Bab ٣

7.9K 398 7
                                    

Situasi yang tegang, Khalili berusaha berfikir cara untuk dia melarikan diri daripada bapanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Situasi yang tegang, Khalili berusaha berfikir cara untuk dia melarikan diri daripada bapanya. Seorang bapa mahu menyentuh bahkan menyetubuhi anak perempuannya. Mana mungkin Khalili sanggup! Jeritan demi jeritan sudah dilakukan tapi tiada bantuan yang datang. Pukul satu pagi, siapa sahaja yang terjaga hanya hal rumah tangga orang lain.

Ketika tangan bapanya mahu masuk ke dalam bajunya, "argh!" Khalili menjerit sekuat hati lalu mengepal tangannya dan memukul alat peribadi bapanya

"Argh, anak tak guna!" jerit encik Khalid sambil mengerang kesakitan. Kesempatan yang ada membuatkan Khalili menolak bapanya sehingga jatuh lalu melarikan diri. Tak lupa blazer hitam yang tersangkut pada paku sebelah tingkap diambil sebelum dia berlari keluar dari rumahnya.

"Ibu..." panggil Khalili sambil teresak-esak menangis.

"Maafkan Lili, Ibu..." ujarnya kerana merasa bersalah. Khalili melarikan diri tanpa memandang ke belakang lagi. Dia sudah tidak tahan tinggal di rumah itu membuatkan dia bertekad melarikan diri daripada bapanya yang bersikap mengalahkan binatang.

Jauh Khalili berlari sehingga keluar dari kawasan perumahan tempat dia tinggal kerana takut dikejar bapanya.

Langkah semakin lemah ketika tubuh kembali panas dan Khalili dalam keadaan tak berkasut membuatkan dia berjalan lebih perlahan dengan wajah berkerut menahan sakit pada kakinya. Blazer hitam dipeluk erat, bau harum maskulin pemilik pakaian tersebut membuatkan Khalili teringat kepada lelaki itu.

"Boleh ke saya berharap untuk tuan datang selamatkan saya?" bisik hati Khalili menyimpan harapan.

Air mata tidak berhenti mengalir keluar. Dia terkenang wajah ibu di rumah tapi hati sudah terlanjur sakit teringat si bapa yang cuba meragut kesucian dirinya padahal dia lahir dari darah lelaki itu. Entah sejak bila bapanya berubah menjadi sekeji itu sehingga sanggup mahu menyentuh anak gadisnya sendiri.

"Ibu," panggil Khalili. Pandangan gadis itu menjadi kabur, rasa sakit tiba-tiba naik ke kepala membuatkan gadis itu memicit pelipis dahinya.

Pin!!! Tanpa Khalili sedar dia sudah berada di tengah jalan.

Pin!!! Tanpa Khalili sedar dia sudah berada di tengah jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Fleur de BehzadWhere stories live. Discover now