❝hidup tidak semudah mimpi❞

12 3 0
                                    

(Mature content, Bullying, SA, Language.)

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ ୨ 🏫 ୧ ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Ringg~

Aku menutup muka surat terakhir setelah masa sudah pun habis. Pengawas peperiksaan mula mengambil kertas ujian murid-murid satu per satu. Aku duduk di meja terakhir dan setelah kertas terakhir iaitu kertas ujian ku diambil. Aku mengemas peralatan ku ke dalam bekas pensil.

tiba-tiba Sarah datang ke arah ku. "Yaraa" lalu memelukku. Namaku Yara Atiyyah akan tetapi ramai di sekolah memanggilku Yara sahaja.

"jom pergi perpustakaan aku tak rasa macam nak makan lagi" ujar Sarah. "kau pergi la sorang-sorang, aku nak pergi canteen juga ni maklumlah tengah kebulur dari pagi tadi" ujarku lalu senyum sinis.

"habis tu takkan aku duduk sorang-sorang kot ?" ujar Sarah. "kejap je aku beli makanan nanti aku datang la balik" ujarku. "bukan makanan tak boleh bawak masuk ke ?" ujar Sarah lagi. "pandai-pandai la aku sorok nanti" ujarku lalu terus menuruni tangga.

Sarah melambaiku dan dia terus pergi ke perpustakaan. Sedang aku lagi selangkah untuk ke tingkat bawah pula aku terlihat ramai pasangan couple yang berpegang tangan, berpelukan, bertangkap gambar dengan masing-masing dan ada juga yang berciuman tanpa menghiraukan orang disisi mereka . Aku menunjuk reaksi "disgusted" . Apakah memang setiap kali kalau bercinta perkara sebegini harus dilakukan ?.

tiba-tiba sahaja aku tertanya. Terasa meluat melihat mereka bebas sebegitu sahaja. Cinta yang tiada batas dan menjijikkan. Aku lalu ke koridor untuk pergi ke canteen.

Apabila aku renungkan kembali memang aku tidak tipulah yang aku pun mahu merasakan cinta juga iaitu mempunyai pasangan hingga ke akhir hayat tapi apakan daya. Aku hidup di dunia yang penuh dengan helah dan ia juga kejam. Betullah orang kata hidup tidak semudah mimpi.

Aku mengambil satu tin air Sprite dan sandwich lalu membayarnya di kaunter. Setelah selesai aku menaiki semula tangga untuk pergi ke perpustakaan.

Sedang aku menaiki tangga aku mula perasan sekumpulan lelaki dibelakangku, aku menurunkan skirt untuk tidak terlalu nampak bahagian badanku namun tiba-tiba seseorang menghampiriku dan memberiku sesuatu. Dia memberiku wang dalam nilai yang agak banyak di dalam genggamannya.

"duit ni aku rasa cukup untuk kau yang 1 jam kan ? nak tak ? bukankah kau dan keluarga kau hidup kerana duit dan menunjukkan badanmu sahaja ?" ujar lelaki itu iaitu sekelas denganku atau lebih dikenali sebagai Luke .

Betullah, apapun kerja yang kita lakukan sesetengah orang menilai diri kita dengan pekerjaan sesuatu. Apakah aku begitu jijik sehingga aku diatur kan hidup di kerja yang harus melayani orang ? tetapi itu bukan diriku. Ibu yang memaksa ku. Aku mahu sahaja berhenti dari melakukan kerja itu dengan pelbagai alasan seperti aku masih budak sekolah tapi, apakah aku akan dikira sebagai anak derhaka atau kurang ajar kerana tidak mendegar kata-kata orang tuaku dan melukai hati mereka ?

Aku buntu, apakah memang betul setiap manusia harus mencari agama untuk lebih banyak ilmu di hati mereka ?. Sejenak aku terfikir dan aku kembali ke realiti. Aku terlihat yang mereka masih mengetawakan ku kemudian tiba-tiba aku terlihat sepasang kasut dilempar laju ke arah Luke.

"DuMm !!"

Luke menjerit kesakitan apabila kasut itu terkena mulutnya yang membuatkan rahang gusi di hadapannya mula berdarah sikit. Selintas aku mahu melihat siapakah yang melempar kan kasut itu pada si raja pembuli ini ternyata itu adalah Sarah.

Sarah menghampiri kami dengan muka yang bengis. Dia membuka kasut kanannya pula dan bersedia untuk membaling lagi tapi Luke sempat bangun dan terus melarikan diri tanpa aku sempat menariknya. Namun .. Sarah iaitu ketua pemain bola keranjang tidak akan mudah mengalah.

Suara Cinta .Where stories live. Discover now