RAHANG Aria seperti ingin tercabut dari tempatnya. Satu patah perkataan tak terkeluar langsung dari mulut Aria apabila mendengar arahan Shad tadi. Betul kan apa yang Shad katakan tadi? Aria tak berangan kan? Kejap, kejap. Biar otak Aria proses semula ayat Shad tadi.
Show me how those pretty little finger dance when you are thinking of me, miss Aria...
Astaghfirullah, astaghfirullah. Ya Allah. Apa ni? Mengucap Aria. Ingat Tuhan!
Aria memejam mata dengan rapat kemudian membukanya semula. Tangannya yang dipegang oleh Shad tadi ditarik sebelum Aria bangun dari kerusi dengan perasaan yang tak tentu arah. Sukar rasanya ingin bernafas di ruang yang sama dengan Shad ketika ini. Lebih-lebih lagi apabila disentuh lelaki itu.
"We... We can't do this." Aria menggeleng kepala dengan perlahan. Walaupun Aria memang inginkan Shad, tetapi Aria masih waras. Shad ialah professornya. Aria pula ialah pelajar Shad.
Apa yang mungkin terjadi diantara mereka berdua nanti boleh merosakkan reputasi mereka berdua. Lebih-lebih lagi Shad. Reputasinya sebagai seorang pensyarah pasti akan tercemar.
Shad mendiamkan diri. Hanya matanya saja bergerak memandang si gadis yang ingin melarikan diri darinya. Langsung bibir mengoyak senyuman sinis.
You can't deny the fact that you want it, Aria...
Shad turun dari meja dan berdiri di hadapan Aria. Kakinya dihayunkan perlahan-lahan mendekati Aria. Matanya pula menikam seraut wajah pelajarnya itu. Jelas sekali wajah putih bersih itu memerah.
Malukah dia?
Ah, Aria ada rasa malu ke? Malu dengan Shad? Aria tak tahu ke Shad sudah baca manuskrip yang dia tulis? Setiap muka surat, setiap patah perkataan yang ditulis Shad proses masuk ke dalam otaknya.
"So?" hanya itu saja yang keluar dari mulut Shad. Aria fikir Shad kesah ke? Mestilah tidak. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah tahu 'Aria' yang sebenar. Aria yang bersembunyi di sebalik wajah polosnya...
Aria angkat wajah memandang Shad. Wajah beku sang professor dipandang dengan pelbagai rasa.
Entahlah, kadang Aria rasa nak makan Shad. Kadang-kadang rasa nak tampar kepala Shad sampai tercabut. Tapi Aria tak mampu, Aria sedar dengan kenyataan itu.
So? Itu je yang Shad tahu cakap?
Baru saja Aria ingin membuka mulut, laju saja tangan sasa milik Shad merangkul pinggang Aria sebelum dia meletakkan gadis itu di atas mejanya.
Terkesima Aria dibuatnya.
Lutut Aria bertemu dengan peha Shad. Tangan Shad juga masih lagi berada pada pinggang Aria manakala tangan Aria pula menggenggam erat kemeja Shad di bahagian dada lelaki itu.
Aria tak meraba tahu! Tetapi tangannya naik mengenggam kemeja Shad tanpa sedar dek kerana terkejut apabila dilemparkan ke atas meja tadi.
Hembusan nafas Shad yang menampar-nampar wajah Aria membuatkan gadis itu tidak keruan.
"I know you want me, Aria." Bisik Shad dengan perlahan.
Sengaja dia mendekatkan wajahnya dengan Aria apabila gadis itu hanya menundukkan kepalanya. Sempat lagi Shad menggeselkan hidung mancungnya pada hidung Aria.
Aria menggigit bibir bawah.
Mata dipejam rapat menahan debaran di dada akibat daripada belaian professornya itu. Shad tahu saja kelemahan Aria walaupun ini ialah kali pertama mereka berdua berjumpa depan-depan, berdua-duaan tanpa ada orang lain.
She had a weakness of him, an ache for his touch longing for his kiss. He is just something that she can't resist...
Aria menghembus nafas berat. Mata dibuka perlahan-lahan untuk melihat Shad yang berada di hadapannya itu. Buat ke sekian kalinya, mata mereka bertembung. Namun kali ini pandangan mereka berdua berbeza. Mata hitam likat Shad jelas menunjukkan yang dia inginkan Aria.
"Professor... We can't," ujar Aria dengan lembut.
"But what if we can, miss Aria?" balas Shad dengan nada suara yang sangat lembut.
Jeda.
Aria menelan air liur kesat. Sumpah Aria rasa nak menangis ketika ini. Tipulah kalau Aria cakap Aria tak mahu peluang ini. Tetapi cara dan aura Shad ketika ini sungguh menakutkan Aria. Shad seperti sudah tahu apa yang dia perlu lakukan untuk buat Aria tunduk padanya.
"I'm your stud—"
"Shut up and look into my eyes, Aria."
Shad merengkuh dagu Aria dengan sedikit kasar hingga gadis itu terdongak memandangnya. Mata hitam likat Shad menikam anak mata Aria dalam-dalam.
"Look into my eyes and tell me the truth, Aria. I don't give a damn about the bullshit you are talking just now. Your eyes tell me something opposite from your words. Be honest with me. I want you to tell me what you want. You gotta be clear, tell me the details same as what you wrote in your 'assignment', Aria. I want to listen it from your pretty mouth." nada suara Shad keras memberi arahan.
Shad sudah tahu semua benda. Segala benda yang Aria inginkan daripada Shad.
"Come on, Aria. I know you can. Tell me how needy you are. Tell me how desperate you are to feel me inside you. I know you want it, baby. Say it." Tambah Shad lagi seakan memberi dorongan pada Aria.
Mata Aria terkedip-kedip menatap seraut wajah professornya itu. Betulkah apa yang dia buat ini? Bibir bawah digigit dengan geram. Aria tak sanggup untuk menahan diri lagi.
Dia betul-betul mahukan Shad. Dia mahukan lelaki itu. Tangan Aria naik memegang bahu lebar Shad. Badannya digerakkan ke hadapan untuk merapati Shad. Bahkan kakinya juga didepakan sebelum Aria melilit kakinya pada pinggang Shad. Aria langsung tidak putuskan eye contact mereka.
Tangan Shad pula mula bermain-main di belakang badan Aria.
"I..."
"Mhm?"
"I want you." Ujar Aria dengan nafas yang berat. Dadanya turun naik mencari nafas dan keberanian untuk melontarkan kata-kata itu. Aria seakan tenggelam dalam dunia Shad.
Shad mendengus perlahan.
"God, I want you so bad Aria..."
YOU ARE READING
Out of Love [ E-Book ]
Romance❝ 𝘿𝙚𝙨𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝙗𝙪𝙩 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙙. ❞ Known as Shad's Kawasan bahaya 💀 +18 || Mature Content All Rights Reserved ©wadaella