Bab ٦

7.2K 417 22
                                    

Khalili terjaga dari tidurnya kerana terganggu dengan suara pergaduhan di bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khalili terjaga dari tidurnya kerana terganggu dengan suara pergaduhan di bawah. Pintu bilik tersebut tidak ditutup rapat membuatkan dia dapat mendengarkan suara lantang para lelaki. Kakinya ditarik merapat lalu membenamkan wajahnya pada kedua lutut sambil mencuri dengar perbualan mereka.

Samar-samar dia mendengar sehingga ucapan Wahid membuat Khalili terkejut.

"Lagi pun, budak tu memang tak boleh ada dekat sini. Kita kena hantar dia balik ke rumah keluarga dia semula." Air matanya tanpa apa-apa, gugur dengan sendiri.

Dia menggeleng, "tak. Saya tak nak."

"Tak boleh. Tak boleh balik rumah," gumam Khalili lagi. Dia ketakutan.

Gadis itu tutup telinga sambil memejamkan matanya takut ketika mendengarkan suara keras milik Behzad dan Haiyan seperti lembaran bom di medan perang membicarakan tentang dirinya. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya yang tidak putus-putus ditimpa kemalangan. Mungkin sudah takdir hidup menjadi gadis malang tapi dia juga tidak mahu terus hidup begitu.

"Aku nak naik atas, nak tengok keadaan budak tu." Dengar sahaja suara Wahid mahu naik ke bilik. Khalili terus berlari ke arah bucu bilik dan menyorok di belakang pintu.

"Dik, abang izin masuk kejap boleh?" Khalili tutup mulut dan hidungnya sambil menahan nafas agar esakannya tidak didengari oleh Wahid.

"Dik? Abang masuk boleh ke?" Suara Wahid yang masih di luar membuatkan Khalili masih berusaha menahan dirinya. Kakinya dirapatkan ke tubuh ketika pintu bilik tersebut perlahan dibuka oleh Wahid. Khalili menatap penuh ketakutan sambil berhati-hati agar tidak ketahuan sedang bersembunyi.

Khalili perhati setiap tindakan Wahid sehingga dia melihat lelaki itu berdiri di balkoni sambil menjenguk ke bawah.

"Zad! Budak tu dah takde!" jerit Wahid memberitahu Behzad membuatkan bahu Khalili terhincut kerana terkejut. Khalili bingung. Dia tidak tahu bagaimana mahu melarikan diri dari pandangan Wahid. Dia tidak berniat menipu tapi dia belum bersedia untuk bertemu para jejaka kerana takut dia akan dihantar pulang.

Pintu ditolak kasar sehingga terbentur pada kaki Khalili. Dia menggigit bibirnya agar tidak menjerit dan berusaha menahan rasa sakit.

"Wahid! Mana budak tu?" soal Haiyan panik. Dia yang sedang panik membuatkan Haiyan tidak peka dengan persekitarannya. Dia melihat persekitaran, memang gadis itu tidak ada dalam jangkauan pandangannya. Kosong. Bilik itu seperti tiada penghuni.

Wahid menoleh ke arah Haiyan, "aku tak-"

Khalili menggeleng ketika akhirnya Wahid menangkap dirinya.

"Tak apa?" soal Haiyan ketika Wahid tidak menghabiskan ucapannya.

"Takde apa. Cuba kau cari dekat bawah," ujar Wahid membuatkan Haiyan mengangguk dan berlalu pergi. Wahid tutup pintu bilik tersebut lalu berjalan ke arah sofa dan berlabuh di sana. Dia menatap ke arah Khalili yang masih meringkuk di bucu bilik.

Fleur de BehzadWhere stories live. Discover now