BAB 2

54 1 0
                                    

Allah.!!!

Diana bingkas bangun dari tidur nya dengan panik. Dia membuka telefonnya. Jam sudah menunjukkan 6.30pagi. Bermakna waktu sahur telahpun habis.

"Bang. Ya Allah bang. Saya terlajak sahur ni. Aduii. Macam mana ni." Diana cuba mengejutkan suaminya, Heykal.

Heykal menepis kuat tangan Diana lalu mendengus kuat. Kelihatan Heykal marah. Diana dah tak sedap hati.

Dia tahu salah dia. Terlajak tidur sampai terlepas sahur. Tapi dia tak sengaja. Kalau boleh dia pun taknak terlajak sahur pada hari pertama puasa.

Selesai solat subuh, dengan hati yang berat, Diana kembali sambung tidur. Dalam hatinya berbicara. "Apa nak jadi, jadi la. Orang bersalah kan. Memang patut kena marah pun." Diana bermonolog sendiri.

********************************************

Bermula la puasa pertama tanpa sahur. Diana memulakan rutin hariannya seperti biasa. Kemas rumah. Kemas dapur. Selesai semua tu baru mandikan anak dan suap anak makan.

Walaupun puasa, perut anak tetap perlu diisi. Sebungkus maggi ayam dicapai lalu dimasak.

Waktu itu, Heykal sudah bangun dari tidur. Wajahnya masam mencuka. Tak bercakap sepatah kata pun. Diana tahu salah dia, jadi dia buat keputusan untuk berdiam sahaja. Taknak curahkan minyak ke api.

Kedengaran maki hamun dari mulut Heykal ketika bermain Mobile Lagend. "Puasa apa macam tu, baik tak payah puasa." Ngomel Diana perlahan dengan perangai Heykal.

Selesai memasak maggi, Diana memanggil anaknya untuk disuap makan. Ketika sedang menyuap makanan, tiba tiba Heykal bangun lalu terajang di belakang badannya.

Natasha tak terkejut. Itu adalah perkara biasa bagi dirinya. Mesti nak marah pasal tak kejut sahur pagi tadi.

Elisha terkejut melihat kejadian tadi. Yelah, apa yang budak umur 4tahun tahu. Lagi lagi lihat ayah sendiri buat kat maknya begitu.

"Isha, makan ni ibu suap. Jangan peduli kan tadi ya sayang." Pujuk Diana. Sebolehnya dia taknak anaknya melihat perkara seperti tadi. Tapi apakan daya. Suami sendiri tak reti bahasa.

Masih tak puas hati, Heykal kembali keluar dari bilik. Dia mendengus kuat lalu mencengkam rambut Diana kuat dari belakang.

"Aduh, sakit bang.." rayu Diana. Pinggan maggi diletakkan di lantai.

"Aku sakit hati dengan kau ni.!!! Kau faham tak bodoh.!!" Jerit Heykal.

Diana menangis.

Heykal menarik rambut Diana lalu mengheret Diana hingga ke dapur rumah. Muka Diana di tampar berkali kali.

Sakit.! Perit.! Hanya Allah yang tahu.

"Sampai hati awak buat saya macam ni." Kata Diana sambil menangis teresak esak.

Tanpa pedulikan tangisan Diana, Heykal menghempas tubuh Diana ke dinding hingga kepalanya terhantuk kuat.

Allah.! Natasha ucap didalam hati. Matanya dipejam rapat. Seluruh tubuhnya sakit. Dari atas sampai ke bawah.

Waktu itu Heykal mencekik leher Diana kuat hingga Diana terbatuk batuk kehilangan nafas. Diana memukul tangan Heykal sekuat yang mampu supaya Heykal melepaskan tangannya.

Kalau dia tak ada anak, dia tak kisah kalau dia mati waktu itu. Tapi dia ada anak. Anak yang masih kecil untuk dijaga, di didik dan diberi kasih sayang secukupnya.

Heykal melepaskan cengkaman dileher Diana, lantas Diana menolak Heykal sekuat hati. Sakit hati, geram, sedih semua bercampur baur ketika itu sehingga Diana ada kekuatan untuk melawan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BUKAN MILIKKUWhere stories live. Discover now