🌼 BAB 39 🌼

318 13 54
                                    


     SETELAH tamat sesi pengajaran pada petang itu, Adam membuat keputusan untuk berkunjung ke rumah Adreena. Tetapi sebelum itu, dia singgah di sebuah pasaraya untuk membeli buah tangan untuk atuk dan nenek Adreena. Macam bakal menantu tak ada komitmen langsung pula kalau tak bawa buah tangan. Ceh!

Setelah selesai urusan di pasaraya, Adam kembali memandu menuju ke arah perumahan atau lebih tepatnya ke rumah Adreena.

Sesampai di rumah Adreena, Adam memarkir keretanya di bahu jalan. Memandangkan mereka tinggal di perumahan dan jalan perumahan bukan jalan utama, maka jalan di sini tidak sesibuk jalan utama.

Usai selesai memarkir kereta, dia keluar dari perut kereta. Sempat buah tangan yang di belinya di supermarket tadi di seat sebelah di ambil bersama. Kakinya kemudian melangkah menuju ke arah rumah Adreena. Pintu pagar terbuka luas. Mungkin ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah Adreena.

Baru sahaja dia ingin memberi salam, tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang sedang menyiram pokok bunga di tepi dinding yang terkena sinaran matahari dan yang juga menjadi benteng antara rumah-rumah di situ.

Adam mengurung niatnya. Dia kemudiannya perlahan-lahan melangkah menghampiri Adreena. Adreena nampak ralit menyiram pokok bunga tanpa menyedari Adam sudah terpacak di belakangnya beberapa meter.

“Reena.”

Adreena yang sedang ralit menyiram pokok itu berhenti seketika apabila ada suara halus memanggil namanya. Setelah berfikir, mungkin dia salah dengar dan terus sambung menyiram pokok.

“Reena.” Sekali lagi suara halus itu kedengaran. Adreena masih juga buat tidak tahu apabila suara itu kedengaran lagi walaupun dalam hatinya sudah cuak.

“Reena.”  Adreena menelan air liur kelat apabila suara itu kedengaran lagi. Kata orang, kalau nama kita di panggil tiga kali atau lebih, maknanya ada jin sedang perhatikan kita dan panggil nama kita. Mengingat tentang hal itu, bulu roma Adreena naik mencacang.

Nafas di tarik dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya dan mengusir segala anasir negatif yang bermain di fikirannya.

“Reena.” Automatik dia berhenti menyiram pokok, membiarkan air mengalir membasahi tanah. Perlahan-lahan dia berpusing tubuh ke belakang.

“Assalammualaikum, Reena!”

Argh!” Adreena terkejut bukan main apabila tiba-tiba sahaja susuk tubuh seseorang terpacak di belakangnya. Akibat terkejut, secara tidak langsung Adreena menghalakan muncung wayar paip yang panjang itu ke arah susuk tubuh yang berdiri di belakangnya. Matanya terpejam rapat.

“Pergi!”

“Adreena, stop!” Adam melindungi wajahnya menggunakan lengannya kerana pancuran air itu terpancut tepat mukanya.

Adreena yang terkejut itu, masih tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku. Dia berterusan menghala wayar paip itu ke arah Adam sambil menjerit agar Adam yang di sangka hantu itu pergi.

“Adreena!”

“Pergi jauh-jauh!”

Apabila mendengar suara kekecohan, Puan Raina yang duduk bersantai di ruang tamu terus berlari anak ke hadapan rumah. Apabila setiba di muka pintu, dia terkejut bukan main apabila melihat Adreena sedang menghala wayar paip ke arah Adam, manakala Adam sudah basah kuyup di sirami air.

“Adreena! Reena buat apa ni?” Ya Allah, terkejut bukan main dia dibuatnya.

Sebaik sahaja suara ibunya memasuki gegendang telinganya, Adreena membuka kelopak matanya.

C |  DEAR MY CRUSH ✓Where stories live. Discover now