Seorang wanita,
Yang kerap kali bertanya kepada dirinya,
Mengapa dia tidak secantik wanita wanita yang lain?
Bukan niatnya untuk mempersoal ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Namun timbul rasa rendah diri,
Apabila terlihat wajah wajah wanita lain yang sangat rupawan berbanding dirinya.Baginya, setiap inci diwajahnya itu
sangatlah tidak menarik mahupun mempersona. Lalu berdukacitalah dia.Kemudian, berkata Tuhan dengan lembut kepadanya,
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,"
[QS 95:4]
Walhal, tidaklah wanita itu ketahui bahawa kehidupannya sudahpun sempurna dek pemberian dan nikmat Tuhan kepadanya .Namun,
Oleh kerana satu perkara yang ada pada dia dan dianggap kelemahan baginya,
Telah membutakan hati dan matanya untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas pemberian-Nya.النيساء.
YOU ARE READING
Wanita
PoetryAmaran keras buat sang pembaca, buku digital ini benar benar cringe, baca atas risiko sendiri. Sebuah buku digital, yang berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita yang kerap kali dipeluk rasa sedih. Sama ada ia dipanggil jurnal atau diari, dia ti...