manusia

2 0 0
                                    

Bukankah itu namanya kehidupan?
Yang sering kita disakiti dan menyakiti,
Yang sering kita menyayangi dan disayangi.
Terkadang indah terkadang berat.
Namun bukankah semua yang berakal melaluinya?
Lalu apa yang harus ku khuatiri lagi?
Aku sendiri tahu bahawa Tuhan telah menetapkan yang sebaiknya untuk ku.

Manusia meninggalkan dan ditinggalkan,
Dan aku harus menerima itu.
Aku harus sedar bilanya mereka akan pergi,
Dan mendidik hati untuk merelakan.
Menjadi pertama untuk menyayangi dan memaafkan diri sendiri,
Bukan sesuatu yang sukar.
Percayalah.

Jika benar ditinggalkan,
Maka jangan dibiar diri bersendiri.
Pulang ke pangkuan Yang Esa.
Bukankah Dia yang kerap aku tinggal dikala senang?
Namun Dia juga yang dicari dalam kesusahan?

Lucu sekali namanya manusia itu.
Namun tidak pernah sekali Tuhan menolak kehadiranku.
Jangan hancur lagi wahai diri,
Ada syurga yang harus kau kecapi,
Ada wajah yang harus kau banggakan.
Harus tabah ya, wahai diri?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WanitaWhere stories live. Discover now