PINTU bilik abangnya diketuk berkali-kali.Dah berapa lama dia duk tercongok depan pintu ni.Tak buka-buka juga.Karang kalau dia buka macam tu je,buatnya abang dia tak pakai apa-apa.Ha mampus.Kad ditangannya dikerling sekilas.
"WOI!Bukaklah setan.Tolong hantar aku." Kakinya menghentak kecil melepaskan geram.
Selepas beberapa minit,pintu itu dibuka dari dalam.Dengan wajah tidak bersalahnya,Asher cabut headphones dari kepalanya.
"Sorry,aku tak dengar.Ini pun sebab aku nampak pintu bilik aku macam nak roboh?Kalau tak-"
"Aku tunggn berjam-jam dekat depan pintu ni!Kau boleh tayang muka bengap kau tu." Turun naik dada Stella menahan rasa marah.Ergh!Kalau dia tahu jadi macam ni baik dia minta tolong Axel.Tapi nanti kena soal siasat pula.Kenapa nak pergi situ?Buat apa? Blablabla.
"Woo lek ah.Kau minta tolong aku lepastu nak marah."
"Hisy!Cepatlah.Tolong hantar aku." Stella mendengus geram.Dia membuka langkah untuk keluar dari rumah.Dia masuk ke dalam kereta di sebelah pemandu.
Terkocoh-kocoh Asher menyalin pakaiannya.Walaupun hantar,penampilan harus nombor satu.Sempat dia mencapai kunci kereta sebelum keluar dari rumah.
"Kau nak pergi mana?" Asher menyoal.Dia mengerling sekilas adiknya yang sedang err-tersengih macam beruk?
"Tolong hantar aku kat tempat ni." Kad itu dihulur ke arah abangnya.Sengihan comel ditayang.
"Kau nak pergi situ?Buat apa?Mengemis?" Mati sengihan Stella saat mendengar ayat tanpa lapik dari abangnya.
"Adalah.Yang penting kau akan suka heee.." Stella memutuskan untuk menikmati pemandangan luar.Panas gila harini.Mungkin sebab aku banyak dosa kut.
"Baju aku cantik tak weh?Tak berkedut kan?" Stella membetulkan slay mini skirt yang dipakainya.Jelas menampakkan paha putih gadis itu.
"Hmm,Seksi sikit." Asher menggaru belakang kepalanya.Bukan sikit dik oi!Banyak!
Ibu bapa mereka sudah tiada jadi tinggallah mereka tiga beradik.Mungkin disebabkan itu adiknya menjadi agak liar.Dia dan Axel pula selalu ada dirumah cuma mereka jarang berborak dengan adik bongsu mereka.Yang selalu hilang adik bongsu mereka je.Susah betul nak tengok budak tu ada di rumah.
Dah berbuih mulut Axel pesan,jangan pakai seksi sangat.Bukan nak dengar perempuan tu.Kuat memberontak.
Beberapa minit di atas jalan raya,kereta itu berhenti jauh sedikit dari syarikat itu atas permintaan Stella sendiri.
"Thankyou.Aku balik sendiri nanti." Sempat pipi abangnya dicium sekilas sebelum dia berjalan mendekati syarikat itu.
Lobby syarikat itu diperhati dengan mata bersinar.Sekali pandang macam jakun.
"Ya?Cik cari siapa?" Salah seorang pekerja disitu menegur apabila terlihat seorang gadis seperti tercari sesuatu.
"Oh hey.You tahu bilik dia kat mana?"Dengan angkuhnya Stella berkata sambil menghulurkan kad yang diberi oleh lelaki muda yang dijumpai di restoran.
KAMU SEDANG MEMBACA
Leo Hailey : Hot Husband √ [ EBOOK ]
Romance❝You dah tak laku ke hmm...?❞ Stella pandang bekas teman lelakinya geram. Dia STELLA HAILEY ROSE Tercabar apabila bekas teman lelakinya mengatakan yang dia tidak laku. ❝Hey! I akan buktikan pada you yang bukan setakat i dapat yang kaya and hands...