Bab 8

1.2K 56 4
                                    


Datin Rissa mengurut dada kerana hatinya mendongkol geram pabila matanya tertunak pada sekujur tubuh perempuan yang terbaring di atas katil anaknya. Semerta kakinya melangkah masuk, comforter yang menyelimuti tubuh itu ditarik dan dicampak sehingga terburai ke lantai. Tangannya lincah mengejut perempuan yang sedang lena itu. Wajah yang bertudung litup itu membuat dia semakin geram. Perempuan tak setaraf seperti ini datang lagi menggoda anaknya? Tak guna!

"Hei, bangun! Bangun! Perempuan murah! Bangun sekarang!" Jerkah Datin Rissa dengan tangannya menepuk-nepuk pipi perempuan itu dengan kasar. Tak peduli jika kesakitan sekalipun, hatinya lagi sakit. Dia muak dengan perempuan miskin, tahunya hanya hendak mencekup harta anak aku saja! Dasar murahan!

Aryana terkejut bukan kepalang. Jantungnya seakan hilang ritma. Nyawanya hampir nak tercabut melihat muka singa wanita separuh abad itu. Dia cuba menahan sakit kepala dan bangun kerana dipaksa oleh wanita yang tidak dikenalinya itu. Siapakah gerangan? Aku kat mana ni?

"Aku nak kau keluar dari apartment anak aku! Keluar sekarang! Satu sen pun aku takkan bagi pada kau! Berhambus sekarang!" Jeritan yang melangsi itu mengejutkan Aryana. Dia bangun juga namun kepalanya masih sakit dan pening. Ketika hendak berjalan ke depan, dia terjatuh. Namun, tudungnya ditarik oleh tangan tua itu.

"Kau jangan pura-pura lemah. Aku dah tahu taktik perempuan murah macam kau. Sengaja nak tayang lemah biar aku simpati pada kau! Dasar miskin tak reti malu!" Bagaikan dirasuk syaitan, Datin Rissa mencengkam tudung perempuan yang dibencinya itu dan diseret sehingga ke muka pintu. Tenaga yang datang itu tidak terduga. Tepat di depan pintu, dia turut kelelahan. Matanya memerah tajam melihat tubuh itu rebah ke lantai. Berkobar-kobar jantungnya hendak membelasah perempuan itu, namun ditahan-tahan. Dia tak boleh terlalu mengikut nafsu amarah. Dia tak suka pukul anak orang. Tak pernah dia menampar sesiapapun seumur hidupnya. Sabar, Rissa. Sabar!

Telefon pintar disauk dari dalam beg tangan mahalnya. Didail terus nombor anak tunggalnya, Hayden. Dalam beberapa minit barulah diterima panggilannya.

"Hayden! Perempuan mana yang tidur dalam bilik Hayden ni!" Kuat suaranya menjerit bak halilintar. Tahap kesabarannya sudah menipis. Jika ada Hayden di depan mata, pasti anaknya juga dibelasah kerana telah menconteng arang ke mukanya. Sesuka hati bawa anak orang ke dalam rumah. Kalau ditangkap basah bagaimana? Malu keturunan dia! Dan, sah-sah keturunan dia jadi tak elok perangai seperti perempuan murah itu. Hish, dia tak nak hadap Helena versi kedua. Cukup-cukuplah Helena yang pembawa sial dalam keluarganya. Kerana Helena, syarikat Brilliant Holdings hampir muflis gara-gara Hayden terlanjur ditimpa sakit kemurungan kerana ditinggal oleh bekas isterinya.

"Mama. Sabar... Let me explain first. Dia tak sihat, ma... Demam. Hayden terpaksa bawa dia ke rumah Hayden. Urgent..." Hayden terkulat-kulat hendak menerangkan. Kusut otaknya. Habislah perkara yang tidak diingini sudah berlaku. Mamanya dah tahu dia bawa perempuan ke rumahnya. Mesti mama dah fikir bukan-bukan pasal hal ni. Ish, kenapalah kau bengap sangat bawa balik Aryana masuk dalam kamar kau?

"Apa benda yang urgentnya, Hayden? Dia siapa? Kekasih kamu? Siapa?!" Herdikannya kuat dan lantang. Hayden segera menjauhkan telefonnya. Keluhan kasar dilepas berat. Bawa masalah betul!

"Hayden balik sekarang. Mama jangan apa-apakan dia okey?" Terkocoh-kocoh Hayden mengemas beberapa dokumennya. Kaki melangkah laju meninggalkan meja kerja yang berselerakan. Biarlah nanti esok pekerjanya mengemas.











ARYANA terduduk kaku di sofa. Kepala menunduk saja. Tak berani memanggung wajah, untuk melihat wajah singa mama Hayden. Ibu orang-orang kaya memang suka menyinga ke? Dia yang tak bersalah pun kena serbu setahap ini. Padahal dia tidak tahu apa-apa. Mujur dia sakit, kalau tidak dia dah angkat kaki pergi dari situ terus. Tak mahu pun duduk di sini. Tak sudi pun.

