الوجه

34 6 2
                                    

Seorang wanita,
Yang kerap kali bertanya kepada dirinya,
Mengapa dia tidak secantik wanita wanita yang lain?
Bukan niatnya untuk mempersoal ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Namun timbul rasa rendah diri,
Apabila terlihat wajah wajah wanita lain yang sangat rupawan berbanding dirinya.

Baginya, setiap inci diwajahnya itu
sangatlah tidak menarik mahupun mempersona. Lalu berdukacitalah dia.

Kemudian, berkata Tuhan dengan lembut kepadanya,

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,"

[QS 95:4]


Walhal, tidaklah wanita itu ketahui bahawa kehidupannya sudahpun sempurna dek pemberian dan nikmat Tuhan kepadanya .

Namun,
Oleh kerana satu perkara yang ada pada dia dan dianggap kelemahan baginya,
Telah membutakan hati dan matanya untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas pemberian-Nya.

النيساء.

WanitaWhere stories live. Discover now