Chapter One

9 0 0
                                    

2015

"Najla, mak gerak dululah ya? Esok mak datang balik dengan adik bawa makanan. Kalau tak tau tempat ke apa, tanya kakak-kakak senior itu, okay?" Nia Izzati menitip anak perempuan keduanya yang baru berusia 13 tahun itu ke asrama. Sedikit risau memandangkan anaknya itu, perangainya tidak boleh dibaca. Najla terangguk-angguk sebelum menghantar emak dan abahnya melalui sorotan mata. Najla kemudian masuk ke dalam dorm dan duduk di katilnya.

Dorm yang dia tempati ini bernama dorm Fatimah. Dan sedihnya, hanya dia saja yang berada di tingkatan satu di dalam dorm ini. Kebanyakannya berada di tingkatan tiga dan enam.

Najla pandang sekeliling. Cuba mengenal wajah budak biliknya. Dan pandangannya tertancap pada seorang pelajar yang seperti dia pernah lihat. Tanpa amaran, sedar diperhatikan, pelajar itu terus mengorak langkah menuju ke arahnya. Najla tersentak saat dirinya ditenung lama.

"Kau mesti adik Nelly Najwa kan?"

Najla hanya mengangguk.

"Akak kawan kakak saya ke?"

Langsung tidak menjawab soalan itu, pelajar itu terus saja memperkenalkan dirinya.

"Panggil aku kak Nora. Apa-apa kau cari aku, faham?" Nora terus bercekak pinggang. Sekali lagi, Najla hanya mengangguk faham.

Nora memandang lama Najla dengan pandangan tajam sebelum peegi ke arah lokernya. Najla dapat mendengar Nora berdecit tajam. Terasa hati kecil Najla. Dirinya seperti tidak disambut pula.

Melihat orang sekeliling sedang sibuk mengemas dan berbual sesama sendiri, Najla pun berbaring. Emaknya sudahpun menolong mengemas barangannya di dalam loker.

Sementara menunggu waktu makan malam pada pukul 1830 nanti, lebih baik dia tidur sekejap daripada tak buat apa-apa.




"BAIK, sekarang cikgu nak tingkatan satu berbaris paling kiri kemudian diikuti dengan form lain. Cepat kita habis roll call, cepatlah kita tidur" warden mereka, cikgu Yuli, tegas memberi arahan.

Pelajar asrama termasuk Najla pun pantas mangatur langkah memasuki barisan masing-masing. Najla yang berdiri paling belakang, mengintai ke hadapan. Hanya tiga orang saja tingkatan satu yang ada termasuk dirinya. Najla pula hanya kenal seorang saja iaitu Siti, memandangkan mereka satu sekolah rendah. Itupun hanya kenal gitu-gitu je. Najla bukan bercakap sangat dengan orang.

Setelah dua orang rakan setingkatan dengannya memperkenalkan diri, Najla pula bangun. Najla yang berada di hadapan orang ramai sudah gelabah. Cikgu Yuli yang perasan akan keadaan itu terus merangkul mesra bahu Najla.

"Okay, mula-mula perkenalkan diri dan beritahu sekolah mana dulu. Lepas itu, sebab awak masuk asrama, boleh?" bisik cikgu Yuli. Najla angguk. Dia tarik nafas dalam.

"Assalamualaikum. Nama saya Nur Najla Aisyah binti Roslan. Dulu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang. Emm, saya masuk asrama sebab mak saya suruh" polos saja Najla bersuara.

"Hahaha, mak awak suruh? Kita samalah" seorang pelajar dari barisan tingkatan tiga bersuara.

Mendengarkan itu, Najla terus tunduk malu. Cikgu Yuli sudah senyum-senyum.

"Alah, baguslah itu mak suruh. Boleh belajar takde orang kacau. Bagus Najla. Boleh duduk balik"

Najla angguk. Belum sempat Najla melangkah, cikgu Yuli tiba-tiba menahannya. Terheran-heran Najla dibuatnya.

"Sekejap. Macam ada iras je. Awak ini adik Nelly Najwa ke?" nada suara cikgu Yuli kedengaran teruja.

Najla hanya mengangguk, mengiyakan hal itu. Dalam hati, Najla tertanya-tanya akan figura kakaknya itu. 'Famous juga kakak dekat sekolah ini '

Cikgu Yuli terus saja cubit lembut pipi Najla. Najla dalam keadaan yang masih blur itu pun terus duduk.

Kakaknya anak murid kesayangan, mungkin?

Tamat saja roll call, kakak-kakak tingkatan enam yang duduk berhadapan dengan katilnya, terus menyapa Najla. Najla yang tidak biasa bergaul dengan ramai manusia, terus menjadi kekok.

"Najla, kalau awak tak tahu nak buat apa ke semua an, awak cari aje kakak-kakak awak ini semua. Insya-Allah, kitaorang boleh tolong. Mana yang bolehlah"

Najla mengangguk faham saja mendengar kata Linda. Najla jeling katil sebelah. Nora tiada di tempatnya. Mungkin pergi ke dorm lain, berbual dengan kawan dia.

Najla hela nafas sebaik saja kakak-kakak senior itu kembali ke katil mereka. Tubuhnya dibaringkan. Pandangannya tertancap pada papan kayu yang berada di atasnya. Katil itu double-decker dan dia duduk di katil bawah.

Najla pejam mata. Najla harap hidupnya di asrama, baik-baik sajalah.

She that he never noticeWhere stories live. Discover now