Chapter Two

1 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



HARI SUDAH memasuki hari keempat bagi minggu orientasi. Najla masih rasa susah nak bergaul dengan pelajar lain. Nasibnya, dia sudah ada kawan daripada asrama. Anis namanya. Gadis itu masuk dua hari selepas kemasukan pelajar. Najla ditegur dahulu dan tanpa sedar, mereka menjadi rapat. Di asrama dia di sekolah, acap kali mereka bersama walau baru kenal. Anis seorang tomboy tapi Najla tak kisah. Asal dia berteman.

"Najla, jomlah pergi kentin. Dah masuk waktu rehat dah ini"

Najla pandang ke arah Anis yang berdiri di hadapannya. Pandangannya juga tertancap pada sekumpulan pelajar perempuan yang berdiri di depan kawasan kantin. Najla terus rasa rendah.

Anis memang cepat buat kawan.

"Tak apalah. Awak pergilah ajelah dengan dorang. Mak saya ada hantar bekal" Najla menolak. Dia berkata benar. Pagi tadi, Nelly menyerahkan bekal makanan kepada dirinya. Katanya emak mereka suruh jimat duit.

"Kalau macam itu, tak apalah. Duduk sini aje tau? Jangan pergi mana-mana"

Najla tersenyum seraya mengangguk. Lihat saja Anis sudah pergi, dia buka bekalnya. Tersenyum Najla melihat isi bekal adalah nasi kerabu kegemarannya. Sambil makan, dia perhatikan sekeliling kawasan Dewan Terbuka. Mereka belum diberi kelas lagi, jadi mereka duduk sementara di Dewan Terbuka.

Sekilas, mata Najla tertancap pada seorang pelajar lelaki yang duduk di atas pentas dalam keadaan yang dikelilingi para cikgu. Najla kemudian melihat seorang cikgu lelaki meletakkan tangannya di atas bahu pelajar lelaki tersebut.

'Anak cikgu, mungkin?' fikir Najla. Dia kemudian menghiraukan pemandangan itu dan pandang ke arah lain.

Tamat saja waktu rehat, pelajar tingkatan satu pun dipindahkan oleh guru ke kelas sementara.Syukur habis Najla bila Anis juga ditempatkan di kelas yang sama.

"Anak Cikgu Afif dekat sebelah je weh!" secara tiba-tiba, Zulaikha, kawan Anis, datang dalam keadaan tergesa-gesa lalu menepuk meja Najla. Najla, Anis dan dua orang pelajar perempuan lain yang sedang lepak di meja Najla serentak memandang ke arah Zulaikha yang sudah berpeluh-peluh. Tudung Zulaikha juga agak senget.

"Anak Cikgu Afif? Siapa Cikgu Afif? Siapa anak dia?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Anis. Dahinya juga sudah berkerut habis.Dia dahlah asal Kuala Lumpur, manalah dia kenal cikgu-cikgu yang terkenal dekat negeri sini.

Najla pun angguk. Dia yang tinggal situ sejak lahir pun tak kenal masalahnya. Zulaikha tarik nafas bertenang, Dia kibas-kibas tudungnya untuk buang panas.

"Alah, kan ada cikgu lelaki pakai spec bulat yang selalu duduk tepi dewan jaga kita time cikgu lain tak ada itu" Zulaikha pandang kiri kana cari kerusi kosong. Dapat saja, dia terus tarik kerusi entah siapa-siapa lalu duduk di tepi meja Najla. Meja satu, yang duduknya lima orang.

Mendengarkan itu, Najla terus teringat dengan budak lelaki yang duduk di atas pentas pada waktu rehat tadi.

"Oh, anak dia yang muka banyak jerawat itu ke?" Anis sememangnya tidak sayang mulut.

"Banyak jerawat tapi handsome apa?" Asma yang duduk di sebelah Najla terus saja berpeluk tubuh dengan muka tak puas hati. Anis hanya menjongket-jongketkan bahunya sambil buat muka tak tahu.

"Dah, apa pasalnya dengan anak Cikgu Afif itu?" soal Anis. 'Curiousity kills the cat they say.'

"Tak adalah tapi dia memang famous habislah time sekolah rendah dulu. Dahlah pandai, straight A UPSR. Lepas itu, kalau boleh semua ketua kelab dengan sukan dia nak ambil" berkilau-kilau mata Zulaikha bercerita. Angguk-angguk Asma tanda bangga.

"Bapak dia cikgu memanglah. Kan, Najla?"

Najla pun anggukkan saja cakap anis itu. Dulu dia sekolah rendah pun ada saja yang macam itu. Dapat jadi pengawas dan sebagainya sebab anak cikgu atau rapat dengan cikgu. Tapi dia malas nak ambil tahu memandangkan dia pun suka hidup tertutup.

"Budak beg purple itu. Nama kau apa?" entah dari mana, seorang budak lelaki muncul. Dia tarik kerusi lalu duduk di sebelah Najla. Najla yang tidak senang terus mengesot merapati Asma. Zulaikha dan Bainun, yang duduk di sebelah Aina, terus tunjuk muka tak suka.

"Kau buat apa sini Deris? Sibuknya lah!" Zulaikha tinggikan sedikit suaranya, cuba menghalau budak lelaki itu.

"Senyaplah kau!" budak itu kemudian berkalih ke arah Najla. "Aku Idris, panggil Deris. Nama kau apa?"

Najla senyap. Tanpa membalas pertanyaan Idris, Najla terus memusingkan tubuhnya ke arah Asma dengan wajah takut-takut. Dia dahlah takut dengan budak lelaki. Bainun yang melihat terus naik angin. Anis dah blur  tak tahu nak buat apa. Asma pula genggam erat tangan Najla dengan wajah risau.

Dahlah tak kenal, tiba-tiba kena terjah selamba macam itu.

"Berambuslah sanalah kau Deris. Ish! Serabutlah aku tengok muka kau" Bainun dah marah-marah.

"Tau tak apa. Kau pondan ke nak lepak dengan perempuan?" tiba-tiba di tingkap tempat mereka, ada seorang budak lelaki berdiri. Semua melihat ke arah tingkap. 

"Ha Aqil, baguslah kau ada sini. Kau ajak dia ini, serabutlah aku" Bainun tanpa selindung terus meminta tolong. Kesian dia pada Najla, takut macam itu. 

"Deris, jomlah ikut aku sekali, tolong cikgu" ajak Aqil cara baik tapi Idris pula yang rupa nak amuk. Tanpa soal. dia bangun lalu terus keluar dari kelas itu. Entah pergi ke mana.

"Nasib kau ada weh. Perangai dahlah gitu" kutuk Zulaikha pula.

"Apa-apa nak minta tolong, cakap je dekat aku. Dah aku gerak dulu" 

Pergi saja Aqil, Zulaikha naik kecoh. Riuh betul dia mengamuk pasal Idris yang kacau Najla.

"Itulah anak Cikgu Afif itu. Handsome kan?" senyum-senyum Asma. Anis dah buat muka sememeh. Bainun biasa saja memandangkan mereka berjiran lama. 

Najla?

Entah tapi dia rasa something yang dia tak faham.





Maaf kalau jalan cerita tak kemas dan kucar-kacir. Saya masih belajar menulis. Terima kasih sebab singgah baca cerita mengarut ini.

-Hanira


She that he never noticeWhere stories live. Discover now