dan tiada siapa yang peduli. Memahami kondisi neneknya yang sudah uzur ketika itu, Azman bekerja part time mencuci pinggan di restoran terdekat untuk mencari duit membiayai makan makan seharian dan belanja sekolahnya. Alhamdulillah, selepas menduduki peperiksaan SPM, Azman lulus dengan cemerlang sekali dengan memperolehi 12A ketika itu. Azman kemudiannya di tawarkan menyambung pelajarannya ke menara gading dengan bantuan biasiswa oleh JPA.
Azman diuji lagi dengan dugaan hidupnya, ketika neneknya tenat di hospital dan menghembuskan nafas terakhirnya tatkala dia sudah berjaya. Azman kini berseorangan di dunia ini, tiada lagi saudara mara yang terdekat yang boleh dihubungi. Ada pun, telah menghilangkan diri puluhan tahun dulu atas sebab tertentu yang tidak diketahui Azman.
YOU ARE READING
Hembusan Angin Rindu
AdventureHembusan Angin Rindu mengisahkan perjalanan dan kisah hidup dua sekawan yang bercuti di negara Jepun selama 4 bulan, berkelana dan merantau mencari pengalaman baru bersama suasana yang berbeza di Malaysia. Pelbagai cerita dan kisah yang dialami oleh...