🌼 BAB 17 🌼

214 18 15
                                    

         DUA hari telah berlalu. Hari ini Adreena memutuskan untuk pergi ke universiti.  Sudah lama dia tak masuk universiti. Hampir tiga minggu. Fasal peminat-peminat Adam tu... Lantak lah. Asalkan dia dapat pergi universiti.

“Kenapa aku rasa macam ni?” soal Adreena. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Akhir-akhir ni perasaan sedih kerap datang. Ianya membuatkan Adreena jadi terlalu emosi dan asyik ingin menangis. Tangannya ditekap pada dadanya. Bibirnya mula melantunkan zikir, selawat dan beristighfar. 

“Ya Allah, jauhkanlah rasa sedih ni.  Tenangkan lah hati hamba. Jauhkanlah syaitan-syaitan yang cuba menghasut hamba.” Nafas Adreena dihela perlahan.  Berat terasa dadanya.  Seketika kemudian dia mengerling jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul lapan pagi.

Dia perlu turun sekarang untuk sarapan. Beg galasnya di ambil lalu di galas di atas belakangnya. Fail-fail yang penting yang terletak di atas meja soleknya di ambil lalu dipegang di tangannya. Kakinya di bawa melangkah menuju ke arah pintu bilik.  Dedaun pintu dikuak sebelum dia menapak keluar. Pintu kembali ditutup. Dia melangkah ke arah tangga. Anak tangga dipijak satu per satu.  Dari jauh, kedengaran suara orang berborak. Amboi, rancak.  Pagi-pagi dah rancak.  Ada pasar pagi ke?

“Hai semua, selamat pagi... Encik Adam?” Di akhir kata-katanya, dia berbisik. Kakinya berhenti melangkah.  Suara-suara bercakap dan bising-bising tadi terus lenyap.  Semua perhatian bertumpu kepada Adreena termasuk Adam dan Luthfi.

Eh, hai akak! Selamat pagi!” sapa Ayeena ceria.  Ada Luthfi kan, ceria lah lagi budak tu. Raina dan Daniel hanya tersenyum nipis. Luthfi hanya melambai. Manakala Adam hanya membalas dengan senyuman.  Senyuman manis. Pagi-pagi dah senyum.  Aduhai. Buat sakit jantung.

Kerusi di sebelah Ayeena ditarik sebelum dia melabuhkan duduk di situ. Adreena meletakkan begnya di kerusi sebelahnya. “Reena nak pergi universiti hari ni? Reena dah okey ke, dah sihat?” soal Raina.

“Haah, Reena nak pergi universiti hari ni.  Ibu jangan risau.  Reena pandai jaga diri. Lagipun Reena dah lama tak pergi universiti.  Nanti point Reena kena potong,” balas Adreena.  Dia membuat isyarat mata kepada adiknya, menyuruh adiknya mengambil bekas bihun goreng.

“Ambil lah sendiri.” Adreena tarik muka masam.  Minta tolong sikit pun tak boleh.

“Tolonglah adik. Ambilkan untuk akak,” Ayeena tidak memperdulikan kakaknya.  Bihun di ambil menggunakan garfu lalu disuakan ke dalam mulut. Sedap!

Melihat dua beradik itu, Adam berdehem perlahan dan pendek.  Bekas bihun yang terletak tidak jauh dari jangkauannya di ambil lalu diserahkan kepada Adreena.  Adreena tersentak. Terkelip-kelip matanya memandang Adam.  Tiba-tiba hulur bekas bihun dekat dia. Ayeena memerhati sambil menikmati bihun air tangan ibunya.

Take it. You want this, right?” soal Adam. Bagaikan dikawal, Adreena mengangguk. Perlahan-lahan tangannya mencapai bekas bihun itu lalu diletakkan di sebelah pinggannya.

Thank you,” ujar Adreena perlahan.  Antara dengar atau tidak. Adam tidak membalas, maka dia simpulkan Adam tidak mendengar dia berterima kasih. Ayeena menyiku lengan Adreena.  Adreena menoleh.

“Senyap, jangan cakap apa-apa. Makan sampai habis.  Kata kena pergi sekolah awal hari ni.  Happy lah kan? Tunang hantar.” Nadanya seolah-olah Adreena memerli Ayeena. Namun Ayeena hanya tersenyum. Tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh kakaknya.

“Alah, dengki cakap lah.  Akak pun nak tunang akak hantarkan akak pergi universiti juga, kan? Akak bertunang lah cepat-cepat. Best tau pergi sekolah dengan bakal suami.” Adreena memulas lengan Ayeena.  Terus mengaduh sakit gadis itu dibuatnya.

C |  DEAR MY CRUSH ✓Where stories live. Discover now