Bab 10

1.4K 53 13
                                    

Aryana mengelus lembut baju pernikahannya yang berwarna putih. Cantik dan menyerlah dengan labuci indah. Pilihan Tengku Hayden. Semuanya diuruskan oleh bakal suaminya sendiri. Bakal mak mertua, Datin Rissa langsung tidak mahu mengambil tahu tentang majlis pernikahannya nanti. Helaan nafas berat terlepas jua setelah lama dipendam. Tidak sampai 6 jam majlis pernikahan bakal berlangsung, hatinya tidak pernah tenang. Jari-jemarinya yang terhias indah dengan inai dipandang sayu. Hatinya meronta tidak mahukan pernikahan ini berlaku.

Dia tidak mencintai Tengku Hayden. Begitu juga lelaki itu, kan? Bagaimana dia mampu menjalani kehidupan sebagai suami isteri kemudiannya nanti? Bisakah dia bahagia seperti wanita lain?

Paling menyedihkan, pernikahan ini tidak direstui oleh mama Hayden. Hanya papa Hayden menerima dia dengan berlapang dada. Wajah Dato' Zarith yang bercahaya tatkala menerima perkhabaran mereka ingin menikah menebarkan secebis rasa senang di hati walaupun Datin Rissa langsung tidak sudi menerima dia. Namun, apa perlu diperbuat lagi? Ini sahaja jalan yang dia ada untuk selamat. Hendak mengharapkan Kyrel? Bekas kekasihnya itu seakan lesap tanpa dapat dijejaki. Pernah juga dia mencuba menghubungi lelaki itu, tapi satu panggilan pun dah disekat.

Kemana menghilang. Dia tidak tahu. Hendak dicari dia tidak kuasa. Dia tak berani keluar dari rumah Sarah sejak peristiwa hitam itu berlaku. Hanya dia berdaya, kerja di tempat Sarah dan pulang ke rumah Sarah tanpa keluar ke mana. Melainkan jika ada Hayden menemani. Pernah juga Hayden ajak dinner, tapi hanya kadang-kadang. Mereka masih terasa seperti orang asing. Dia tidak selesa apabila bersama Hayden. Sangat janggal. Dan dia takut. Bayang-bayang Aryan masih mengejar dia. Terkadang dia tersalah melihat Hayden, muncul rupa Aryan. Sungguh, dia hampir gila. Aryan telah membuatkan dia trauma. Mujur Hayden tidak mengesyaki apa-apa. Lelaki itu kelihatan tenang. Tidak menunjukkan sebarang sikap buas seperti Aryan.

Dia berharap Hayden terus bersikap begitu. Tidak berubah menjadi lelaki biadap dan pekerti jahat. Dia perlukan perlindungan Hayden sebagai suami. Itu saja dia mahukan.

"Aryana. Termenung panjang? Mak andam dah datang ni nak solek kau." Sarah menyapa lembut bahu kawannya. Sedih dan bahagia memandangi seraut wajah cantik milik Aryana. Kawannya bakal menjadi isteri orang tak lama lagi. Dia bersyukur walaupun terkejut kerana keputusan Aryana memilih jutawan muda itu sebagai pasangan. Apa-apapun dia sokong Aryana, dia berharap kehidupan Aryana lebih baik daripada sebelum ini. Hanya itu doa dipohon disepanjang solatnya buat kawan yang paling dia sayangi ini.

"Cantik pengantinnya. Senanglah mak andam nak solek. Teringat pulak mak andam masa muda-muda. Mak andam pun rupawan macam awak tau Aryana." Tersenyum simpul Aryana kerana dipuji. Dia duduk membetulkan posisi menghadap cermin, untuk memudahkan kerja mak andam untuk merias wajahnya. Sarah duduk di birai katil, menjadi pemerhati.

"Untunglah awak dapat suami jutawan. Pandai awak goda Tengku Hayden tu. Tak silap akak, Tengku Hayden tu sombong kan orangnya? Macam mana awak pandai goda ni. Power betul." Aryana sengih segan. Padahal hatinya sedikit terusik, seperti ada sindiran disebalik kata-kata mak andam tersebut. Tapi, dibuang jauh-jauh. Buat apa nak kecil hati. Benda biasalah tu. Siapa saja mesti pelik melihat perempuan biasa seperti dia berjaya mendapatkan jutawan muda yang terkenal di Malaysia ni.

"Alah. Dah rezeki dia, kak Diana. Takde goda-goda pun. Aryana ni sopan dan semulajadi ayu sebab tu Tengku Hayden terpikat. Betul kan, Ryana?" Celah Sarah dibelakang. Tak boleh duduk dia bila mendengar sindiran mak andam yang agak berbisa itu. Dah kerja menyolek orang kenapa lah tak reti jaga mulut tu. Jangan sampai aku solekkan muka dia jadi hantu mak lampir. Baru tahu siapa Sarah ni!

Aryana tersenyum semula. Mengiyakan dalam diam. Kak Diana, merangkap mak andam pula gelak-gelak gedik. Tersedar dia melebih, dia kembali mengaut beberapa alat solek dan berpura-pura sibuk.

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐫 𝐃𝐮𝐝𝐚 | 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤√Where stories live. Discover now