Chapter 37

23.1K 1.1K 138
                                    

Pagi waktu selepas subuh, Adara dan Amelia bertungkus lumus menyediakan sarapan. Memang mereka minta untuk masak sendiri. Adara meminta ayah dan ibunya untuk berehat saja. Lagipun hari ini Adara dan Amelia akan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Adara sedang menggoreng nasi di kuali manakala Amelia pula sedang menggoreng karipap pusing. Malam tadi, Puan Karina sempat buat karipap pusing. Untuk Adara. Amelia dan Adara juga menolong Puan Karina buat karipap pusing. Mereka tidur lambat malam tadi hanya kerana siapkan karipap pusing.

"Kau buat air eh Ad?" Amelia bertanya sambil terbalikkan satu demi satu karipap di dalam kuali.

"Ha kejap. Nak masukkan nasi dalam mangkuk." Adara terus berlalu untuk ambil mangkuk besar untuk buat letak nasi goreng.

Selepas menghidangkan nasi goreng, Adara terus mengambil teko untuk buat air. Adara buat air teh o kurang manis panas. Encik Hishamuddin tak boleh minum manis-manis dah. Orang tua kena jaga kesihatan.

"Selamat pagi anak-anak ibu." Puan Karina yang baru masuk dapur menegur mereka yang sedang leka melakukan tugas masing-masing.

"Pagi, bu." Adara jawab.

"Good morning, mak cik." Amelia juga jawab.

"Mana ayah, bu?" Adara tanya sambil mengambil beberapa pinggan dan cawan. Amelia yang sudah siap menggoreng karipap itu, terus menutup api dan menghidangkan karipap pusing itu di atas meja.

"Ada kat luar. Tengok mende entah." Puan Karina melabuhkan duduk di atas salah satu kerusi di meja makan.

"Jap Adara pergi panggil." Adara terus berlalu untuk panggil ayahnya.

"Lia dengan Ad plan nak balik pukul berapa?" Puan Karina tanya sambil tangannya lincah menyenduk nasi goreng untuk setiap pinggan.

"Lepas zohor, mak cik." Amelia jawab sambil tangannya menuang air teh o panas ke dalam setiap cawan.

Selepas itu, Encik Hishamuddin dan Adara sampai dapur. Mereka mula menjamu selera.

"Ad, nanti ibu bungkuskan sikit karipap frozen untuk Abang Arif dengan Kak Dira. Nanti tolong pass kan eh?" Puan Karina berkata sambil mengunyah karipap pusing.

"Boleh je." Adara menjawab.

"Ha nanti bawa balik rambutan sekali. Bagi sekali Kak Dira dengan Abang Arif." Encik Hishamuddin pula berkata. Ibu bapa memang suka bungkuskan macam-macam untuk anak-anak mereka jika mereka pulang ke kampung.

"Alright." Adara jawab lagi.

"Ayah." Adara tiba-tiba bersuara.

Encik Hishamuddin pandang Adara.

"Nak pinjam motor pagi ni." Muka Encik Hishamuddin berkerut. Adara mana pandai tunggang motor.

"Kamu mana pandai tunggang motor. Jangan main-main, Ad." Encik Hishamuddin berkata.

"Ala Amelia pandai. Kitorang nak jalan-jalan kat kampung ni je. Menghirup udara segar. Nak tenangkan fikiran. Kat KL tu stress betul." Adara jawab bersungguh. Nak yakinkan ayahnya.

"Oh! Boleh lah kalau macam tu. Ayah ni cuak kalau kamu yang tunggang." Amelia dah tergelak.

Selepas makan, Adara dan Amelia terus sama-sama bersihkan dapur. Basuh semula perkakas dapur yang mereka sudah gunakan buat memasak tadi.

"Lepas ni tau Lia kita naik motor."

"Boleh!" Amelia jawab.

"Ayah, mana kunci motor?" Adara melaung tanya Encik Hishamuddin selepas mereka selesai mengemas dapur. Memang betul-betul tak sabar nak bawa motor.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now