"Mama... Apa jadi ni?" Hayden tergesa-gesa masuk. Barang-barangnya sepah bertaburan ke lantai. Siapa pula mengamuk? Mamanya ke?

"Siapa ni, Hayden? Perempuan murah mana kamu angkut?!"

Aryana menahan rasa kerana dituduh perempuan murah. Hendak melawan dia tak terdaya.

"Mama... Mama salah faham. Kami tak buat apa-apa. Hayden bawa dia ke sini sebab dia pengsan. Dia tak sihat. Tu je, mama. Hayden terpaksa pergi pejabat tadi sebab ada hal perbincangan tentang projek baru. So, Hayden biarkan dia rehat dulu. Lepas balik ni Hayden akan terus hantar dia balik rumah dia semula, ma... Please, percaya Hayden." Tangan Datin Rissa diraihnya lalu diusap lembut. Cuba diredakan amarah yang berapi di mata mamanya. Kecut perutnya memandangi wajah bengis mama yang jarang kelihatan. Mesti mama sudah terlampau berfikiran yang bukan-bukan.

"Ingat mama bodoh ke, Hayden? Siapa dia ni sebenarnya? Pelacur mana?" Terhambut keluar kata-kata kesat dari bibirnya. Datin Rissa menelan liur, pabila tersedar dia sudah menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Agak kasar perkataan pelacur itu. Tapi, dah terlanjur bicara bagaimana lagi?

"Maaf datin. Saya bukan pelacur!" Aryana bangun dan menjerit lantang. Menidakkan tuduhan tidak berasas dari mama Hayden. Gigi dikertap geram kerana seumur hidup tidak pernah lagi orang memanggilnya pelacur! Mama Hayden sudah melampaui batas!

"Ma! Stop it! Dia bakal isteri Hayden! She is my girlfriend!" Terlepas kata yang tidak pernah dirancang. Hayden sendiri terkedu. Semua di situ terdiam seribu bahasa. Aryana terkejut tanpa dapat mengeluarkan sebarang suara, manakala Datin Rissa hampir diserang sakit jantung. Namun, dia kawal rasa terkejut itu. Sebuah penampar dilayangkan pada pipi Hayden.

"Ma... Kenapa tampar Hayden?" Tangan melekap menyapu kesan perit di pipi. Angin mana yang menghinggap mamanya sampai naik tangan pada dia. Padahal susah sekali mama nak memukul dia.

"Hayden ni dah gila? Masih tak serik dengan Helena? Perempuan miskin macam ni lagi Hayden nak jadikan sebagai isteri? Hayden hilang waras ke?!" Turun naik dadanya beralun ombak amarah. Dia hampir nak gila kerana perangai bodoh anaknya. Dah sekali terkena dengan perempuan tak guna masih lagi hendak mencari spesis kaki kikis seperti itu lagi!

"Mama... She and Helena is different! Mama jangan samakan dia dengan Helena. Aryana perempuan yang baik. Dia tak macam tu, ma... Please, ma... Calm down..."

Aryana tak dapat berdiam diri lagi. Kaki dipaksa bertahan untuk berdiri. Lantaklah sakit macam mana pun. Dia tak tahan dituduh bukan-bukan. Dia nak pergi dari situ. Tak mahu jadi hinaan dan cercaan. Dan, tak mahu jadi bahan pergunakan oleh Hayden. Tiba-tiba dia dikaitkan jadi calon isteri? Mesti ada muslihat disebalik pekerjaan kekasih upahan itu. Ada kena mengena dengan mamanya mungkin. Ah, lantaklah! Bukan masalah dia!

"Bagus kau berhambus! Jangan datang lagi ke sini!"

Aryana melangkah terus tanpa endahkan jeritan orang tua gila itu. Panggilan dari Hayden juga tidak dihiraukan. Keluarga bermasalah! Aku juga terbabit dengan masalah orang-orang kaya seperti ini. Ingat aku hamak sangat harta dorang tu? Satu sen pun aku tak hingin!

Keluar saja dari apartment kakinya tersadung jatuh. Sakitnya bercampur dengan pening yang kembali mengetuk kepala. Cuba digagahkan badan, namun dia terjelopok jatuh sekali lagi. Tanpa sedar ada sepasang mata mengintipnya dari jauh. Lelaki itu tersenyum lebar memerhatikan gadis yang tidak berdaya itu. Ketika rebah saja tubuh itu ke lantai, dia terus mara dan mencempung tubuh indah itu. Akhirnya, gadis itu berada dalam taklukannya. Hayden kalah!





𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐫 𝐃𝐮𝐝𝐚 | 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤√Where stories live. Discover now