Tempat comfort

6 0 0
                                    

Masa aku Tingkatan 3, aku ingat aku punya obsesi dengan tempat gelap.

Sampaikan bilik aku yang gelap-gelita, tak pun hanya ditemani curahan lampu tidur yang malap, bersama kipas yang hanya terpasang 1 atau 2 per 5 itu menjadi comfort place aku.

Aku ingat pernah satu masa aku makan nasi dalam mangkuk, pun dalam bilik, and yes, dalam gelap.

Kadang-kadang, aku hanya duduk, tenung dinding lama-lama.

Mak aku tak suka. Dia selalu masuk bilik aku, buka lampu, berleter sikit. Kalau siang, dia buka tirai dan tingkap.

Bila dia beredar, aku bingkas dan tutup semula semuanya.

Tapi sekarang, tabiat aneh aku itu masih ada, cumanya aku makin sibuk dengan hal-hal sekolah, plus depression aku makin mild sekarang. Kalau dulu sekali datang episod sebulan aku murung, tapi sekarang, dia on and off.

Sekarang, aku masih tertarik kepada tempat gelap. Terutamanya, waktu aku tak berapa sihat dari segi mental dan emosi.

Sedar tak sedar, kaki menapak ke Blok D asrama walau malam sudah menjelma. Oh, Blok D ni memang femes dengan dia punya kepuakaan. Tapi aku selesa duduk situ. Tak ada orang. Tenang sahaja walaupun aku tahu aku bukan berseorangan.

Tapi lantaklah. Aku tak nampak, so aku buat cara tak nampak.

Keluar Blok D, sebelahnya terbentang padang budak asrama main petang-petang.

Kaki ingin menapak, namun aku berpusing menuju ke Blok A. Padang tu, aku dengar daripada seorang budak yang hijabnya terbuka, dia kata di situ perkampungannya. Patutlah aku selalu rasa pelik setiap kali lalu melintasinya on the way pergi tandas pukul 3 pagi tahun-tahun yang lepas.

Aku dah pernah cuba scan tempat ni. Tapi yang aku rasa hanyalah energy yang biasa-biasa sahaja. Dia ada, dan aku rasa,

tapi tak concerning sepertimana yang aku jumpa menumpang kat badan orang.

NOT ALONE Where stories live. Discover now