14.28

30 4 0
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiada yang biarkan kau sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiada yang biarkan kau sendirian. Hanya kau yang meninggalkan diri kau kesunyian.

Manusia suka fikir mereka yang paling sakit, yang paling jatuh, yang paling penat. Padahal Dia Maha Adil.

Manusia suka putus asa di tengah jalan. Sedangkan garis penamat masih di hadapan.

Mereka sudah lelah diawal. Padahal jalan masih panjang.

Mereka lupa Dia Maha Melihat.

Mereka hanya mengharapkan penghargaan dari manusia. Sedangkan yang Maha Mengasihi itu Dia.

Manusia hanya makhluk. Mereka bukan yang terbaik untuk berikan pujian. Mereka hanya makhluk yang juga penuh harapan.

Bukan kau saja yang tenggelam. Bukan kau saja yang berlawan.

Ada yang sudah mati, ada yang sudah lemas.

Namun kau masih hidup. Masih sihat. Masih kuat.

Kau masih boleh berlawan. Kau masih boleh berperang.

Hanya kau yang pilih untuk jadi lemah dan pengecut.

Hanya kau yang pilih untuk rebah dahulu.

Padahal jalan masih panjang. Garis penamat masih di hadapan.

Kau masih boleh bangun dan berdebat. Kau masih boleh bangun dan mengelak.

Namun kau pilih untuk terus baring dan buntu sedangkan kau masih boleh berfikir.

Jangan terlalu cepat putus asa.

Ujian diberi bukan untuk kau rebah ditengah jalan, ujian diberi untuk kau selesaikan.

Dia Maha Melihat.

Dia lihat segala usaha kau. Dia lihat luka kau.

Dia Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Dia tahu kau boleh. Dia tahu kau mampu.

Jangan terlalu cepat putus asa hanya kerana hilang satu nikmat.

[القمر]

وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّنَ ٱلْأَنۢبَآءِ مَا فِيهِ مُزْدَجَرٌ

Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). [54:4]

 [54:4]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tulisan BulanWhere stories live. Discover now