HAPPY READING!
TIDAK terlalu susah mencari keberadaan Taufiq, dari kejauhan Seroja sudah melihat kelibat Taufiq dengan rakan-rakanya duduk santai di kerusi yang disediakan di tepi Tasik Mutiara yang masih berada dalam lingkungan universiti. Darlina setia membuntutinya dari belakang.
"Babe-"
"You tak malu ke buat masalah?" Taufiq lansung menunjukkan video yang dirakam oleh pelajar kepada Seroja.
"Tapi you tak tahu apa yang terjadi. I-"
"I tahu. I tengok video ni sampai habis. Nasiblah Kilah ada datang masa tu. Kalau tak dah berlarutan masalah ni. You tak boleh bincang elok-elok ke? You tahu tak I malu bila orang asyik tanya-tanya pasal ni dekat I? You langsung tak fikirkan I. I pun malu bila you buat perangai tak matang macam tu."
"Oh, you malu? Tutuplah muka you."
"I cakap betul-betul Seroja," ujar Taufiq kegeraman. Sahabat Taufiq hanya diam mendengar pergaduhan kedua pasangan itu. "I dah call Kilah untuk datang sini. I nak you minta maaf dengan dia sebab you dah bersikap kurang ajar dengan dia."
"Me? Seriously? You suruh I pergi sini semata-mata nak minta maaf dengan dia? You sendiri nampak yang dia yang tiba-tiba datang dan masuk campur hal I and I yang kena minta maaf? Jangan buat lawaklah."
"But still you kena minta maaf dengan dia," tekan Taufiq. Seroja menahan sakit di hatinya.
"Assalamualaikum..." Akhirnya orang yang menyebabkan pergaduhan diantara Seroja dengan Taufiq akhirnya datang. "Taufiq, kenapa suruh saya pergi sini?"
"Now, you minta maaf dengan Kilah."
"No!" tolak Seroja. Dia ingin pergi dari sana namun Taufiq menahan tangannya.
"Eh, tak apa. Tak apa. Kalau pasal hal semalam, bukan Seroja yang salah. Saya yang sepatutnga minta maaf."
"See? Bukan I yang perlu minta maaf." Seroja menghempaskan tangannya dan langsung berpeluk tubuh.
"Seroja... Saya nak minta maaf pasal hal semalam. Saya tak sepatutnya sibuk hal awak. Saya ingatkan awak sengaja nak buli dia," ujar Kilah dengan suara yang perlahan.
"Are you fucking idiot? Buat apa I nak buli orang hah? You ingat I hadap sangat dengan duit orang? I pun ada duitlah." Darlina segera menahan Seroja.
"Seroja, your languange!"
"Asshole! Yang you marah sangat ni apa hal? Yang you paksa sangat Seroja minta maaf dengan perempuan ni dah kenapa?" Darlina sudah buka suara. Jari telunjuknya sudah diarahkan ke muka Taufiq. "Nak tunjuk hero sangat? You kena ingat, girlfriend you tu Seroja bukan Kilah!"
"Woh, tenang-tenang. Darlina, bawa Seroja pergi. Yang ni aku akan urus," ujar Harith, sahabat kepada Taufiq. Mahu tidak mahu Darlina menyeret Seroja untuk kembali ke kereta. Muka Seroja sudah merah menahan marah.
"Babe, It's okay. It's okay," pujuk Darlina. Dia memeluk erat sahabatnya sambil membisikkan kata-kata semangat. Seroja menangis bagaikan anak kecil sambil memukul dada.
"Taufiq tak pernah marah I sampai macam ni...hiks...hiks...Hati I sakit bila dia lebihkan Kilah berbanding I. Padahal I yang girlfriend dia," luah Seroja.
![](https://img.wattpad.com/cover/319307630-288-k372099.jpg)