بسم الله الرحمن الرحيم
Apa kau tahu isi hati setiap manusia? Jangan cepat bertindak hanya dengan mendengar tutur kata.
Manusia suka cepat menghukum tanpa tahu asal-usul. Padahal dulu mereka lebih buruk.
Manusia suka menuding jari tanpa bukti. Padahal jelas-jelas mereka salah.
Manusia tidak suka diperbetulkan. Mereka hanya mahu menjadi yang paling betul dan sentiasa betul. Padahal mereka sedang berpijak di bumi Tuhan.
Manusia suka lupa diri. Padahal mereka asalnya dari tanah yang dipijak.
Manusia tidak suka memberi manfaat pada satu sama lain. Mereka hanya tahu berbalah dan menikam mulut.
Mereka lupa sebab mereka dicipta. Mereka lupa siapa yang mencipta.
Manusia lebih gemar merosakkan dari memulih. Kerana mereka fikir, mereka paling berkuasa.
Mereka fikir, mereka paling hebat.
Mereka fikir, tiada yang sakit.
Mereka fikir, tiada yang mati.
Manusia memang sombong.
[القمر]
❝ Sirah ❞Dhurah merupakan anak perempuan kepada Abu Lahab dan Ummu Jamil. Bermaksud Dhurah juga sepupu kepada Rasulullah ﷺ .
Setelah Dhurah menginjak dewasa, dia tidak mengikut jejak ibubapanya yang menentang agama Islam dan memusuhi Rasulullah ﷺ . Beliau memasuki agama Islam kemudian berhijrah ke Madinah untuk menuntut ilmu tentang agama Islam lebih dalam.
Ulama Mesir Syeikh Ali Jum'ah mengakui keteguhan Dhurah dalam agama Islam. Walaupun mempunyai ibubapa yang menghina agama Islam dan memusuhi Rasulullah ﷺ, diejek oleh beberapa sahabat yang lain, beliau masih sabar dan berpegang pada agama Islam.
YOU ARE READING
Tulisan Bulan
Randomsedikit pesan dari sang bulan. ditulis sewaktu pudina berusia 13(sakai gila) 'bananani07' di instangram dan tiktok.