Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena.
๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑
Tahun pertama di Private school tidak mudah seperti yang di sangkakan. Bermacam-macam yang terjadi sehingga persahabatan 7 orang pelajar di sekolah it...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KANTIN sekolah dipenuhi dengan murid yang ingin menjamu selera.
Nikki, Aryan, Iman dan Alan berada di dalam kelas mereka untuk menyiapkan kerja sekolah yang sepatutnya mereka siapkan di rumah semalam. Disebabkan cikgu Adam seorang yang garang, dengan cepat mereka cuba menyiapkan latihan addmath itu.
Pen biru yang berada di tangan Aryan lincah menekan buku dan mengeluarkan dakwat biru. Alan yang hampir siap itu mengeluh untuk kali yang ke-20 namun begitu tangannya tetap bergerak menulis jawapan untuk soalan yang telah diberikan dalam buku latihan itu.
Nikki awal-awal lagi sudah berputus asa kerana dia lupa membawa buku latihan. Kertas kajang juga menjadi tempat dia menulis jawapan itu. Namun tidak semua dibuatnya kerana sifat malas yang sedang menguasai diri.
Ethan yang entah dari mana muncul di tempat duduknya. Tangannya memegang sekotak susu dutch lady perisa strawberry itu lalu menghirup dengan perlahan.
"Belum siap lagi ke?" Tanya Ethan.
"Belum. Kau dah siap ke Tan?" Alan memandang wajah Ethan sekilas lalu kembali melihat buku latihannya.
"Aku dah siap, semalam aku buat" Ujar Ethan.
"Nak tiru wey, boleh tak?" Aryan memegang tangan Ethan lalu digoyang-goyang.
"Ah kau sesedap secukup rasa nak tiru. Buatlah sendiri" Ethan menjulingkan matanya ke atas. Kakinya disilang.
"Eyyy-" Aryan menjeling Ethan. Dia tunduk kembali memandang buku latihannya.
Beberapa ketika kemudian, Alan menutup buku latihannya. Dia menghembus nafas lega. Barang yang berselerak di atas mejanya disimpan dan disusun dengan kemas. Pen dan pembaris pula diletakkan kembali ke dalam bekas penselnya.
"Aku dah siap" Dia berkata sambil merenggangkan badannnya.
"Aku pun" Nikki meletakkan pen yang diguna olehnya di atas meja.
"Shadaqallahul Adzim" Aryan menutup buku latihannya.
"Dah siap?" Tanya Ethan.
"Dah"
"Ada berita tak best untuk kau, nak tahu tak?" Ethan memandang Aryan.
"Apa?"
"Cikgu Adam tak masuk kelas hari ni." Ujar Ethan.
Aryan, Nikki dan Alan memandang Ethan dengan pandangan tidak puas hati. Rasa nak sepak teranjang orang pun ada gaya.
"Kau cakap baik-baik eh. Kang makan tapak kasut aku" Aryan sudah berura-ura mahu mengangkat kakinya.
"Tak takut" Ethan mengejek Aryan.
"Eyy halang aku weh. Halang sebelum kaki aku ni hinggap dekat pipi dia–" Aryan bangun berdiri dari duduknya. Alan juga turut bangun untuk menahan Aryan.