Chapter Three

2 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"NAJLA, kau dah siap kerja math ke?" Nurul tarik kerusi ke tepi meja Najla. Buku tulis matematiknya diletakkan ke atas meja, sedikit bertindih dengan buku matematik Najla.

"Tak lagi. Ya Allah, susahnya..." Najla letak sisi kepala kanannya ke atas meja. Wajahnya murung. Kalau subjek lain, bolehlah dia excel. Tapi kalau matematik, harap maklumlah. Dari sekolah rendah, tak pernah tak gagal. Najla memang benci betul bab kira-kira ini.

"Tanya Dina nak?"

Najla menegakkan tubuhnya lalu melihat ke arah tempat Dina. Meja ketua kelas itu sudah dikerumuni budak kelas. Najla keluh perlahan.

Tadi waktu cikgu tanya faham ke tidak, Najla seorang je yang beria minta diulang. Semua angguk je cakap faham. Sekali, semua serbu Dina yang duduk di belakang. Memandangkan Dina memang otak cepat tangkap.

"Jomlah. Nak pecah kepala saya dari tadi tak dapat jawapan tepat" Najla bangun. Nurul dah tergelak kecil.

Sampai di meja Dina, Najla lihat Anis berdiri di belakang kerumunan. Terangguk-angguk kepala Anis dengar penjelasan dari Dina. Najla menghampiri Anis dan terus mencuit lengan gadis itu. Anis toleh ke arah Najla dengan muka sememeh.Matanya kuyu. Anis nampak struggle betul nak celikkan matanya.

"Faham tak?"

"Faham itu faham tapi aku mengantuklah. Cikgu Saba itu ajar dahlah tak faham satu habuk. Dia ulang dua kali pun tak faham. Lepas itu kena ulang pula dengan Dina. Mengantuk dowh" bebel Anis dengan muka frustration dia. Najla gelak mengekek.

"Sabar Anis. Sekejap lagi Sejarah pula"

Anis terus saja merungut tak suka. Stress betul budak itu. Najla hanya mampu tepuk-tepuk je belakang Anis, memberi semangat.

"Weh korang, Cikgu Nordin kata kelas kita nanti gabung dengan kelas sebelah. Cikgu dorang kena conduct tournament pentanque dekat Chini" entah dari mana, Asma muncul disebelah Najla. Mendengarkan itu, Najla terus rasa semacam. Kelas sebelah yakin ada Aqil.

Kebelakangan ini, Najla tak suka betul bila lalu depan kelas sebelah atau tiap kali bertembung dengan Aqil. Geng Aqil itu pula jenis suka berkumpul dekat pondok depan kelas mereka. Dia bukan rasa tak selesa tapi perasaannya itu seakan ke arah itu.

"Seriuslah. Aduh, dahlah kelas kita ini sempit, panas pula itu. Lepas itu gabung" Zulaikha dah melepet di bahu Najla. Najla angguk setuju.

"Tak adalah gabung sekelas betul. Cikgu Nordin kata stay je kelas masing-masing. Nanti dia ulang-alik aje tengok" Asma kibas-kibas tudungnya. Panas!

"Confirm bagi nota takpun kita kena salin sepuluh muka surat. Haih, bilalah nak habis sekolah" habis berkata begitu, Anis terus pergi ke meja tengah yang berada dia depan. Dia rembat aje meja siapa-siapa. Dia nak tidur bawah kipas sebelum waktu matematik habis.

"Aku rasa kita buat kerja sendiri kot? Aku tengok Cikgu Nordin relax je" yakin sungguh Asma memandangkan kelas sebelum ini juga begitu.

Dan malangnya, prediction Anis benar-benar berlaku. Semua muka pelajar di dalam kelas itu terus berubah sunggul. 

"Salin nota dalam buku A+ Bestari, dari muka surat 50 sampai 65. Nak tulis dalam setiap baris boleh. Nak buat peta minda atau point pun boleh" Cikgu Nordin tengok jam di pergelangan tangannya. "Cikgu nak pergi makan kejap. Habis kelas, make sure dah siap and kumpul semua buku, tak ada yang tinggal. Irdina, nanti hantar dekat meja saya"

Dina angguk faham. Selepas saja Cikgu Nordin keluar, kelas bertukar riuh-rendah. Anis yang sememangnya sudah recharge tenaga dia, dengan semangat berkobar-kobar, terus buka buku dan menulis.

