Chapter 56

23.6K 1K 160
                                    

Hari isnin, Zafran berada di bilik pejabatnya. Jarinya dari tadi laju menekan papan kekunci, kadang kala beralih pada dokumen-dokumen yang ada. Sesekali, Zafran berhenti dan termenung. Matanya terkebil-kebil memandang hadapan.

'Memang akan berakhir ke?' Zafran menggigit bibirnya lalu menjilat sekilas.

Matanya beralih pula pada frame gambar yang terdapat di atas mejanya. Tangannya mencapai satu frame gambar. Lama dia merenung gambar itu.

"Abang terpaksa mungkir janji, Dian. Adara minta abang lepaskan dia. Abang tak dapat pertahankan hubungan ini, abang minta maaf." Zafran mengukirkan senyuman hambar.

'Ya Allah, kau ampunilah dosa isteriku, Dian Aisya. Kau tempatkanlah dia di dalam kalangan orang-orang yang beriman.'

Dia letakkan semula frame gambar itu di atas meja. Dia memang masih menyimpan gambar arwah isterinya itu. Tidak mungkin bagi dia untuk membuang segala kenangan dia bersama arwah isterinya begitu sahaja.

Dian ialah seorang isteri yang baik. Dia juga adalah cinta pertama buat Zafran. Isteri pertamanya.

Takkanlah sesenang itu dia mahu lupakan arwah isterinya itu. Dia tidak sekejam itu. Cuma Zafran tidak mahu stuck di masa lalu. Dia mempunyai seorang lagi isteri dan juga anak-anaknya yang perlu dia jaga, yang perlu dia sayangi.

Zafran capai lagi satu frame gambar. Gambar Adara.

"Tak sangka satu hari nanti, Zaf memang betul-betul akan lepaskan honey." Jari Zafran mengusap pipi Adara di gambar itu.

"Zaf janji, Zaf akan lepaskan honey kalau itu yang boleh buat honey bahagia. Zaf doakan honey boleh dapatkan pengganti yang lebih baik. You deserve better." Lalu Zafran mengucup gambar itu, lama.

"I'm gonna miss you so much." Setitis air mata Zafran jatuh.

Lalu dia mendengar pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat Zafran menghapuskan air matanya.

"Masuk!"

"Zafran Idrees! Jom lunch?"

"Hazim, sorry tak kot. Aku takda selera lah. Thanks ajak aku." Zafran menolak pelawaan itu. Dia memang takda rasa nak makan. Tambah lagi, Adara tidak lunch dengannya pada hari ini kerana Adara pergi lunch dengan kawan-kawannya.

"Mana boleh macam tu, Zaf. Nanti kau sakit macam mana?" Hazim membalas.

Zafran sengih.

"Takda maknanya kalau sekali tak makan terus tak sihat. Aku dah biasa." Zafran berkata.

"Sebabkan dah biasa itu lah yang bahaya."

"Risau juga kau kat aku, kan?"

"Jangan main-main lah Zaf! Jom lah. Aku tunggu kat bawah." Hazim terus berlalu.

Zafran lepaskan keluhan. Aduh dia memang betul-betul malas. Kalau dia perlu makan pun, dia mahu makan sorang-sorang saja. Dia betul-betul tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa.

"Takpa lah Zaf, orang dah ajak." Zafran berkata perlahan lalu dia bangun dan mencapai dompet dan telefonnya.

Jarinya lincah membuka cufflinks di hujung lengan bajunya lalu dia melipat lengan baju hingga ke siku.

Di kedai makan, Zafran menyuap spaghetti carbonara itu dan mengunyah perlahan. Tiba-tiba dia rindu pula akan isterinya.

"Kau macam mana Zaf sekarang? Okey?" Hazim bertanya.

"Alhamdulillah, okey je." Zafran balas perlahan.

"Tak payah tipu lah Zaf. Kau tak okey ni." Hazim berkata.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now