DRESS yang terdedah pada bahagian bahu itu Aria betulkan sedikit supaya nampak lebih kemas. Sudahlah melekat dekat badan, segala lekukan tubuhnya jelas kelihatan. Tak pernah-pernah Aria pakai baju yang menonjolkan dirinya seperti ini. Selalunya Aria pakai dress besar-besar dan berlengan panjang saja. Ini kalau bukan sebab Khyra yang paksa, memang Aria takkan ikut!
"This, this, this!" Sehelai dress berwarna beige dicapai dan dihalakan pada tubuh Aria.
Aria pula nak tak nak, layan jelah. Dah member kan? Kalau palau sentap pula kan?
"Dang, girl. Aku jamin lepas dia tengok kau pakai ni, memang dia menyesal tinggalkan kau haritu." Ujar Khyra dengan yakin. Habis dress itu digayakan dengan bermacam-macam gaya di hadapan Aria.
"Tak naklah pakai macam ni. Nak tayang kat siapa? Aku pakai nanti macam nenek-nenek. Tak nak, tak nak." Baju yang ada dihadapannya itu ditolak semula pada Khyra.
Bengang sekejap Khyra bila Aria cakap baju yang menjadi pilihannya itu seperti nenek-nenek. Khyra yang tak ada taste ataupun Aria yang bongok? Bagi Khyra dress yang dipilih itu tampak sungguh elegant kalau nak dibandingkan dengan dress yang Aria selalu pakai.
"Eh, kau sedar tak baju kau pakai tu lagi nenek-nenek tahu? Zaman bila orang pakai dress corak bunga-bunga ni? Dengan ribbon lagi. Sekali pandang macam nenek, dua kali pandang macam budak tadika. Sebab tulah prof kau tu blah tinggalkan kau tahu?"
Ambil kau Aria! Kan dah kena dengan mulut lancang Khyra ni.
Tipulah Aria kata dia tak sentap. Sampai hati Khyra kata Aria macam nenek-nenek!
Nak tak nak Aria pun ikutlah kehendak Khyra. Nanti Aria kena perlekehkan lagi kalau Aria tak dengar cakap Khyra. Iyalah, Khyra kan sifu Aria.
"Ni, ambil baju ni. Kau pakai masa class dia nanti. Confirm, dia sangkut! Mesti dia menyesal gila nak mampus sebab tinggalkan kau haritu. Bukan setakat dia tau yang bakal tergoda. Kau tengoklah nanti tiba-tiba ramai jantan try kau tahu."
Aria menarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan perasaan gemuruh di dada. Kardigan berwarna dusty pink yang ada dalam bagnya dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Nanti-nanti jelah Aria goda Shad! Kemudian jam tangan dipandang sekilas. Sekarang ni Aria dah lambat satu jam untuk masuk ke dalam kelas Shad.
Eh, ingat Aria sengaja ke nak masuk lambat. Ini juga salah satu ajaran sesat Khyra tahu!
"Nanti kalau boleh kau datang lambat masa class dia tau? Lantaklah orang nak kata apa pun, janji dengan kedatangan kau yang lambat tu boleh buat dia nampak kau. Biar kau nampak macam menyerlah gila nak mampus masa tu. Kau kan paling innocent kan dekat kampus tu? So kita kena ngorat dia cara innocent. So this is it..."
"Let's go, Aria." Gumam Aria perlahan sebelum tangannya naik memulas tombol pintu kelasnya. Tak sampai beberapa saat, semua mata tertumpu ke arah Aria, begitu juga dengan Shad. Lelaki itu sedang bersandar pada mejanya.
Keadaan jadi hening untuk seketika.
Aria pula hanya tayang senyuman tak bersalah.Tak lama kemudian Aria mengalihkan pandangannya memandang rakan sekelasnya. Ada yang sibuk meneliti sesuatu di laptop masing-masing. Ada juga yang sibuk menulis.
Kejap, kejap.
Ada apa-apa yang Aria terlepas ke?
"Have a seat, miss Aria. The quiz has begun 27 minutes ago." Tutur Shad seraya melihat jam tangannya. Kemudian matanya tertancap semula pada Aria. Senyuman sinis juga dilemparkan pada gadis itu.
Tidak semena Aria terpegun di hadapan pintu. Otaknya cuba memproses apa yang Shad sampaikan tadi. Quiz? Apa ni? Apa yang Aria terlepas ni? Namun tiba-tiba Aria teringat chat yang Shad sampaikan kepada mereka semua pada hujung minggu lepas. Shad memang ada inform yang dia akan adakan quiz.
YOU ARE READING
Out of Love [ E-Book ]
Romance❝ 𝘿𝙚𝙨𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝙗𝙪𝙩 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙙. ❞ Known as Shad's Kawasan bahaya 💀 +18 || Mature Content All Rights Reserved ©wadaella