Lantai Ungu

6 0 0
                                    

Makan malam di rumah Datuk Bandar kota yang peramah itu disajikan di teres yang menghadap pergunungan yang biasanya diselimuti salju tebal apabila musim sejuk menyapa. Kehadirannya disambut hangat dengan anggur yang ditanam pemilik rumah itu, selain mempunyai sarang lebah, ayam, merpati angsa dan kambing.

Sebelum pulang, anak gadis datuk bandar menghulurkan sesuatu.

"Bunga?" Tanya Deniz pelik setelah melihat dengan jelas objek asing bewarna ungu yang digenggam gadis itu.

"Lavender."

"Lavender?" Sebaris perkataan itu kedengaran asing, namun mengasyikkan.

"Ya, kami sekeluarga baru pulang dari Provence, Perancis atas urusan kerja ayah. Saya tidak pernah melihat tanaman ini di kampung kita, jadi saya bawa pulang."

"Cantik." Puji Deniz yang seakan terpegun, ikhlas. "Bagaimana tumbuhan ini membesar di sana? Macam gandum juga?" Huluran itu disambut. Lembut, wangi dan menenangkan.

"Awak tanam, dan lihatlah sendiri." Putus gadis itu, sengaja membuatkan Deniz tertanya-tanya.

Langkah Deniz terhenti. Di tengah ladang gandum, lelaki itu khusyuk memerhati fizikal unik tumbuhan itu berbekalkan suluhan bintang yang berterabur di dada langit. Tiba-tiba memori lama yang terdaftar di kepala menyapa. Ayah pernah bercerita tentang bunga ini!

"Di Sepanyol, tumbuh sejenis tumbuhan tahunan pada musim panas yang gagah walaupun cantik." Cerita ayah sambil merenung bulan yang bersinar terang dari tingkap.

"Kenapa dia perempuan yang gagah, ayah?"

"Sebab dia mampu hidup mekar di kawasan yang tidak terlalu banyak air dan batu-batu. Tingginya boleh mencecah satu meter. Bentuknya semacam lalang yang semak, tapi di atasnya ada bunga kecil bewarna ungu kebiru-biruan, membuatkan bunga itu istimewa. Dan baunya sangat wangi. Cukup wangi sehingga mampu menidurkan bayi yang meragam."

"Wah, apa nama bunga tu ayah? Ada di Turki?" Mata bundar itu membulat teruja.

"Belum pernah ada, tapi satu masa nanti pasti akan di bawa pulang." Mata itu terpejam rapat.

"Sayangnya, ayah lupa nama dia. Satu hari nanti, ayah akan bawa Deniz tengok bunga tu sendiri."

Malam itu, Deniz tidur dengan senyuman di bibir sepanjang lena lalu bermimpi tentang ladang gandum, bezanya warna keemasan itu bertukar ungu bergemerlapan! Rasa jemu kini hilang.

"Lavender. Nama dia lavender, ayah." Bisik Deniz lembut. Dia akhirnya berasa lengkap.

*

'Berkat yang datang dari si Ungu, Lavender.'

Sejak menanam lavender buat pertama kalinya, musim panas selepas musim bunga adalah musim yang paling di tunggu penduduk kampung. Benih bunga-bunga lavender yang dibeli Deniz dari Itali itu dihadiahkan kepada jiran-jirannya yang juga sahabat ayah lalu di tanam oleh mereka. Pemberiannya itu dibalas dengan pelukan.

Tahun 1980

Kampung Kuyucak sedang bertukar warna, dari merah muda kepada ungu- biru lalu hidup dengan mekar. Jika dulu kampung itu hanya di diami masyarakat setempat, kini wajah-wajah asing yang ceria mengambil gambar dapat di lihat melata. Kebanyakan mereka datang dari Asia dan Eropah. Selain memastikan ladang lavender terjaga, Deniz juga menjadi pemandu pelancong dan jurugambar pra-perkahwinan.

Anak datuk bandar pula membuka kedai kosmetik dan kecantikan bagi membiayai kos rawatan memulihkan kanser yang dihidapinya. Losyen, aromaterapi, minyak wangi, minyak terapi, peralatan mandian, ubat-ubatan sehingga teh yang 100% herba dari lavender tanpa bahan kimia yang berlebihan memenuhi rak kedai dua tingkat itu.

Ekonomi masyarakat setempat juga semakin bertambah baik. Hasil lavender di jual pada harga 15 TL per kilogram, malah dijual ke seluruh kota Turki dan di eksport ke serata dunia. Penduduk kampung seramai 300 orang itu sudah mempunyai ladang lavender sendiri selain mengusahakan 3000 rumah lebah bagi mengeluarkan produk madu lavender.

"Teh lavender awak." Gadis itu meletakkan kotak sederhana besar itu di atas kaunter ketika Deniz datang mengunjunginya petang itu.

"Aya."

"Ya?"

"Terima kasih." Deniz merenung sepasang mata hijau itu lembut. "Untuk segalanya."

Gadis itu tersenyum. "Jangan berterima kasih dengan saya, berterima kasihlah pada Tuhan." Mereka berpaling ke arah pintu masuk apabila loceng berbunyi. Kelihatan pelancong- pelancong dari Malaysia memenuhi ruang kecil kedai itu. Aya tersenyum ramah. "Enjoy your tea, saya nak sambut mereka."

*

"Selamat datang ke Turki! Ada apa yang boleh saya bantu?" Tanya Aya penuh semangat dan mesra.

Deniz menarik nafas dalam-dalam, menghidu bau lavender yang tidak pernah muak, malah membahagiakan.

Dulu, dia pernah menganggap dunia ini tidak adil, tetapi hanya dengan beberapa tahun dipinjam Tuhan yang satu masa lalu minta ditamatkan, Deniz sedar akan hakikat bahawa sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil. Every delay, there is kindness! Lalu, mengapa dia perlu risau dan bersedih? Mulut cawan yang berasap nipis itu di bawa ke bibir dengan mata yang bercahaya terang.

I pray for the day where we will all be able to share our good news with no fear of jealousy and hatred, but only well-wishes, and congratulatory hugs and prayers. But till that day comes, we have to keep on cleaning our hearts and work on our level of gratitude.

Because if we don't, we will never be happy. ~Aida Azlin

THE END

LANTAI UNGU 2021Where stories live. Discover now