BAB 1

74 1 0
                                    

Bipppp........

Menandakan ada satu pesanan ringkas baru sahaja masuk di telefon Diana.

Diana yang sedang melipat kain, segera mencapai telefonnya lalu membuka pesanan ringkas itu.

" Hi...  "

Diana melihat nama yang mengirim pesanan itu.

" Zackri.. " sebut Diana perlahan. " Siapa pula mamat ni. " gumam Diana lagi. Diana hanya baca pesanan itu lalu meletakkan kembali telefonnye tanpa ada rasa niat untuk membalas pesanan ringkas tadi.

Diana menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

*******************************************
3bulan kemudian

Lima minit setelah masuknya waktu azan asar pada petang itu, perginya seorang atuk yang sudah Diana anggap seperti ayah sendiri.

Jasad yang sudah kaku di atas katil ditatap dengan pelbagai perasaan. Airmata mengalir tanpa suara.

" Atuk dah tak ada long... " ucap Raisya, adik kepada Diana lalu memeluk Diana erat sambil menangis teresak esak. Diana hanya kaku tanpa bersuara.

Dia masih tak percaya yang atuknya telah tiada. Allahu Akhbar atuk. Sebak mula dirasa kembali. Terlalu cepat pemergianmu atuk.

Belum puas lagi rasanya bergurau senda dengan atuk. Layan kerenah atuk yang ke anak anakkan itu. Sumpah Diana rindu.

********************************************
Seminggu berlalu

Malam itu selesai semua kerja rumah, Diana masuk ke dalam bilik untuk menjenguk puterinya yang sedang tidur. Melihat puterinya sedang nyenyak tidur, Diana berbaring di atas kerusi diruang tamu rumahnya.

Telefon dicapai lalu Diana membuka sebuah aplikasi. Niatnya untuk membaca beberapa cerita di aplikasi itu tapi jarinya laju menekan tombol "inbox".

Tertera beberapa pesanan ringkas yang dibiarkan begitu saja tanpa balasan.

Dalam banyak banyak pesanan ringkas disitu, hatinya hanya tertarik pada satu nama sahaja.

Pesanan ringkas itu dibalas.

" Hi. "

Tanpa sedar Diana gelak sendiri. Yela, dah 3bulan lepas pesanan itu dikirim. Baru sekarang dia membalasnya.

Diana keluar dari aplikasi itu, lalu aplikasi tiktok dibuka. Diana melihat satu persatu video yang lalu di skrin telefon bimbitnya.

Sepuluh minit kemudian, ada pesanan ringkas masuk. Melihat nama itu naik, hati Diana tiba tiba berdebar. Entah kenapa. Diana buka pesanan itu.

" Hi. Siapa ni ya? "

Diana tergelak. Apa lah mamat ni. Dia yang hantar pesanan. Dia pula tanya kita siapa. Laju je jari jemari Diana membalas.

" I orang yang u pernah chat 3bulan lepas. Hahaaha. "

Butang hantar ditekan. Diana kembali membuka aplikasi tiktok. Tak sampai 5saat, masuk lagi pesanan ringkas dari lelaki itu.

BUKAN MILIKKUWhere stories live. Discover now