Suara

3 0 0
                                    


Seingat aku masa tu aku baru usai mandi.

Baldi diangkut di sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi membawa cebok berisi pakaian dalam yang selesai dibasuh.

Aku letak baldiku di dalam petak pita pelekat yang tersedia di dalam bilik baldi. Nak bagi tersusun.

Baru aku berpusing untuk beredar, aku dengar suara itu.

Suara perempuan.

Lemah lembut. Kedengaran dekat sahaja.

Dia panggil nama aku. Dengan suara yang lunak beralun. Seolah-olah bernyanyi. Terselit sedikit tawa kecilnya yang aku sangka, tak adalah menyeramkan pun.

Aku pandang sekeliling—memang aku berseorangan di dalam bilik baldi itu.

Budak-budak di luar bingit berlari di koridor. Waktu makan petang, waktu banyak batch bawah beriadah.

Aku keluar seperti biasa, tercegat sekejap di hadapan tangga. Menunggu jika suara itu datang kembali. Kutlah, ada orang dari atas panggil orang lain tapi aku dengar macam nama aku?

Namun, aku sedikit paranoid. Memang aku ada sekilas idea bahawa aku diganggu. Tapi yang ganggu aku tu, erm, lelaki. Tak masuk dek akal pula dengar suara yang terang lagi bersuluh milik perempuan?

Sakinah baru keluar dari tandas. Dengan tudung terpeleot dan basah, agaknya dia baru nak solat Asar.

"Kau dengar tak suara orang panggil nama aku?" Aku tanya dia, since bilik baldi dan tandas terletak agak berdekatan.

Dia jeda. "Tak ada pun."

Aku ragu-ragu, tak rasa yakin. "Dia panggil aku macam ni : "Nuha~ Hehehe."" Aku ajuk semula apa yang aku dengar.

Sakinah berfikir, kemudian mukanya ditarik mengherot. "Aku tak dengar pun."

Mendengarkan jawapan itu, aku cuma biarkan dia berlalu. Aku omel sendiri, tersilap dengar kut.

Perihal itu aku tolak tepi, jauh tenggelam di dalam sanubari.

Not until ustaz beritahu aku tentang makhluk yang kacau aku tu,

dan aku connected the dots. Patutlah, it makes sense now.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NOT ALONE Where stories live. Discover now