PART 5

845 30 3
                                    

HAPPY READING!

   "UISH, aku tak sangka Yusuf nak tunang," ujar Boy.

   "Itulah. Diam-diam ubi berisi. Aku tak sabar pula nak makan nanti," kata Harith pula. Taufiq yang memandu kenderaan sekadar tersenyum mendengar perbualan kedua rakannya.

   Mereka bertiga kini dalam perjalanan menuju ke rumah rumah Yusuf kerana mereka ingin mengikut rombongan keluarga Yusuf. Sekarang sudah menunjukkan jam 11.50 pagi dan rancangannya mereka akan berangkat ke rumah bakal tunangan Yusuf selepas solat zuhur.

"Taufiq, Kilah call kau," ujar Boy sambil menunjuk telefon Taufiq yang bergetar tanpa suara.

"Nanti aku call dia balik. Aku tengah drive ni. Aku tak ada earphone. Biarkan je dulu."

"Okay bos!" Dalam 10 minit kemudian mereka tiba di rumah Yusuf. Terlihat sanak saudara Yusuf sudah berkumpul sambil menikmati makanan.

"Assalamualaikum Auntie. Yusuf mana?"

"Waalaikumsalam. Datang pun kamu bertiga, Yusuf kat dalam. Pergilah masuk. Buat rumah sendiri. Lepas Zuhur baru kita gerak ya," ujar ibu kepada Yusuf.

"Baik auntie. Kami masuk dulu." Harith dan Boy pun masuk ke dalam dan bertemu dengan Yusuf yang sedang bermain bersama anak buahnya yang baru berusia 2 tahun. Manakala Taufiq masih di luar menelefon Kilah.

"Bro!"

"Eh, baru sampai? Duduk dulu. Kalau lapar pergi makan. Ibu aku ada masak tadi."

"Nantilah. Macam mana perasaan nak bertunang. Nervous?" tanya Harith.

"Nervouslah tak akan tak nervous. Taufiq mana?" Ujar Yusuf kerana tidak melihat kelibat Taufiq.

"Ada dekat luar. Call Kilah tadi...mentang-mentang dah couple."

"Couple?" ujar Boy dan Yusuf serentak. "Sejak bila?"

"Eh, kau tak tahu ke? Dah 2 minggu rasanya," jawap Harith. "Tak akan kau tak nampak Instagram Kilah, siap mention username ig Taufiq dekat bio dia."

"Maybe Kilah syok sendiri," jawap Boy dan mendapat tamparan di belakang kepalanya.

"Tak. Aku sendiri dah tanya Taufiq and dia cakap memang dia dan Kilah dah couple. Taufiq yang ajak couple." Sunyi.

"Hmm, janganlah kita cakap pasal tu.  Taufiq dengar nanti dia tak nak datang majlis aku," ujar Yusuf.

"Iya juga...Hmm." Usai Boy mengatakan itu, Taufiq langsung masuk ke dalam dan menghampiri mereka bertiga.

"Sorry Yusuf, aku ada hal tadi."

"Tak apa."

"Yusuf, macam mana kau tiba-tiba nak tunang? Bukan kau single sejak lahir ke?  Tak pernah nampak pun kau rapat dengan mana-mana perempuan," pertanyaan Taufiq membuat Yusuf tersenyum sedikit.

"Sebenarnya ayah aku yang nak tunangkan aku dengan anak kawan dia. Aku terima je. Aku kan single," jawap Yusuf ringkas.

"Jadi kau dah jumpa dengan bakal tunang kau tu?"

"Dah, dia pun setuju dengan pertunangan ni."

"Kitaorang kenal ke? Siapa nama dia?" tanya Taufuq ingin tahu. Siapalah yang akan menjadi tunangan Yusuf.

"Kauorang kenallah. Seroja. Seroja binti Dato' Majid."

"Hah?! Seroja?!!"

***

"Tahniah, Seroja. Tak sangka you dah jadi tunang Yusuf. Tak sangka you sold out secepat ini. Entah bilalah I nak jadi tunang  orang," ujar Darlina dengan raut wajah sedih. Baru sebentar tadi majlis pertunangannya selesai. Cincin pertunangannya sudah tersarung cantik di jari manisnya.

SEROJA | SHORT STORY ©Where stories live. Discover now