🦋BAB 11🦋

4.7K 429 55
                                    

Sudah sebulan Emy pergi tinggalkan Daniel. Daniel kini seperti hilang arah. Daniel duduk di atas katil sambil menghadap pemandangan luar.

Gambar Emy dipegang. Senyuman manis Emy digambar tersebut membuatkan dia benar-benar rindu pada Emy.

"Cinta, aku rindu kau." Ujar Daniel.

Ketukan dipintu menarik perhatian Daniel. Terlihat Firaz berdiri di muka pintu.

"Bole aku masuk?" Tanya Firaz.

"Sejak bila kau reti minta izin?" Sindir Daniel. Firaz mencebik.

"Sampai bila kau nak macam ni Niel?" Tanya Firaz. Daniel mengerut dahi.

"Macam mana?" Tanya Daniel. Firaz mengeluh.

"Makan tak nak, kerja tak nak, kalau ade misi pun kau tak nak terlibat." Ujar Firaz. Daniel menunduk.

"Tak mintak banyak. Aku nak Emy je." Kata Daniel.

"Kau tengok muka kau dah sampai nampak tulang pipi. Nasib sixpack ade lagi. Lepas tu misai tak cukur, janggut pun dah tumbuh. Ape ni tak hensem la. Silap-silap kalau Emy balik dia tengok keadaan kau macam ni dia nak ke kat kau? Ntah ntah dia terus pergi kat aku. Yela nampak gaya aku lagi hensem dari kau sekarang ni." Ujar Firaz lalu menyelak rambut ke belakang.

Daniel memandang tajam wajah Firaz.

"Kau kalau masuk setakat nak sakit kan hati aku baik tak payah." Kata Daniel. Firaz tertawa kecil.

Firaz memeluk tubuh Daniel dari tepi.

"Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Aku tak suka tengok kau macam ni. Kalau kau rasa sakit tu,aku pun terasa jugak. Aku tak nak Daniel yang sekarang ni, aku nak Daniel yang happy go lucky." Ujar Firaz. Daniel terdiam.

"Semangat aku dah takde macam dulu." Kata Daniel.

"Kau kan kuat. Aku yakin Emy mesti balik." Pujuk Firaz.

"Kau tak kesian ke kat bonda? Bonda hari-hari fikir pasal kau. Bonda masak lauk favourite kau pun,kau tak turun makan. Tak baik tau kecik hati bonda." Kata Firaz. Daniel tergamam.

"Fikir-fikir la Daniel. Sampai bila nak macam ni. Aku mampu nasihat selebihnya bergantung pada kau. Chaw." Ujar Firaz lalu beredar. Daniel mati kata.
.
.
.
.
.
.
Emy keluar dari bilik mandi,katil dituju. Telefon bimbit dicapai terlihat gambar dia Dan Daniel berada di hadapan.

"I miss you so much. Im sorry." Ujar Emy sambil mengusap gambar tersebut.

"Emy! Lama lagi ke kau nii!" Jerit Nadiah dari luar pintu bilik.

"Ish sabar laa!" Balas Emy. Terus baju dipakai rambut dibetulkan terus dia keluar dari biliknya.

"Haiya,ini makcik banyak lambat siap woo." Ujar Nadiah. Emy menjeling.

"Banyak cakap la kau dah jom." Ujar Emy.

Emy dan Nadiah tiba di lapangan terbang.

"Kau nak buat ape sebenarnye kat sini?" Tanya Emy. Nadiah tersenyum senget.

"Kau ni kenapa la? Cakap laa." Desak Emy. Nadiah tertawa.

"Aku nak ambil abang aku laa. Dia baru balik Itali so aku sebagai adik yang baik lagi kan cantik dan menawan aku kene ambil dia." Kata Nadiah. Emy menjeling.

"Orang tanya nak buat ape je. Bukan tanya kau adik yang macam mana." Ujar Emy. Nadiah membuat muka selamba.

"Nadiah Amirah." Tegur seorang lelaki. Nadiah berpusing menghadap lelaki itu.

"Omg my abang pungut, Nadhir Aariz!" Kata Nadiah dengan teruja lalu memeluk tubuh abangnya.

"Sihat?" Tanya Aariz. Nadiah mengangguk.

FOR LOVE:DANIEL RAQYZ (COMPLETE)Where stories live. Discover now