Fathul melihat pantulan dirinya di dalam cermin sebelum dia membawa balik dirinya ke rumah keluarganya. Semestinya dia pergi kerana terpaksa sebab mak dia kata ada tetamu istimewa, so mak dia tak nak lah tetamu dia tertanya di mana Fathul walaupun Fathul tahu mak dia sebenarnya tak rela tengok mukanya lagi
Fathul meletakkan royal canin di dalam bekas kucing kesayangannya sebelum dia bergerak pergi.
"Leo, nanti ayah kau ni nak kena hadap maleficent. Tak nak bagi kata-kata semangat ke" kata Fathul sambil mengusap kepala Leo.
Leo hanya buat endah tak endah dan meneruskan aktiviti mengemukkan badannya.
"Sampai hati kau Leo. Membiarkan bapak mu ini dalam kesusahan" Fathul membuat drama tv3 di depan Leo
Leo hanya buat bodoh buat kali kedua dan bergerak pergi ke arah sofa untuk tidur
"Kau tengoklah satgi. Nanti kalau aku dah kahwin, aku taknak cakap dengan kau dah" merajuk Fathul
Fathul melangkah keluar dari rumahnya dan mengunci pintu. Dengan penuh kelajuan dia berlari ke arah keretanya dan drive ke arah Cafe Aara sebelum dia pergi ke rumah keluargannya.
Sampai sahaja di cafe Aara dia membeli sebuah kek. Dia taknak lah bawak diri je nanti. Dah lah mulut sorang-sorang memang mintak kena pijak. Sementara menunggu keknya dibungkus dia melihat sekeliling cafe tersebut untuk mencari kelibat Aara tapi takde. Hancur lagi harapan dia nak bercakap dengan Aara
"Cari Cik Aara ke" tegur satu suara.
Semestinya suara tersebut milik Aida
"Haah. Dia tak datang kerja ke harini" Tanya Fathul
"Cik Aara kata dia ada urusan malam ni, so dia balik awal sikit" jawab Aida.
"Patutlah" kata Fathul kecewa
"Jangan risau Cik Aara selalu datang cafe ni tiap-tiap hari walaupun dia owner, So encik bolehlah jumpa dia hari-hari. Nah kek encik" Aida menghulurkan sebuah kotak kek kepada Fathul.
"Alhamdulilah. Terima kasih, nanti saya datang lagi" Fathul mengaturkan langkahnya keluar dari Cafe
Aida hanya tergelak kecil dengan perangai Fathul. Sekurangnya Cinta Cik Aara tak bertepuk sebelah tangan. Adakah cinta dia kepada uthman akan jadi seperti ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Aara tenung dirinya di depan cermin selepas menyapu sedikit lipstik berwarna merah jambu di bibirnya.
"Cantik juga aku ni" puji Aara kepada diri sendiri.
Mana tak cantiknya kalau mak sendiri ada kacukan france cuma muka mak dia more kepada atuk dia tu pasal nampak melayu. Sampai je kat Aara muka photostat macam nenek dia. Kadang-kadang dia pun pelik, dia ni anak mak dia ke anak nenek dia. Tapi tak pe lah sekurangnya ada juga yang ikut muka nenek dia. Kalau tak hilang pewaris kejelitaan nenek dia yang bernama Amber tu.
"Oiii Aara kau nak tenung cermin tu sampai tembus ke. Kitaorang dah berjanggut tunggu kau ni" tegur kakak Aara yang bernama Dania itu.
YOU ARE READING
My Precious Love
RomanceFathul iqbal seorang jejaka yang sangat dibenci oleh keluargannya sendiri tanpa mengetahui sebab tertentu. Fathul juga dilebalkan sebagai seorang pembunuh oleh keluargannya sendiri walaupun beribu kali dia bertanya kenapa dia dilebalkan begitu tapi...