"Sumpah weh Anis. Mulut kau memang masin" Zulaikha malas-malas menulis.

"Bukan mulut masin tapi Cikgu Nordin itu, aku memang dah boleh agak. Ingat tak, first kelas kita dengan dia itu, dia cakap Sejarah ini kena banyak baca je. Sebab itu kelas-kelas dia yang lepas, dia suruh baca je"

Najla yang duduk di sebelah Anis hanya terangguk-angguk.Mulutnya sibuk kepat gula-gula guava. Tak nak tertidur punya pasal. Dia dahlah kuat tidur.

Kelas Najla yang tadinya bising, terus jadi senyap-sunyi. Semua fokus menyalin. Kalau cakap pun, cuma nak pinjam correction tape. Najla yang sesekali pandang sekeliling, boleh nampak correction tape milik Nurin, bergerak mengelilingi satu kelas dan sempat singgah ke meja kumpulannya.

"Kelas sebelah itu, salin nota pun still nak huhahuha ke?" Bainun mencebik. Dia merubah posisi tangannya yang menindih buku kepada menongkat pipi. Semua yang berada di meja itu, hanya mengangkat bahu.

"Assalamualaikum"

Pandangan satu kelas tertumpu pada pintu hadapan kelas. Kelihatan figura lelaki berdiri di situ dengan keadaannya yang memegang buku dan bekas pensel.

"Waalaikumussalam. Kau dah kenapa datang sini Aqil?" Zulaikha menegur. Meja kumpulan Najla yang terdiri daripada Anis, Bainun, Zulaikha dan Najla sendiri memang berada di tepi pintu hadapan. Najla pula betul-betul duduk di tepi pintu.

"Aku tumpang kelas ini boleh tak? Kelas aku bisinglah" pinta Aqil.

"Tumpang ajelah. Tak ada masalah pun" laung Dina dari belakang. Tanpa bertangguh, Aqil letak buku and bekas penselnya ke atas meja di antara meja Najla dan Zulaikha. Dia kemudian heret kerusi lebih di hadapan kelas lalu duduk situ.

"Lah...duduklah meja budak lelaki. Belakang sana" tegur Bainun sambil mengerakkan kepalanya, menunjuk ke arah belakang.

"Aku malas nak gerak jauh-jauh. Lepas siap, aku pergilah" Aqil melabuhkan punggungnya. Dia kemudian pandang ke arah Najla yang sedang tekun menulis. Najla yang sedar dirinya ditenung, terus angkat kepala. Mata Aqil dan Najla bertembung.

"K-kenapa?" soal Najla hairan dan sedikit kekok. Apalah tenung anak dara orang macam itu?

"Kalau Idris kacau awak lagi, roger saya tau" selamba berkata begitu, Aqil buka buku tulisnya.

Dang!

Walaupun Aqil tidak melihat, Najla tetap mengangguk.

"Ceit!" Bainun berbunyi. Kedengaran juga dia menahan gelak. Najla tidak hiraukan hal itu tapi hati dan perasaannya mulai jadi tidak keruan. Ini kali pertama, ada budak lelaki yang concern akan dirinya.

Masa Sejarah pun berlalu dan Aqil kembali ke kelasnya. Najla pula asyik termenung, bingung. Najla bukan bodoh. Sepanjang kelas Sejarah, tangannya ligat bergerak seiiring otaknya. Sekarang Najla tahu dia suka Aqil.

Tapi...dia suka seseorang? Di tahun pertama sekolah menengah?

Kalau Najla beritahu Nelly tentang hal ini, pasti kakaknya itu gelakkan dia. Najla ini boleh kira kayu juga dan tidak tahu apa-apa mengenai hal cinta dan seangkatan dengannya. Dia tengok drama pukul tujuh juga tapi dia tak boleh hadam. Di dalam otaknya hanyalah belajar dan belajar. Dan sekarang dia suka seseorang.

Najla ada prediction yang masa lima tahun dia di sekolah ini akan jadi huru-hara.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She that he never noticeWhere stories live. Discover now