هاتي

12 1 0
                                    

Kutulis ini buatmu,
Yang pernah menetap diragaku,
Yang pernah menjadi pemilik utamanya,
Yang pernah menjadi halaman kegemaranku,
Yang pernah kukongsi kenangan bersama.

Ingin kuucapkan terima kasih buatmu,
Kerana telah membuat hari hari ku dipenuhi rerama yang terbang bebas didalam perut,
Walaupun rerama itu perlahan memakan isi dalamanku dan melukaiku.
Terima kasih.
Terima kasih kerana sudah melengkapi bab didalam mashaf ku,
Yang mungkin akan jadi bab kegemaranku.
Akan ku baca berulang ulang tentang memori yang pernah kita coretkan.

Bermula Juni hingga Disember,
8 bulan.
Ianya bukan waktu yang singkat bagi kita,
Bukan?
8 bulan.
Kita saling bertukaran kata,
Saling bertukaran senyuman,
Saling bertukaran perasaan.

Betapa bahagianya aku,
Bila mengenangkan bahawa lukisan ku masih didalam buku mu,
Dan lukisanmu masih didalam buku ku.
Cukup sahaja itu sebagai saksi kisah kita.

Mengapa begitu kejam semesta terhadap kita, ya?
Mengapa tidak ia beri kita pengakhiran yang indah?

Sedangkan langit pun menjadi saksi atas bisikan kau terhadapku.
Sedangkan bumi pun melihat bagaiman aku jatuh terhadap kamu.

Mungkin,
Kau hanya tertakdir untuk menjadi helaian dalam kisahku, dan bukan pengakhirannya.

8 bulan,
Aku cubakan untuk hilangkan perasaan ini.
Dan aku memanjat kesyukuran terhadap yang Maha Esa,
Kerana telah aku berjaya menghapuskan perasaan itu kini.

Terima kasih, Bunga Ros.
Demi semesta yang dimiliki Tuhan kita,
Bahawa kau akan jadi kenangan yang terbaik dalam hidupku.

النيساء

WanitaWhere stories live. Discover now