بسم الله الرحمن الرحيم
Keliru.
Tiada kata yang mampu kuungkap. Walau sekerat. Walau sepatah.
Hatiku kelam. Hidupku muram. Samar cahaya yang sering menerangi kian malap. Tiada yang dapat bantu aku sekarang. Tiada. Manusia semua sama.
Semua pentingkan diri. Semua saling memerangi. Tiada satu pun yang cuba memahami. Tiada satu pun yang cuba menyayangi.
Suka menuding jari tanpa melihat hati sendiri. Suka ikut kepala sendiri tanpa lihat siapa saksi.
Semua mahu jadi yang terhebat. Mahu mencipta yang paling kuat. Tapi diri sendiri hancur. Tak mencerminkan. Jati diri tidak pernah tetap. Selalu bertukar.
Padahal semua sama. Asal dari tanah. Dan akan kembali ke tanah lagi.
Semua mahu jadi seperti langit. Tinggi. Dan sentiasa tinggi.
Tapi aku, aku mahu jadi bulan. Bulan indah. Bulan cantik. Bulan saksi banyak kisah. Bulan tinggi. Namun masih terang. Seolah merendah diri. Kadang dikaburi tapi tak pernah hilang. Walau sekali.
Bulan punya banyak fasa. Namun tiada satu pun yang menyakiti. Tiada satu pun yang melukai. Semuanya indah. Memberi tenang.
Bulan seolah cat yang menghias kanvas kosong. Waktu malam tiada bintang, bulan masih ada. Tak pernah hilang.
[القمر]
Bulan((بولن merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.
Bulan Moon القمر Luna
;Bulan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Itali;Surah Al-Qamar( سورة القمر) adalah surah ke-54 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, mengandungi 55 ayat.
Dinamakan Al-Qamar yang bererti bulan yang berasal dari kata Al-Qamar yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
اقتربت ساعة وانشق القمر
Ketika dekat hari kiamat, bulan pun terbelah [54:1]
YOU ARE READING
Tulisan Bulan
Randomsedikit pesan dari sang bulan. ditulis sewaktu pudina berusia 13(sakai gila) 'bananani07' di instangram dan tiktok.