OOL 01

20.2K 685 113
                                    

Read at your own risk.

SEDARI tadi Aria tidak dapat menumpukan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh professor mudanya itu, daddy Shad. Eh, Professor Shad Fayan. Mata Aria juga kerap berlaga dengan mata lelaki itu sejak kelas bermula.

Arghhh, hati Aria meronta-ronta! Pandangan mata lelaki itu sungguh memukaukan. Aria sendiri tidak dapat melarikan matanya daripada terus memandang ciptaan Tuhan yang terlebih kacak di hadapan matanya ini.

So beautiful yet looking so sinful.

Sejujurnya Aria sedang menahan debaran di dadanya apabila Shad menapak mendekati meja Aria lalu menopang tangan di atas meja itu. Bau maskulin Shad menusuk ke dalam rongga hidung Aria. Sungguh, Aria tidak senang duduk ketika ini.

Lelaki yang berada di hadapannya ini bukan hanya seorang professor yang mengajarnya, tetapi bagi Aria, Shad lebih dari itu.

Tipulah kalau Aria cakap yang Aria tak mempunyai perasaan terhadap Shad Fayan, professor pujaan semua gadis di universiti.

Sebut saja nama professor Shad, mata para gadis berubah jadi bentuk love tahu! Sampai macam tu sekali penangan Shad Fayan. Jadi tak mungkinlah Aria tidak memendam perasaan yang sama seperti semua orang.

Kalau tak Aria tak akan pandang Shad dengan pandangan yang menyimpan seribu satu maksud. Setiap kali Aria pandang Shad, Aria akan menunjukkan perasaannya dengan jelas.

Seperti dia mahukan lelaki itu, seperti dia mahu dijinakkan olehnya. Seperti dia mahu lelaki itu tahu betapa terdesaknya dia menginginkannya.

Mata Aria tertancap pada tangan yang ada di atas mejanya itu. My Godness, look at those big and veined hands...

Tidak semena kepala Aria ligat berimaginasi bermacam perkara yang tak mungkin terjadi diantara dia dan pengajarnya itu. Air liur ditelan kesat apabila Aria terpandang lelaki itu menggerak-gerakkan jarinya di atas meja.

Oh, my Lord!

Tidak semena Aria mengepit kedua-dua kakinya rapat dek kerana fikiran kotornya itu. Mata dipejam rapat. Otak automatik membayangkan tangan sang professor bermain-main di kawasan pehanya.

"Ahaaa..." Aria menggigit bibir menahan diri daripada terus mengeluarkan bunyi pelik. Walaupun bunyinya taklah kuat mana, tetapi Aria perasan Shad memandangnya. Lantas sebelah tangan menggenggam erat skirt corak bunga-bunganya manakala sebelah tangan lagi naik membetulkan cermin mata yang sudah terlorot di pucuk hidung.

Terus Aria berlagak seakan tiada apa-apa yang baru terjadi diantara mereka walhal Shad tahu sangat apa yang Aria lakukan tadi.

Goddamn such a needy little girl, Aria! Control yourself!

Shad mengerling Aria dengan ekor mata. Aria ingat Shad tak dengar ke Aria buat bunyi pelik-pelik tadi? Shad baru tayang tangan sikit, laju saja otak Aria go wild.

"I think thats all for today. See you next week." Ujar Shad seraya kembali ke mejanya. Rasanya cukup sampai di sini saja sesi lecture dia, sekarang dia ada sesi lain pula untuk diselesaikan.

Tidak menunggu lama lagi, Aria mematikan laptopnya dan kemas segala barang yang bersepah di atas meja. Aria kena keluar cepat-cepat. Dia malu. Malulah kalau dah seronok moan dekat depan Shad tadi! Nanti apa pula Shad fikir tentang dia?

"Shania Aria?" panggil Shad secara tiba-tiba.

Aria yang sedang menyangkut bag pada bahunya terhenti sejenak. Pandangannya tertumpu pada Shad yang sedang bersandar di meja lecturer sambil memegang sehelai kertas. Eh takutlah Aria! Jantung mula berdetak hebat. Aria bagaikan cacing kepanasan ketika ini. Dah kenapa pula Shad panggil dia tiba-tiba ni? Tak pernah sekali dalam sem ini, Shad menyeru nama Aria.

 Out of Love [ E-Book ]Where stories live. Discover now