Kim Sungjin melihat kedua tangannya dengan tatapan kosong.Setelah mengetahui yang dia tidak memiliki tubuh yang utuh, fikirannya semakin buntu.Apa yang akan dia lakukan selepas ini?Tidak ada orang yang dapat melihatnya,mendengar dan menyentuh dirinya.
Pada akhirnya dia akan selamanya sendirian,sama seperti diruangan kosong itu.Kim Sungjin melihat waktu skenario yang tersisa.
[5:00 menit yang tersisa.]
5 menit.Jika dia gagal melakukan skenario,apakah dia akan mati sekali lagi,dan adakah dia akan kembali keruangan kosong itu.
.
.
.
.
'Bukankah tempat itu sama sahaja dengan tempat ini?Walaupun ada perbezaan,itu hanyalah aku dapat melihat dan mendengar orang-orang disini berbicara.''Itukan hanya membuatkanku semakin sakit.Aku cemburu dengan mereka yang dapat berbicara satu sama lain.'
Kim Sungjin melihat kearah orang-orang yang bertarung sesama sendiri.Entah kenapa,pertarungan ini mengingatkan dia tentang cara dia mati ketika itu.
Ditusuk oleh seseorang yang sering dia panggil 'Ayah' untuk melindungi adiknya daripadanya.Itulah alasan Sungjin mati ditempat.
Kerana itu,ketika dia melihat orang-orang disini bertarung satu sama lain membuatkan dirinya rasa muak.
Ini adalah sifat asli dari manusia.Sungjin tahu tentang itu.
'Apa aku mampu menyerang mereka?'
Kim Sungjin menghalakan tangannya yang berbentuk seperti pistol kearah preman yang menembusinya tadi.Semakin lama dibiarkan,preman itu semakin lama semakin berbahaya.
Hampir semua manusia yang tersisa tadi dibunuh oleh dia.Walaupun dia telah menyelesaikan skenario,dia masih berniat untuk membunuh lebih banyak.
"Tidak kusangka dengan membunuh akan mendapat koin sebanyak ini.Hehehe~persetan dengan belas kasihan.Aku tidak ambil peduli lagi."
'B*jingan ini sudah gila.'
Kim Sungjin berkata sambil mengerutkan dahinya.Tanpa sengaja dia mengalirkan energi yang dia miliki kearah hujung jarinya.Tangan yang dia bentuk seperti pistol itu di halakan tepat dikepala preman itu.
"Bang"
Kim Sungjin berkata dengan nada bermain-main,tetapi hasilnya sangat tidak terduga.Dalam sesaat kepala preman itu meletus secara tiba-tiba.Kepalanya sepenuhnya menghilang meninggalkan badannya yang terbaring terlentang.
[Anda telah membunuh makhluk hidup]
[Menerima 100 koin]
[Menerima koin yang dimiliki oleh makhluk yang anda bunuh]
[Menerima 1000]
[Reward Skenario akan diterima selepas masa skenario tamat]
Sungjin melihat tangannya sendiri dan tubuh preman tersebut.
'Itu.....tidak dijangkakan.Energi ini,mampu menyentuh mereka?'
Kim Sungjin tidak pernah mencuba untuk menembak energi yang dia miliki ketika terperangkap diruangan itu kerana dia berfikir itu adalah mustahil.Fikiran itu berubah ketika dia melihat apa yang berlaku tadi
Sekarang dia mula menyesali kerana tidak mengkaji kemampuan energi ini dengan lebih dalam lagi.
"A-apa yang terjadi."
Seseorang berkata dengan nada bingung.Dia tidak tahu apa yang sedang terjadi.
Pada awalnya dia diserang oleh preman itu yang telah selesai membunuh yang lain.Walaupun dia tidak mempu melawan,tetapi dia berusaha untuk bertahan dari serangan yang dilancarkan.Alhasil,dia dapan bertahan hidup hinggalah sekarang.
KAMU SEDANG MEMBACA
Soul's Fate(ORV Fanfic)
FanfictionKim Sung Jin is the older brother of Kim Dokja. Died as a result of protecting his younger brother from being stabbed by someone they used to call 'Father'. However, now he woke up as a spirit without a body when the disaster had just happened. No o...