Behzad mendekati Khalili yang sudah berkeringat sambil mengingau. Hujung kaki yang berlapik comforter disentuh, Behzad mengejut Khalili mahu membangunkan gadis itu dari mimpi buruk. "Lili. Khalili."
"A-ayah," ujar Khalili meskipun dalam mimpi tapi air mata gadis itu jatuh secara nyata.
"Wei, bangunlah." Behzad kembali menyentuh hujung kaki Khalili lalu mengoyang pelan tapi Khalili malah meronta-ronta sambil menyebut nama bapanya. Behzad dengan sikap tidak sabar membuatkan dia merasa sakit hati melihat gadis itu tak kunjung bangun.
"Budak ni, kenapa susah sangat nak bangun?" gumam Behzad kesal.
Khalili kembali digoyang tapi lebih kuat, "wei, bangunlah! Kau mimpi, Khalili."
"Argh. A-ayah." Khalili terjaga, dia terus menarik kakinya merapat ke dada agar menjauhi daripada Behzad yang berada di hujung kakinya. Dia menggigil ketakutan menatap Behzad dengan wajah yang basah dengan air mata. Behzad sudah terlihat seperti hantu di mana Khalili. Tidak, lebih tepat seperti encik Khalid.
"L-lili minta maaf, a-ayah. L-lili tahu, Lili salah." Ucapan gadis itu tersekat-sekat. Behzad picit pelipis dahi ketika lagi-lagi dirinya dianggap sebagai bapa gadis itu.
"Aku bukan bapa kau, Khalili." Behzad membetulkan salah faham.
Khalili menggeleng, "a-ayah. Tolong ayah... Lili merayu dekat ayah."
Behzad mendekati Khalili lalu memegang kedua bahu gadis itu, "bapa kau takde dekat sini! Tolong sedarlah, Khalili!" Jerkahnya sambil menggoncang bahu gadis itu.
"Argh!" jerit Khalili sambil meronta-ronta. Sentuhan Behzad membuatkan gadis itu merasakan kembali sentuh yang menjijikan daripada bapanya. Gadis itu terus bertindak menyepak bawahan Behzad membuatkan lelaki itu pula mengerang kesakitan.
"Sakitlah!" meringis Behzad sambil memegang alat peribadinya.
Peluang dan celah yang ada membuatkan Khalili bertindak melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya.
"Woi! Woi! Kau nak pergi mana?" soal Behzad. Dia terpaksa mengabaikan rasa sakitnya kerana jika tidak, Khalili akan lari lebih jauh lagi. Behzad menarik tangan Khalili sebelum gadis itu keluar dari rumahnya.
"Lepaskan! Lepaslah!" Khalili menarik tangannya dengan kasar agar terlepas dari genggaman Behzad.
"MARSYA KHALILI!" jerit Behzad. Dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi membuatkan dia menjerit memanggil nama penuh gadis itu. Behzad mencengkam pipi Khalili kasar, tak semena tangan Khalili naik menampar wajah Behzad membuatkan lelaki itu tercegang.
Khalili angkat kepala menatap Behzad, dia juga tampak terkejut dengan tindakannya sendiri.
"Tu-tuan," panggil Khalili ketika kesedarannya kembali. Sontak Khalili menyentuh pipi Behzad tapi pantas ditepis oleh lelaki itu. Sakitnya tidak terlalu terasa, hanya Behzad merasa sakit hati kerana dia terpaksa melayan semua karenah Khalili yang dianggap menyusahkan dirinya.
YOU ARE READING
Fleur de Behzad
Romance"Kau okey? Bangun dulu. Aku tolong kau." Awal pertemuan yang mengejutkan, Marsya Khalili tidak menyangka akan ada wujud malaikat yang membantu dirinya ketika orang lain buat tidak peduli ketika dirinya dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya. Marsya Khal...