01

19 1 0
                                    

Fathul mengikat tali kasutnya di hadapan cafe yang baru sahaja dibuka 3 hari lalu. Dia bercadang nak singgah sekejap selepas habis satu jam dia berlari. Macam takde function dia berlari lepastu makan benda manis. Tapi dia kisah apa, dah craving benda manis takkan dia nak tengok je.  Dia membuka pintu cafe tersebut dan disambut mesra dengan pekerja yang berada di dalam cafe tersebut. Dia melihat sekeliling cafe tersebut.

"Not bad lah ada vibe-vibe tea party kat dalam movie Alice in wonderland" ucapnya dalam hati.

Sebelum dia menuju ke arah cashier dia ternampak satu makhluk Allah yang hampir jatuh di depan mata dia. Dia pun dengan rela dan terpaksa menahan belakang perempuan tersebut menggunakan tapak tangannya. Memang tak lah dia nak sambut macam dalam drama. Tak pasal-pasal dapat dosa free. 

Fathul melihat nametag perempuan tersebut sebelum dia tolak perempuan tersebut berdiri dalam keadaan normal. 

"Are you single?" ucap perempuan tersebut

Fathul terkejut mendengar soalan yang dituju itu. Memang betul-betul direct minah ni. Baru sahaja dia ingin menjawab pertanyaan tersebut. Tiba-tiba ada seorang pekerja menuju ke arah mereka  berdua

"Ya allah Cik Aara, nasib baik ada orang tolong sambutkan. Kalau tak memang cium lantai lah Cik Aara" ucap pekerja yang bernama Aida tersebut.

"Cik? Maybe the owner of cafe ni kot" teka Fathul dalam hati

"btw thank you encik" ucap Aida lagi sebelum dia menarik Aara pergi.

Fathul baru je nak berkenalan dengan Aara tiba kena cut dengan si Aida. Turn off terus mood ngorat si Fathul. Apapon makan mesti diteruskan. 

Selesai sahaja Fathul membuat bayaran, dia mengambil tempat duduk di tepi tingkap sementara menunggu pesanannya sampai. Tak sampai 5 minit makanannya sudah mendarat di atas meja.

"Hi, my name is Aara. Bukan A.R.A but A.A.R.A" ucap Aara

Fathul yang ralit layan tiktok terus pusing menghadap wajah Aara. Dia ingat tadi pekerja lain yang hantar makanan dia tu pasal dia buat bodoh je tapi bila dia dengar je suara Aara bukan main laju pusing kepala dia. Nasib tak tercabut je kepala tu

"I know"ucap Fathul sambil melihat wajah Aara yang berada di depan matanya.

 Wajah Aara yang ada vibe- vibe gadis europe. Bebola mata Aara yang berwarna grey membuatkan Fathul sedikit tergamam dengan ciptaan allah yang berada di depan mata dia sekarang ni. Kalau boleh sekarang juga dia nak ajak Aara kahwin.

"Macam mana awak tahu" tanya Aara

"nametag kau" kata Fathul

"ooo Haahlahhh"sengih Aara

"Ya allahhh comelnyaaa. Adakah ini cinta pandang pertama setelah 24 tahun aku hidup" jerit suara hati Fathul

Tanpa mereka sedar ada dua pasang mata melihat mereka dari jauh.

"Kau tengoklah Cik Aara tu bukan main. Memang betul-betul nak ngorat tu selalu main-main je" kata Aida

"Itulah terkejut aku,masa aku belajar dengan dia dekat France dulu pun tak macam tu walaupun masatu banyak mamat handsome kat tempat study kitaorang" ucap Uthman pula

"Kau tak jeleous ke" tanya Aida

"JELEOUSSS??! Memang tak ahh. Aku dah anggap budak pendek tu macam adik aku dah. Lagi satu kalau aku suka dia pun dah lama dah aku buat jadi bini. Hmmmm menyampah mak" bebel Uthman

"Baguslah senang sikit aku nak ngorat kau pulak" kata Aida dan berlalu pergi ke arah kaunter Cashier untuk mengambil order customer yang baru datang

Uthman yang sedang elok berdiri pun nak terjatuh dengar ayat yang keluar dari mulut Aida. Adakah ini petanda uthman tak akan single lagi.

"Oiiii Aaraaaaa udah-udah lah tu nak mengorat meh tolong aku kemas tepung ni. Sat gi dah nak closing cafe dah" jerit Uthman

"okayyy" jerit Aara pula

"Saya gerak dulu and sila datang lagi" ucap Aara kepada Fathul dan terus berlari-lari anak ke arah dapur.

"Aduuu melepas lagi" ucap Fathul perlahan

Fathul baru bersemangat nak jawab soalan Aara yang awal tadi tapi dah melepas. Tak kira dia mesti kena datang balik cafe ni walau apa pon yang terjadi



>-<+

+Dilarang cetak rompak cerita aku ni kalau tak nak cirit birit+

+Nampak tak bintang tu haaaa jangan lupa tekan+

+Thank you baca and support story ni. Muahh sikittt. Sikit je jangan ambik banyak-banyak, takut tak sempat sampai kat crush aku+

My Precious LoveWhere stories live. Discover now